Isu tak subur - jangan tunding jari pada isteri saja, sperma suami juga boleh bermasalah!

Sebenarnya, masalah ketidaksuburan ini tidak boleh menunding jari pada isteri sahaja, sedangkan ia juga boleh berpunca daripada sang suami, seperti kisah ini.

Mendapatkan anak selepas berkahwin itu merupakan impian semua pasangan suami isteri. Tapi setelah bertahun kahwin, masih belum ada tanda-tanda yang isteri akan hamil. Jadi perlukah ujian kesuburan lelaki dan wanita dilakukan?

Biasanya, bila membabitkan isu kesuburan ini, masyarakat akan menunding jari pada isteri.

Cemuhan mak mentua jangan cakaplah, ada yang tak sensitif. Ada pula yang cakap menantu itu mandul!

Tapi kalau dapat mak mentua yang memahami, insyaAllah mereka akan mudah faham perasaan anak dan menantunya yang masih berusaha untuk dapat anak. 

Sedangkan faktor ketidaksuburan lelaki dan wanita ini adalah sama. Jadi tak patutlah tunding jari pada isteri sahaja.

Itulah yang berlaku pada doktor dan selebriti terkenal Dr. Shahzril Shaharuddin yang mengalami teratozoospermia ini. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh ketidaksuburan lelaki.

Jom kita ikuti perkongsiannya itu.

Ujian kesuburan lelaki juga penting! Bukan semua salah wanita

Isu kesuburan ini dikongsi sendiri oleh Dr. Shahzril di laman Instagram miliknya tanpa berselindung dengan pengikut setianya di laman sosial itu.

Menurut Dr Shazril, di awal perkahwinannya, beliau dan isteri merancang untuk tidak mahu anak buat sementara waktu kerana masing-masing sibuk dengan “housemanship“. Pendek kata, bila melakukan hubungan kelamin beliau dan isteri akan pancut luar.

Sepanjang masa mereka melakukan aktiviti buang luar tersebut, ia membantu mereka untuk tidak hamil pada masa itu. Sehingga kedua-duanya berpindah ke Terengganu sebelum berhenti di hospital kerajaan dan pulang semula ke Selangor.

Sejak menetap di Selangor, ketika ‘bersama’ ada masa yang beliau ‘buang dalam‘ tapi masih tak lekat (tak hamil).

Biasalah bila jadi isu macam ini, beliau fikir mungkin ia berkaitan dengan masalah isterinya yang pernah melakukan pembedahan appendiks. Kemudian kedua-duanya decided untuk buat ujian kesuburan.

Ujian kesuburan lelaki: Keputusan menunjukkan banyak sperma tak normal!

Selepas melakukan ujian kesuburan, isterinya mendapat keputusan yang baik. Pendek kata isterinya subur. Kini, giliran Dr Shazril pula menghantar ujian kesuburannya.

Tapi, keputusan yang diterima adalah amat mengejutkan kerana Dr ini menghidap teratozoospermia iaitu banyak sperma yang tak normal. Namun, specialist memberi harapan ia masih boleh dirawat dan mereka masih ada peluang untuk memiliki anak.

Kemudian beliau terus amalkan nasihat specialist iaitu:

Menurutnya lagi, sperma yang dihasilkan tak normal disebabkan pengambilan minuman tak sihat seperti Pepsi Black yang bercampur dengan kopi. Malah, beliau juga pernah makan hidangan yang tak sihat.

Ujian kesuburan lelaki: Dr Shahzril ubah gaya hidup yang lebih sihat

Selepas kejadian tersebut, Dr Shazril mula mengubah gaya hidupnya dengan lebih sihat. Semuanya demi isteri tersayang bagi melahirkan zuriat yang diimpikan bersama.

Tambahnya lagi, ketidaksuburan ini adalah 50-50 antara lelaki dan wanita. Jangan ingat ketidaksuburan itu hanya terletak pada isteri sahaja.

Sedangkan lelaki juga ada yang tak subur bila mengamalkan pemakanan yang salah dan gaya hidup tak sihat. Semuanya boleh menyumbang kepada ketidaksuburan.

Bahaya makan suplemen fitness banyak sangat, boleh jadi punca ketidaksuburan lelaki

Menurut Dr Yan William, suplemen fitness boleh menimbulkan gangguan kesuburan.

Ini kerana suplemen tersebut merupakan bentuk sumber aktif protein yang mudah dicerna dan diserap baik dalam tubuh. Sebab itu ia digunakan bagi pembentukkan otot.

“Berdasarkan penelitian, suplemen fitness ini tidak menimbulkan kesan negatif pada kesuburan lelaki. Namun bila proses yang dilakukan bercampur dengan bahan lain seperti hormon, antibioti, bahan kimia tertentu, prestisida dan sebagainya, tentunya ia berisiko menimbulkan gangguan kesuburan. Sebelum mengamalkan suplemen fitness tertentu, pastikan kandungan dalamnya terjamin dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, tetap bersenam dan mengamalkan makanan bernutrisi seimbang supaya dapat menghasilkan sperma yang berkualiti, normal dan sihat. Sekaligus memudahkan kehamilan,” katanya.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Instagram Dr Say ShahzrilSiakap KeliAloDokter

Baca juga:

9 Tanda Tidak Subur Pada Lelaki & Wanita Yang Wajib Diketahui Semua Pasangan