Penting Untuk Ibu Mendapat Nutrisi Yang Mencukupi Untuk Perkembangan Janin, Ini Suplemen Untuk Ibu Hamil Yang Patut Diambil

Selain pemakanan yang sihat, pengambilan vitamin yang lengkap juga sangat disyorkan untuk ibu hamil.

Suplemen untuk ibu hamil merupakan makanan tambahan yang dikhususkan bagi wanita mengandung untuk memberikan tubuh vitamin dan mineral yang diperlukan demi kehamilan yang sihat.

Dalam kata lain, suplemen untuk ibu hamil adalah multivitamin yang direka khas untuk memberikan jumlah nutrien tambahan yang diperlukan dalam pelbagai peringkat perkembangan bayi dalam kandungan.

Semasa tempoh hamil, pengambilan makanan yang sihat merupakan satu kemestian bagi menjaga kandungan dalam keadaan baik dan membesar dengan baik. Namun pengambilan supplement ibu mengandung juga biasanya dicadangkan oleh doktor buat pasangan yang merancang kehamilan.

Suplemen Untuk Ibu Hamil Yang Lengkap Untuk Kandungan Yang Baik

Vitamin pranatal boleh didapati di hampir semua farmasi, malah ia boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Penyedia penjagaan kesihatan yang bertugas mungkin mengesyorkan jenama tertentu atau ibu boleh memilih sendiri berdasarkan saranan doktor.

Sebelum membeli suplemen untuk ibu hamil, ibu tidak boleh mengambil sesuka hati ya. Pastikan makan ikut dos bersesuaian dan jangan lupa untuk semak label terlebih dahulu serta pilih vitamin pranatal yang mengandungi bahan berikut:

  • Asid folik: Membantu mencegah kecacatan kelahiran saluran saraf yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi yang baru lahir.
  • Kalsium: Bayi menggunakan bekalan kalsium ibu untuk pertumbuhan tulang mereka sendiri semasa kehamilan dan ini boleh menyebabkan penurunan kepadatan tulang ibu jika dia tidak menerima jumlah kalsium yang mencukupi dari multivitamin pranatal yang baik.
  • Iodin: Memastikan fungsi tiroid yang sihat semasa kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan terhambat, kecacatan mental dan pekak.
  • Zat besi: Membantu darah membawa oksigen pada ibu dan bayi.

Oh ya, lebih bagus jika ibu boleh mendapatkan vitamin untuk ibu mengandung yang mengandungi vitamin C, vitamin D,  vitamin A, vitamin E, vitamin B, zink dan iodin.

Secara amnya, elakkan pengambilan vitamin pranatal atau multivitamin dengan dos melebihi apa yang ibu perlukan setiap hari. Dos yang tinggi dalam sebilangan vitamin mungkin membahayakan bayi dalam kandungan tanpa disedari.

Contohnya, tambahan vitamin A semasa kehamilan berpotensi menyebabkan bahaya kepada si manja.

8 Suplemen Untuk Ibu Hamil Terbaik di Pasaran

Selain membantu tumbesaran bayi, kajian menunjukkan bahawa suplemen tepat dapat menurunkan risiko keadaan tertentu untuk ibu dan bayi. Jom semak senarai vitamin pranatal yang ada di pasaran.

Suplemen Untuk Ibu Hamil
Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold
Terbaik Dengan 20 Nutrien Penting
Beli di Shopee
NATURELO Prenatal Multivitamin
Terbaik Untuk Vegetarian
Beli di Shopee
Nature Made Prenatal Multi+DHA
Terbaik Dengan DHA
Beli di Shopee
Garden of Life, Vitamin Code RAW Prenatal
Terbaik Dengan Lebih 20 Serbuk Organik Buah dan Sayur
Beli di Shopee
Obimin Pluz
Terbaik Pilihan Hospital
Beli di Shopee
Zincofer Capsule
Terbaik Untuk Tambah Darah
Beli di Shopee
Appeton Essentials Natal Care
Terbaik Mengandungi Simethicone
Beli di Shopee
Nature's Way Alive! Premium Prenatal Gummy Vitamins
Terbaik Jenis Gummy
Beli di Shopee

Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold

Terbaik Dengan 20 Nutrien Penting

Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold memberikan dos 20 nutrien penting untuk ibu termasuk asid folik, iodin dan vitamin D3 dengan nutrien sokongan untuk bayi.

Dengan omega-3 DHA untuk menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi, ia juga mengandungi zat besi yang lebih rendah untuk elak risiko sembelit dan lembut pada sistem pencernaan.

Apa yang kami suka?

  • 500 mikrogram asid folik yang jika diminum setiap hari selama satu bulan sebelum pembuahan dan semasa kehamilan, dapat mengurangkan risiko mempunyai anak dengan kecacatan spina bifida / tiub saraf
  • 150 mikrogram iodin untuk perkembangan otak dan pendengaran bayi
  • Kandungan zat besi yang tidak menyebabkan sembelit
  • Minyak ikan tanpa bau dan pekat, kaya dengan DHA untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi

NATURELO Prenatal Multivitamin

Terbaik Untuk Vegetarian

Multivitamin pranatal Naturelo direka untuk menyokong kehamilan yang baik, selesa dan perkembangan janin yang sihat.

Produk berkualiti ini mengandungi vitamin dan mineral nabati yang mesra tumbuhan dan menggunakan vitamin B yang diaktifkan dan mesra MTHFR seperti Methyl Folate, B12 Methylcobalamin, dan Vitamin B6 P-5-P untuk ketersediaan bio yang lebih baik.

Supplement ibu mengandung ini juga mengandungi mineral chelated premium seperti zat besi, zink dan selenium yang lebih mudah untuk badan diserap tubuh dan serasi dengan perut.

Apa yang kami suka?

  • Mengadungi folat, zat besi & DHA
  • Tanpa GMO, tanpa soya, tanpa Gluten
  • Sesuai untuk vegetarian
  • Tanpa pengawet atau perasa
  • GMP

Nature Made Prenatal Multi+DHA

Terbaik Dengan DHA

Diformulasikan untuk menyokong perkembangan otak bayi, sistem saraf, tulang dan mata. Nature Made juga terbukti secara klinikal dalam  penyerapan zat besi dan asid folik.

Vitamin pranatal tersedia dalam bentuk softgel, produk ini menggabungkan 18 nutrien penting multivitamin prenatal dengan 200 mg DHA menjadi satu dos yang mudah ditelan tanpa warna tambahan atau perisa tiruan. 

Apa yang kami suka?

  • 18 Nutrien utama bagi ibu dan wanita hamil yang ingin hamil.
  • 200 mg DHA dapat membantu menyokong perkembangan otak dan mata janin.
  • Diet yang sihat dengan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko wanita mempunyai anak dengan kecacatan saraf.

Garden of Life, Vitamin Code RAW Prenatal

Terbaik Dengan Lebih 20 Serbuk Organik Buah dan Sayur

Vitamin Code RAW Prenatal keluaran Garden of Life mempunyai formula komprehensif multi-nutrien semua makanan, yang diformulasikan secara khusus untuk mencapai keperluan unik bagi wanita semasa pra-hamil. 

Ia menyediakan khasiat untuk menyokong kedua-dua ibu dan perkembangan bayi, Vitamin Code RAW Prenatal mengandungi lebih 20 serbuk organik buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menyokong antioksidan, vitamin dan nutrien faktor tepi.

Apa yang kami suka?

  • Makanan multi penuh untuk kesihatan ibu dan bayi
  • Diformulasikan khusus untuk pra-hamil, hamil dan ibu menyusu
  • Mengandungi 800mcg folat untuk menyokong kesihatan perkembangan tiub neural
  • Mengandungi 27mg iron yang mesra pada perut untuk kesihatan darah dan pembiakan
  • Terbukti selamat menerusi ujian berterusan, yang produk ini telah dihasilkan menurut kepada amalan terbaik berdasarkan konsensus untuk mengelakkan GMO
  • Mempunyai Sijil NSF Bebas Gluten untuk memastikna syarikat mempunyai perancangan pematuhan bebas gluten dan melalui pemeriksaan di atas lapangan akan penghasilan dan pengendalian di fasiliti
  • Mengandungi probiotik untuk menyokong sistem imun ibu dan anak
  • Tanpa pengikat sintetik, pengisi, perisa buatan, atau pemanis tambahan

Obimin Pluz

Terbaik Pilihan Hospital

Merupakan produk naik taraf daripada New Obimin, Obimin Pluz ialah formula pemakanan generasi baharu dengan tambahan DHA & EPA untuk memberikan permulaan yang lebih baik kepada bayi yang akan dilahirkan yang menggunakan teknologi ROPUFA30 yang dipatenkan dan dibangunkan di Switzerland.

Obimin Pluz sering mendapat rekomendasi daripada doktor-doktor kehamilan kerana manfaatnya serta harganya yang berpatutan membolehkan kebanyakan ibu mengambil suplemen penting ini.

Obimin Pluz merangkumi kesemua zat dan vitamin pranatal yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi dan ibu yang sedang mengandung,  jadi badan ibu tidak mudah terasa keletihan dan dapat melakukan kegiatan seharian.

Apa yang kami suka?

  • Pilihan suplemen ibu hamil di hospital dan klinik ibu dan anak
  • Sesuai digunakan untuk rawatan anemia
  • Boleh digunakan persediaan sebelum mengandung
  • Harga yang berpatutan
  • Mudah didapati di farmasi

Zincofer Capsule

Terbaik Untuk Tambah Darah

Ubat zincofer merupakan supplement ibu mengandung jika ibu mengalami masalah kurang darah merah.

Jika dibandingkan dengan suplemen obimin, zincofer mengandungi jumlah zat besi yang lebih tinggi dan kerana itulah ia digunakan untuk merawat masalah anemia atau kekurangan sel darah merah pada wanita hamil.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin lain untuk pembesaran bayi dan ia merupakan sesuatu yang penting bagi wanita yang sedang hamil.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi Ferrous Fumarate (Zat besi) untuk memberi sumber zat besi yang lebih kepada ibu agar penghasilan sel darah merahnya adalah lebih banyak berbanding sebelum ini. Oleh itu, bilangan sel darah merah dapat meningkat dengan lebih cepat.

  • Mengandungi Asid folik, Vitamin B6 dan B12 yang mana gabungan ketiga-tiga suplemen ini pula adalah penting untuk memastikan kandungan dilahirkan cukup bulan dan berat badan bayi berada pada bacaan yang sepatutnya.

  • Terdapat Vitamin C yang penting untuk penyerapan Zat besi dalam saluran pencernaan. Jika kekurangan Vitamin C ini, penyerapan zat besi menjadi sedikit sukar.

Appeton Essentials Natal Care

Terbaik Mengandungi Simethiconenature

Appeton Essentials Natal Care membekalkan 11 vitamin dan 6 mineral untuk memenuhi khasiat harian yang penting untuk keperluan ibu mengandung dan menyusu sebagai nutrien tambahan.

Ia juga mengandungi Simethicone untuk melegakan masalah kembung perut dan gas perut yang berlebihan yang biasa berlaku pada ibu hamil yang mana tidak banyak vitamin pranatal yang membekalkan manfaat ini.

Apa yang kami suka?

  • Membekalkan nutrien harian yang penting untuk memenuhi keperluan ibu mengandung dan menyusu untuk nutrien tambahan.
  • Dapat mencegah kekurangan mikronutrien. Menggalakkan kesihatan yang baik untuk ibu dan janin.
  • Mengandungi Asid Folik bagi mengurangkan risiko kecacatan tiub neural (NTD) pada bayi, penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin normal.
  • Mengandungi kalsium yang membantu dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat pada ibu dan bayi.
  • Mengandungi Zat besi untuk menghasilkan sel darah merah dan mencegah anemia kekurangan zat besi.
  • Mengandungi Betakarotena iaitu sumber semula jadi untuk Vitamin A. Tidak toksik jika dibandingkan dengan Vitamin A. Penting dalam pembahagian sel bayi, perkembangan organ, pertumbuhan rangka dan perkembangan penglihatan.

Nature’s Way Alive! Premium Prenatal Gummy Vitamins

Terbaik Jenis Gummy

Sesuai untuk ibu yang tidak suka makan ubat, vitamin prenatal ini pilihan terbaik untuk anda kerana ia dalam bentuk gula-gula gummy!

Walaupun ia dalam bentuk gummy, tetapi suplemen ini mengandungi formula premium dengan 15 vitamin dan mineral, termasuk kompleks vitamin B kompleks untuk menukar makanan kepada tenaga selular, ditambah pula dengan DHA daripada sumber tumbuhan untuk menyokong perkembangan mata dan otak bayi yang sihat.

Ibu boleh mengamalkan gula-gula kunyah yang lazat ini pada rutin kesihatan anda sama ada anda cuba untuk hamil, sedang hamil, atau menyusu.

Apa yang kami suka?

  • Bebas gelatin dan gluten
  • Mudah untuk diamalkan, rasanya yang sedap
  • Diperbuat daripada buah-buahan dusun dan sayur-sayuran dari kebun

Perbandingan Harga Suplemen Untuk Ibu Hamil Terbaik

Produk Kapsul/tablet Harga Pasaran
Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold 180 kapsul RM88.00
NATURELO Prenatal Multivitamin 180 kapsul RM290.00
Nature Made Prenatal Multi+DHA 150 gel lembut RM122.00
Garden of Life, Vitamin Code RAW Prenatal  90 kapsul sayuran RM143.93
Obimin Pluz 30 kapsul RM52.00
Zincofer Capsule 100 kapsul RM19.48
Appeton Essentials Natal Care 30 tablet RM52.70
Nature’s Way Alive! Prenatal Gummy Vitamins 75 biji RM85.00

Kebaikan Pengambilan Suplemen Untuk Ibu Hamil

Dinasihatkan untuk anda ambil sebiji vitamin pranatal setiap hari sebelum anda ingin mula mencuba untuk hamil. Ini kerana:

1. Menyokong diet anda, tidak kira bagaimana sihat atau pun tidak

Secara virtualnya, tiada seorang yang mendapat diet nutrisi sempurna setiap hari, terutama sekali di awal kehamilan, apabila setiap pagi mengalami ‘morning sickness’ yang mana menjadi satu masalah kepada biasa berlaku kekurangan selera makan.

Sebiji vitamin pranatal setiap hari dianggap sebagai insuran diet, yang mana ia menjamin aras nutrisi badan perlukan. Untuk sesetengah wanita pula, ada yang kekurangan vitamin D. Jadi pengambilan suplemen untuk ibu hamil boleh membantu perut anda membesar sihat ke tahap yang anda sepatutnya berada.

2. Mengurangkan masalah mual

Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan mual – dan kajian telah menunjukkan bahawa bakal ibu yang mengambil multivitamin setiap hari mengandungi sekurang-kurangnya 10mcg B6 sebelum cuba untuk hamil dan/atau sewaktu minggu-minggu terawal kehamilan, dapat merasakan kurang mual sewaktu trimester pertama aka ‘morning sickness.’

3. Membantu merendahkan risiko kecacatan

Kajian mendapati wanita yang mendapat asid folik yang cukup dan B12 sebelum sperma bertemu dengan telur dan di peringkat awal kehamilan boleh secara dramatiknya mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (seperti spina bifida) bersama dengan kecacatan kongenital hati pada perkembangan bayi anda.

4. Mampu mengurangkan risiko penyakit autisme

Beberapa kajian telah menunjukkan yang bayi kepada ibu yang selalu mengambil supplement ibu mengandung sebelum dan sewaktu hamil boleh jadi kurang kemungkinan untuk mendapat gangguan autisme spektrum.

5. Membantu mencegah kelahiran pramatang

Mengambil vitamin untuk ibu mengandung sepanjang hamil telah dikaitkan dengan kurangnya risiko kelahiran pramatang. Ia mungkin terutama sekali berikutan vitamin B12 yang terkandung di dalamnya, sejak kekurangan B12 adalah berhubung dengan berat bayi yang lahir rendah dan kelahiran pramatang. 

Vitamin Yang Penting Untuk Ibu dan Anak Kandungan

Walaupun ibu mengandung mengamalkan pemakanan diet seimbang sepanjang tempoh kehamilan, sebenarnya agak rumit untuk memastikan ibu mencapai jumlah nutrisi dan khasiat yang disarankan pada setiap hari. Oleh sebab itulah, suplemen untuk ibu mengandung penting untuk diambil supaya ibu dan kandungan mendapat nutrien yang secukupnya.

Antara vitamin yang penting untuk ibu dan anak kandungan ialah:

  • Folate/Asid Folik: Pengambilan asid folik pada awal kehamilan dapat mencegah kecacatan janin terutamanya pada bahagian saluran darah, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
  • Vitamin D: Vitamin ini sangat penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
  • Kalsium: Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari. Ia dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Pengambilan kalsium ketika hamil juga membantu memperbanyakkan susu badan dan menurunkan risiko obesiti selepas bersalin. Ibu hamil yang kekurangan kalsium,boleh menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Zat besi: Pengambilan zat besi yang mencukupi boleh mengelakkan risiko kelahiran pramatang. Jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit, loya ataupun cirit-birit.

Bagaimana Ingin Mengambil Suplemen Untuk Ibu Hamil Dan Bila Waktunya Anda Patut Menghubungi Doktor?

Sebelum mengambil vitamin pranatal, adalah seeloknya untuk ibu rujuk terlebih dahulu kepada doktor anda untuk memastikan yang pengambil vitamin pranatal yang ibu ingin ambil adalah yang disyorkan oleh doktor. Berikut adalah beberapa perkara yang ibu perlu tahu:

  • Lebih adalah tidak elok pabila bercakap tentang vitamin. Jadi kekal dengan dos yang disarankan serta jangan ambil sebarang suplemen tambahan lain, melainkan jika doktor anda yang menyarankannya. 
  • Pastikan anda memeriksa dengan pengamal perubatan juga, jika anda mengambil sebarang suplemen berasaskan herba; kerana sesetengah herba boleh jadi merbahaya pabila anda sedang mencuba untuk hamil atar sedang mengandung.
  • Tetapkan di dalam minda yang vitamin prenatal adalah pelengkap diet sihat, tetapi bukan untuk menggantikan diet sihat. Ini bermakna ia masih sangat penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang seimbang, kaya nutrien sepanjang tempoh hamil. Fikirkan vitamin prenatal itu hanyalah sebagai backup – bukan sebaliknya.

Jadi, diharapkan dengan artikel ini dapat memberikan para wanita dan bakal ibu satu persiapan lebih baik sebelum menimang cahaya mata agar si comel lahir dengan cukup sifat dan baik kesihatannya.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga:  Positif Hamil: 8 Perkara Pertama Dilakukan Sebaik Sahaja Disahkan Hamil 

Baca juga:  Vitamin Ibu Mengandung Penting Bagi Kesihatan Diri Dan Janin

Penulis

Farhana Fuad