TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Doktor Ingat Penyakit Tumor Pada Perut Bayi, Rupanya Ia Adalah Kembar Bayi Tersebut!

17 Jun, 2021
Doktor Ingat Penyakit Tumor Pada Perut Bayi, Rupanya Ia Adalah Kembar Bayi Tersebut!

Mulanya, doktor menyangka perut bayi ini asyik kembung dan buncit kerana ada tumor pada perut bayi. Mereka tak sangka ia sebenarnya kembar parasit bayi itu!

Di India, pakar perubatan yang melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor pada perut bayi  ini tiba-tiba terkejut apabila mendapati yang disangka penyakit “tumor” itu sebenarnya adalah kembar parasit pada bayi tersebut!

Pada mula-mulanya, bayi yang berumur 3 bulan itu telah di bawa ke hospital untuk merawat masalah buah pinggang apabila ibu bapanya melihat perut bayi itu semakin membuncit.

Penyakit tumor pada perut bayi itu sebenarnya kembar dia!

Tapi apabila doktor melakukan pembedahan, mereka mendapati tumor yang sedang membesar di perut bayi tersebut adalah kembar parasit seberat 2 paun yang mempunyai mata dan kulit dan sedang mendapat nutrien dari bayi itu!

Keadaan ini dikenali sebagai “fetus in fetu,” dan disebabkan oleh pemisahan kembar yang tidak lengkap, di mana seorang kembar gagal berkembang dan menjadi parasit (lalu meresap) ke dalam kembar yang sihat.

tumor pada perut bayi

Anak Ranjubala and Satyendra Yadav selepas tumor pada perut bayi itu dikeluarkan. Sumber gambar: Screengrab video dari NY Post

Ini adalah kes yang jarang berlaku dan dipercayai terdapat hanya 200 kes yang telah dilaporkan di seluruh dunia.

Doktor salah diagnosis kembar dengan penyakit tumor

Dr. S.P. Sharma, doktor yang menjaga bayi itu telah berkata,

“Bayi itu telah diberi diagnosis yang salah. Kami terkejut apabila menemui kembar parasit dalam keadaan cacat dalam perut bayi itu.

Kami berjaya mengeluarkan kembar parasit tersebut dan bayi itu kini dalam keadaan yang stabil dan telah dipindahkan ke ICU. Kami berharap bayi itu boleh pulang ke rumah akhir minggu ini.“

Apabila ibu bapa bayi tersebut, Ranjubala and Satyendra Yadav dari Bhabhua di Bihar, India, sedar bayi mereka sering sakit perut dan perutnya semakin kembung, mereka terus merujuk doktor tempatan.

tumor pada perut bayi

Anak Ranjubala and Satyendra Yadav selepas tumor pada perut bayi itu dikeluarkan. Sumber gambar: NY Post

Setiap doktor memberikan diagnosis yang berlainan: ada yang cakap masalah kencing dan sesetengah doktor memberi diagnosis penyakit tumor pada perut bayi.

Akibat kebingungan, mereka membawa anak mereka ke Kolej Perubatan Universiti Banaras Hindu dan Hospital di Uttar Pradesh pula, di mana doktor di sana mendapati penyakit tumor itu rupa-rupanya kembar parasitnya dan mereka berjaya mengeluarkannya.

Satyendra, bapa kepada bayi itu adalah seorang petani. Beliau sempat berkata:

“Kami diberkati dengan seorang bayi 4 tahun selepas berkahwin. Sebelum pembedahan itu, kami sangat bimbang bayi kami tidak akan hidup lama apabila keadaannya bertambah teruk dalam beberapa hari sahaja selepas dilahirkan.

Kami gembira doktor berjaya menyembuhkan bayi kami.” 

Apa itu kembar parasit (parasitic twin)?

Kembar parasit adalah kembar seiras yang berhenti membesar semasa kehamilan, tetapi secara fizikal melekat pada kembar yang berkembang sepenuhnya. Kembar yang membesar sepenuhnya dikenali sebagai kembar dominan atau autosit.

Kembar parasit tidak membesar dengan sepatutnya. Jarang bayi kembar parasit mempunyai otak yang lengkap atau jantung yang berfungsi. Mereka biasanya tidak berkongsi organ dengan kembar yang dominan lantas mereka tidak dapat bertahan sendiri.

Dalam beberapa kes, kembar yang dominan kelihatan seperti bayi yang normal namun membesar dengan anggota badan tambahan atau sering disalah erti dengan ketumbuhan atau tumor. Tanpa rawatan, kembar ini dapat mengalami masalah kesihatan yang teruk kerana perlu menyokong kembar parasit.

Kembar parasit juga dikenali dengan nama lain, termasuk:

  • Kembar tidak normal
  • Kembar bersambung asimetri
  • Janin dalam janin
  • Kembar vestigial

Pentingnya mendapatkan ‘2nd opinion’

Bagi ibu bapa yang mengalami masalah kesihatan anak, sentiasalah mendapatkan pendapat pakar lain sekiranya anda ragu-ragu dengan diagnosis pertama. 

Masalah kesihatan anak melibatkan nyawa anak anda, jadi biarlah dapatkan pendapat lebih daripada seorang pakar. Pendapat seorang pakar dari yang lain mungkin berbeza-beza. 

Jadi ibu ayah jangan cepat mencapai keputusan ya. Jadikan kes ini sebagai rujukan. 

Amin. Semoga bayi tersebut kekal sihat dan dilindungi oleh Tuhan. Ibu bapa, jangan ragu-ragu untuk bawa anak berjumpa pakar yang berbeza. 

Sumber: NY Post

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Nak Anak Kembar? 7 Perkara Ini Boleh Tingkatkan Peluang Hamil Kembar

Baca juga: Hamil Kembar, Ibu Perlu Lebih Berjaga-Jaga Dengan Pergerakan Bayi

Baca juga: Anda Idamkan Kembar? Ketahui Risiko Kandungan Kembar Atau Berganda

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Doktor Ingat Penyakit Tumor Pada Perut Bayi, Rupanya Ia Adalah Kembar Bayi Tersebut!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham