Masuk Trimester Ketiga, Uyaina Arshad Tidak Selesa Perut Disentuh Orang Yang Mahu Ambil Berkat

Uyaina Arshad yang kini memasuki trimester ketiga luah rasa tidak selesa jika perutnya disentuh kerana risau akan berlaku sesuatu yang buruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak mengumumkan khabar gembira tentang kehamilan anak sulung, terserlah seri ibu mengandung pada wajah pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.

Melihatkan pada foto yang dikongsikan di sosial media miliknya, wajah duta Ariani ini terpancar kegembiraan apabila usia kandungannya kini sudah memasuki trimester ketiga.

Untuk pengetahuan, Uyaina Arshad telah berkahwin dengan penyanyi, Raja Syahiran di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 21 Disember yang lalu.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Uyaina Arshad tidak selesa perut disentuh orang tidak dikenali
  • Uyaina Arshad berhati-hati dengan niat orang
  • Tidak terlepas daripada dugaan sepanjang kehamilan
  • Bahagiakan hati ibu jika ingin berjaya

Uyaina Arshad tidak selesa perut disentuh orang tidak dikenali

Setiap ibu yang sedang hamil pasti ingin memastikan kandungan berada dalam keadaan selamat. Begitu juga dengan Uyaina.

Uyaina mengambil langkah berhati-hati apabila ada individu yang ingin menyentuh perutnya. Ini untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada anak dalam kandungannya.

Sebelum ini, Uyaina ada memuat naik satu video yang menampakkan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 itu mengelak apabila perutnya disentuh orang sekeliling.

Walaupun video itu hanya sekadar hiburan tetapi menurut Uyaina, ibunya ada berpesan mengenai perkara yang sama tentang isu menyentuh perut.

Uyaina Arshad berhati-hati dengan niat orang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Uyaina, dia hanya membenarkan mereka yang rapat dengannya sahaja untuk menyentuh perutnya. 

Tambahnya, “Saya bukanlah seorang yang tegas tetapi jika ada orang yang tidak rapat ingin menyentuh perut memang saya rasa tidak selesa. Melainkan jika orang itu betul-betul rapat dengan saya, tidak ada masalah.”

Uyaina juga turut mengatakan bahawa dia tidak tahu niat seseorang itu baik atau pun sebaliknya maka dia lebih suka mengambil langkah berhati-hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya lagi, jika dia melihat ibu mengandung, dia akan meminta izin terlebih dahulu untuk sentuh perut. 

Bagaimanapun, Uyaina juga turut meluahkan rasa kasihan pada mereka yang ingin perut ibu mengandung kerana mahu mengambil berkat.

Tidak terlepas daripada dugaan sepanjang kehamilan

Sama seperti ibu mengandung yang lain, Uyaina Arshad juga tidak terlepas daripada ujian sepanjang tempoh kehamilannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tanggal 11 April lalu, pelakon cantik itu telah menjalani pembedahan membuang apendiks selepas dia mengalami rasa sakit pada bahagian bawah perut sebelah kanan.

Tidak hanya itu, selang beberapa hari selepas menjalani pembedahan membuang apendiks, Uyaina yang hamil 3 bulan pada waktu itu dimaklumkan oleh doktor bahawa dia mengalami keradangan pada dinding rahim.

Besar sekali ujian yang dihadapinya, kami harap Uyaina Arshad terus kuat dan tabah mengharungi ujian sepanjang tempoh ini serta berjaya harungi tempoh kehamilan yang seterusnya dengan selamat.

Bahagiakan hati ibu jika ingin berjaya

Bagi Uyaina yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Yana, untuk merasai keberkatan dan kejayaan dalam hidup, kena gembirakan hati ibu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Uyaina sendiri tidak pernah berselindung dibesarkan oleh ibu tunggal. Malah, dia rasa bangga kerana dia dan adik-beradik tidak pernah rasa kekurangan sepanjang dibesarkan oleh ibunya.

Bahkan, Uyaina serta adik beradiknya kini sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Berkongsi tentang perasaannya tentang proses bersalin, dia mengakui berasa takut kerana ini adalah anak pertama.

Dia banyak bertanya kepada rakannya yang sudah melalui pengalaman bersalin seperti Mira Filzah dan Ernie Zakri. Sedikit sebanyak adalah sedikit tip ketika di bilik bersalin nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Makanan Yang Boleh MELEMAHKAN Kandungan, Ibu Hamil Sebolehnya Elakkan

Baca juga:  Melasma Pada Ibu Hamil, Adakah Benar Ia Berbahaya & Petanda Kanser

Baca juga:  5 Kaedah Utama Melegakan Rasa Sakit Nak Bersalin Yang Ibu Hamil Boleh Cuba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea