Vaksin Untuk Ibu Mengandung Elak Risiko Penyakit, Ini Jadual Suntikan Yang Lengkap

Vaksin untuk ibu mengandung penting untuk mencegah penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelbagai jenis vaksin untuk ibu mengandung adalah selamat dan disyorkan sepanjang dan selepas kehamilan untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjamin. 

Antibodi ibu terhadap imunisasi ini bukan sahaja melindungi mereka, tetapi juga menembusi plasenta dan membantu melindungi bayi mereka daripada penyakit berbahaya pada awal kehidupan.

Pengambilan vaksin emasa mengandung juga melindungi ibu daripada dijangkiti penyakit berbahaya yang kemudiannya akan menular kepada bayi.

Jenis vaksin untuk ibu mengandung 

Jika anda hamil atau berniat untuk hamil, vaksin khusus yang anda perlukan akan ditentukan oleh umur, gaya hidup, keadaan kesihatan, perjalanan dan vaksin yang pernah anda ambil sebelum ini.

Pelbagai jenis vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung tersedia untuk diambil.

Jika anda merancang untuk hamil, berbincanglah dengan doktor untuk memastikan anda telah mendapatkan semua imunisasi yang terkini.

Sesetengah imunisasi, seperti vaksin campak, beguk dan rubella (MMR), harus diberikan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan. Doktor boleh menasihati anda, sama ada anda memerlukan vaksin-vaksin ini atau imunisasi yang lain.

Semasa kehamilan, Center for Disease Control & Prevention (CDC) menasihatkan bahawa wanita hamil perlu menerima dua vaksin iaitu vaksin selesema yang tidak aktif dan vaksinasi Tdap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Vaksin selesema

Cuaca dan suhu Malaysia yang tidak menentu boleh menyebabkan masalah demam, batuk dan selesema. Justeru adalah disyorkan mengambil vaksin influenza untuk ibu hamil.

Mendapatkan vaksin influenza untuk ibu hamil ialah salah satu kaedah terbaik untuk melindungi diri dan bayi anda daripada masalah berkaitan selesema selama beberapa bulan selepas kelahiran.

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan dan Kehamilan Wanita, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkata, suntikan vaksin influenza untuk ibu hamil bukan sahaja melindungi diri mereka, malah anak dalam kandungan.

Katanya, antibodi ibu akan turun kepada bayi selain membantu melindunginya untuk beberapa bulan pertama selepas kelahiran.

Wanita hamil perlu mendapatkan suntikan vaksin dan bukan dalam bentuk semburan di hidung (nasal spray).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kajian pemberian vaksin influenza pada 2018 boleh mengurangkan 50 peratus kompilasi jangkitan virus dan paru-paru. Malah, ia juga dapat mengurangkan 40 peratus kadar wanita hamil dimasukkan ke dalam wad,'' katanya.

Beribu-ribu wanita hamil telah menerima vaksin selesema sepanjang tahun, dan data saintifik menunjukkan bahawa mereka selamat.

Anda boleh mengelakkan sebarang komplikasi seperti kelahiran bayi yang kurang berat badan, kelahiran pramatang atau kematian dalam kandungan hanya dengan mengambil langkah berjaga-jaga ini.

#2. Tetanus, difteria, batuk kokol (pertusis) Tdap

Suntikan att untuk ibu mengandung juga dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Disuntik untuk mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus.

Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toxin (racun) dari kuman yang dikenali sebagai clostridium tetani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuman tetanus memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Mungkin luka kemalangan, luka ketika melahirkan bayi secara normal dan luka pada faraj (luka episiotomy). Ia akan merosakkan sistem saraf dan seterusnya membunuh pesakit namun ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti tetanus.

Wanita hamil memerlukan satu dos Tdap (vaksin batuk kokol dewasa) semasa setiap kehamilan terutamanya pada awal trimester ketiga.

Ia selamat untuk diambil semasa mengandung dan akan menghalang bayi anda daripada menghidap batuk kokol dalam beberapa bulan pertama selepas dilahirkan, iaitu waktu paling mudah seorang bayi dijangkiti penyakit.

Selepas Tdap, anda akan mendapat dos penggalak. Rujuk doktor jika anda tidak menerima sekurang-kurangnya tiga suntikan tetanus dan toksoid difteria sepanjang hayat anda, atau jika anda mengalami luka yang teruk atau kotor.

Jika anda tidak menerima vaksin Tdap semasa kehamilan atau tidak pernah menerimanya, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan vaksin sejurus selepas bersalin.

Vaksin hep. b ibu hamil

Ibu mengandung amat berisiko tinggi dijangkiti virus ini jika ada sejarah penyakit kelamin (STD), penggunaan dadah suntikan.

Anda perlu mendapatkan Vaksinasi Hepatitis B untuk melindungi diri dan bayi dalam kandungan.  Bayi boleh dijangkiti hepatitis B daripada ibu semasa dalam kandungan dan ketika kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiga dos diperlukan untuk mendapat imuniti (dos kedua dan ketiga diberi 1 dan 6 bulan selepas dos pertama), maka ia perlu mula diberi sebelum atau di awal kehamilan.

Jadual suntikan ibu mengandung

Jadual suntikan ibu mengandung yang biasanya disyorkan semasa kehamilan:

  • Suntikan Td (Tetanus-difteria): Suntikan Td diberikan kepada wanita hamil untuk melindungi mereka dan bayi mereka daripada tetanus dan difteria. Biasanya, dos pertama diberikan pada awal kehamilan, dan dos ulangan boleh diberikan pada trimester ketiga atau mengikut saranan doktor.
  • Suntikan Influenza: Suntikan vaksin influenza, juga dikenali sebagai vaksin selesema, disyorkan untuk wanita hamil. Ini membantu melindungi ibu dan bayi daripada risiko komplikasi yang berkaitan dengan selesema semasa mengandung.
  • Suntikan Rhogam (Rh immunoglobulin): Jika ibu Rh negatif dan bayi Rh positif, suntikan Rhogam mungkin disyorkan untuk mengelakkan masalah Rh yang mungkin timbul semasa mengandung dan melahirkan anak.
  • Suntikan tdap ibu mengandung  (Diphtheria-pertussis-tetanus): Suntikan ini untuk melindungi bayi daripada difteria, pertusis (batuk kokol) dan tetanus selepas lahir.

Jadual suntikan tetanus ibu mengandung 

Berikut adalah garis panduan am untuk suntikan tetanus ibu mengandung:

  • Suntikan tetnanus ibu mengandung dos pertama: Dos pertama vaksin Td biasanya diberikan pada awal kehamilan, selalunya pada lawatan pranatal pertama atau seperti yang disyorkan oleh doktor. Vaksin Td melindungi ibu dan bayi daripada jangkitan tetanus dan difteria.
  • Suntikan tetanus yang kedua: Dos ulangan vaksin Td biasanya diberikan pada trimester ketiga kehamilan, sekitar 27 hingga 36 minggu kehamilan. Dos ini membantu meningkatkan perlindungan terhadap tetanus pada bayi baru lahir.

Vaksin yang tidak digalakkan untuk ibu hamil 

Ada beberapa jenis vaksin yang tidak digalakkan untuk ibu hamil, ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Human Papillomavirus (HPV)

Vaksinasi ini tidak disyorkan untuk digunakan semasa kehamilan, tetapi jika anda memperolehnya secara tidak sengaja, anda tidak perlu risau.

Semua orang berumur 26 tahun ke bawah dinasihatkan untuk mengambil vaksin HPV, jadi jika anda termasuk dalam kategori ini, dapatkan vaksin sebelum atau selepas kehamilan anda.

Orang yang berumur 27 hingga 45 tahun juga boleh diberi vaksin HPV selepas berunding dengan doktor mereka. Vaksinasi diberikan dalam dua atau tiga dos dalam tempoh enam bulan bergantung pada umur anda semasa mendapatkan dos pertama.

#2. Campak, beguk, rubella (MMR)

Vaksin MMR tidak disyorkan semasa kehamilan, tetapi jika anda mengambilnya, anda tidak perlu risau. Jika anda dilahirkan pada tahun 1957 atau selepasnya, anda harus mempunyai satu dos MMR dan anda mungkin memerlukan dos kedua.

Semasa penjagaan pranatal anda, doktor akan menguji darah untuk menentukan keperluan anda untuk mendapatkan vaksin MMR selepas kelahiran.

#3. Varicella (campak)

Vaksinasi varicella tidak dinasihatkan untuk diambil semasa kehamilan. Jika anda tidak pernah dijangkiti cacar air, tidak pernah divaksinasi, atau pernah menerima vaksin tetapi hanya menerima satu dos, adalah lebih baik untuk mendapatkan vaksin sebelum percubaan untuk hamil atau selepas anda melahirkan.

Vaksinasi ini diberikan dalam dua dos, selang empat hingga lapan minggu.

#4. Zoster (kayap)

Jika anda berumur 50 tahun atau lebih, anda harus mendapatkan vaksin kayap jenama Shingrix sebanyak dua dos. Walau bagaimanapun, kerana keselamatan vaksin Shingrix semasa kehamilan tidak diketahui, anda harus menunggu sehingga anda bersalin untuk menerima Shingrix.

#5. Vaksin live

Sesetengah vaksin, terutamanya vaksin live, tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana ia boleh membahayakan bayi. Perlu diingat bahawa garis panduan penciptaan vaksin untuk wanita hamil telah mengambil kira keselamatan ibu dan bayi.

Vaksin live termasuk BCG (vaksinasi untuk melawan batuk kering), polio oral (yang merupakan sebahagian daripada vaksin 5-dalam-1 yang diberikan kepada bayi). typhoid oral, vaksin influenza (vaksin selesema) dan vaksinasi Japanese ensephalitis.

Jika anda menerima mana-mana vaksin ini dan kemudian mendapati anda hamil, dapatkan nasihat dari doktor anda untuk mengetahui vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung. Jika perlu lebih banyak dos vaksin tersebut ia sebaiknya diberikan selepas melahirkan.

Kami ada senaraikan doktor pakar sakit puan yang terbaik ibu boleh rujuk untuk sebarang pertanyaan kesihatan ketika hamil di sini.

Kesan ibu mengandung yang ambil vaksin

Suntikan pada wanita hamil biasanya disyorkan untuk melindungi ibu dan bayi daripada risiko penyakit atau komplikasi yang boleh timbul semasa kehamilan. Beberapa vaksin yang diberikan kepada wanita hamil, seperti vaksin influenza dan vaksin Tdap, telah terbukti selamat dan berkesan dalam melindungi kesihatan ibu dan bayi. Secara amnya, suntikan vaksin mempunyai kesan sampingan yang ringan dan sementara. Beberapa kesan sampingan yang biasa termasuk:
  • Sakit, kemerahan, atau bengkak di tapak suntikan.
  • Demam ringan.
  • Keletihan atau rasa lesu.
  • Sakit kepala atau sakit otot ringan.

Vaksin Covid-19 untuk ibu hamil

Anda harus mendapatkan vaksinasi Pfizer/BioNTech atau Moderna. Ini kerana ia telah digunakan secara meluas di negara lain kepada ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan tanpa sebarang kesan buruk dan merupakan vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung.

Malah, kesan vaksin Pfizer untuk ibu mengandung telah terbukti selamat digunakan kepada ibu hamil, dan ia juga berupaya untuk melindungi keselamatan dan kesihatan bayi yang berada dalam kandungan.

Vaksin yang disyorkan selepas kehamilan

Jika anda terlepas sebarang imunisasi sebelum atau semasa kehamilan dapatkannya selepas anda bersalin. Ini boleh membantu anda mengelakkan sebarang penyakit dalam kehamilan yang akan datang. Jika anda tidak menerima vaksin Tdap sebelum atau semasa kehamilan, anda harus mendapatkannya sejurus selepas anda bersalin. Selepas mendapatkan vaksin, badan anda akan mengambil masa dua minggu untuk membina imuniti. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang vaksin untuk ibu mengandung yang sesuai, jangan teragak-agak untuk berunding dengan doktor anda mengenainya.
  1. Harvard Health Publishing (2020, Januari 15) Vaccines for women: Before conception, during pregnancy, and after a birth. www.health.harvard.edu/blog/vaccines-for-women-before-conception-during-pregnancy-and-after-a-birth-2020011018649 
Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kesan 'Long Covid-19' Pada Anak Yang Ibu Ayah Wajib Peka, Ini Penjelasan Tepat Dari Pakar

Baca juga : Cara Jaga Anak Yang Positif Covid Di Rumah, Ibu Pastikan Buat 11 Perkara Penting Ini

Baca juga : Anak Anda Dijangkiti Covid-19? Sediakan Ubat Ini Dirumah Untuk Rawat Demam, Batuk Dan Selesema