X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Beri Bayi 3 Bulan Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks Untuk Digigit, Apalah Nasib Si Kecil Ini?

26 Apr, 2017
Ibu Beri Bayi 3 Bulan Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks Untuk Digigit, Apalah Nasib Si Kecil Ini?

Akibat tidak dapat menerima kehadiran bayi dalam hidupnya, seorang ibu melakukan perkara pelik dan tidak bermoral semasa anaknya tumbuh gigi.

Memberi anak kita yang baru tumbuh gigi alat ‘teething’ yang khas untuk bayi, itu adalah sesuatu yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila seorang ibu, dari Moscow Rusia, memberikan anak kecilnya alat mainan seks untuk digigit bagi menghilangkan gatal gusi.

Wanita ini berikan bayi tumbuh gigi mainan seks Dildo 

Ibu yang berusia 29 tahun itu, dikenali sebagai Ekaterina E., telah menerima banyak kritikan di media sosialnya setelah dia memuat naik gambar anaknya yang diberi mainan seks dikenali sebagai dildo.

Gambar tersebut dengan jelas menunjukkan yang Ekaterina menghulurkan mainan dewasa tersebut ke arah mulut bayi lelakinya yang baru berusia 3 bulan lebih. Si kecil itu lahir pada 8 Januari yang lalu.

Yang lebih mengejutkan, mainan tersebut turut mempunyai kondom padanya!

Dia cuba untuk menjustifikasikan tindakan tidak bermoralnya itu dengan menyatakan bahawa anak lelakinya akan terus tenang apabila diberi mainan tersebut.

Menurutnya, anaknya gemarkan material getah lembut pada mainan seks itu.

Tidak Mempunyai Rasa Sayang yang Kuat pada Bayi Sendiri

Turut dilaporkan bahawa wanita tersebut mempunyai masalah untuk menyayangi anaknya sendiri.

“Doktor mengeluarkan dia (bayi) dari rahim saya tetapi rupa bayi itu langsung tidak sama dengan rupa saya. Ia (mengandung) terjadi secara tiba-tiba. Saya tidak merancang langsung untuk mengandung.”

Malah, setiap kali anak kecil Ekaterina merengek, dia akan berasa menyampah apabila terpaksa menenangkannya.

Ibu Beri Bayi 3 Bulan Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks Untuk Digigit, Apalah Nasib Si Kecil Ini?

Source: Thesun.co.uk

Akibat dari sifat jujur tidak bertempat itu, ramai netizen dari negara terbabit telah memberikan komen yang pedas. Antaranya:

“Dia bukan seorang ibu, dia seorang yang bodoh. Malang sungguh bayi itu (kerana mendapat ibu sepertinya).”

Lagi seorang pengkomen juga mengatakan:

“Pihak berkuasa patut mengambil bayi tersebut dari ibu berkenaan, dan menghantar wanita itu ke pusat orang gila untuk seumur hidupnya.”

Sebagi lanjutan daripada kes tular di Rusia ini, ada laporan media tempatan yang menyatakan bahawa wakil dari Jawatankuasa Penyiasatan Persekutan Rusia dan pihak berkuasa penjagaan telah berjumpa dan berbincang dengan Ekaterina tentang kaedah keibubapaannya yang agak songsang.

Kandungan yang Tidak Diingini atau Dirancang – Bagaimana Untuk Menghadapinya?

Daripada kisah tular yang berlaku di Rusia ini, kita boleh rumuskan bahawa wanita tersebut sememangnya tidak langsung mempunya ikatan kasih sayang yang kukuh dengan anak yang baru dilahirkannya itu.

tumbuh gigi

Source: Thehealthsite.com

Ia adalah akibat daripada kehamilan yang tidak dirancang atau diingini. Apabila ia terjadi secara tiba-tiba, dalam keadaan si ibu tidak bersedia untuk mempunyai anak, maka agak sukar untuk seseorang wanita itu menerima bayinya sendiri.

Mungkin ada antara kita yang pernah mengalaminya. Baru sahaja melahirkan anak seorang, datang pula berita kehamilan yang seterusnya pada jarak yang agak rapat.

Amat penting untuk seorang ibu itu mengambil langkah yang tertentu bagi memastikan kita terus bersedia dari segi fizikal dan emosi untuk menerima lagi satu kelahiran dalam hidup kita.

Jika emosi tidak bersedia itu gagal untuk diuruskan dengan baik, maka ada kemungkinan untuk kita berasa tertekan, marah, takut, dan benci pada diri sendiri, suami serta anak kita!

Nasihat Pakar Psikologi tentang Kehamilan yang Tidak Dirancang

Menurut Dr. Irena Milentijevic, seorang pakar psikologi, ada beberapa langkah buat ibu di luar sana yang mengalami proses kehamilan yang tidak dirancang atau tidak diingini.

Ibu Beri Bayi 3 Bulan Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks Untuk Digigit, Apalah Nasib Si Kecil Ini?
Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda

Source: Babble.com

Antaranya adalah:

  • Dapatkan sokongan pasangan – Ini adalah sangat penting. Bincang dan luahkan perasaan anda tentang kehamilan yang baru terjadi. Jika anda merasakan yang pasangan anda menghargai kehamilan tersebut, lebih mudah untuk anda menerima takdir tersebut.
  • Berjumpa dengan ahli agama – Irena juga turut mencadangkan para ibu untuk berjumpa dengan ahli agama bagi mendapatkan nasihat. Mungkin kata-kata perangsang dari mereka dapat memberikan kekuatan emosi dan spiritual buat bakal ibu.
  • Hadiri kaunseling – Masyarakat tidak perlu berasa malu untuk berjumpa dengan pakar kaunseling. Ianya sangat membantu dalam memberikan pandangan berbeza kepada situasi kehamilan yang tidak dijangka itu.

Yang menariknya lagi, Dr. Irena turut menerangkan bahawa ibu yang tidak mengawal emosinya terhadap kehamilan yang tidak dirancang atau diingini akan melahirkan anak yang kurang sihat, kurang pintar, dan tidak mahir berhubungan sosial dengan orang lain!

Jadi, amat penting buat kita semua mengambil langkah proaktif bagi menguruskan emosi jika perkara sebegini terjadi dalam hidup kita. Jika tidak, tidak mustahil untuk kita melakukan perkara pelik, seperti yang telah dilakukan oleh wanita dari Moscow dalam kisah di atas!

Kongsikan artikel ini dengan para ibu yang lain supaya kita semua boleh mengambil iktibar dari kisah tular yang berlaku di Rusia ini. Taipkan juga komen jika anda mempunyai pengalaman yang sama.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Beri Bayi 3 Bulan Yang Baru Tumbuh Gigi Mainan Seks Untuk Digigit, Apalah Nasib Si Kecil Ini?
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham