Wajah Berseri-Seri Semasa Hamil? Orang Tua-Tua Kata, Ia Tanda Anda Mengandung Anak Lelaki!

Wajah berseri-seri sering dikaitkan dengan kehamilan. Adakah benar ia tanda ibu sedang mengandung bayi lelaki?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah orang puji anda, semakin berseri-seri semenjak hamil? Walaupun berat badan meningkat tapi wajah tetap cantik berseri-seri. Ada yang kata itu tanda anda hamil anak lelaki. Tapi sejauh manakah benarnya? 

Memang ramai juga yang sering dapat komen. Katanya seri ibu mengandung juga.

Ketahui lebih banyak lagi mengenai punca wajah berseri-seri ketika hamil terutama ibu yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung. 

 Adakah normal wajah berseri-seri sewaktu hamil

Selain perubahan fizikal badan yang semakin membesar tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang mukanya berseri ketika hamil. Ada juga wanita hamil mengalami perubahan wajah yang tidak menyenangkan seperti muncul jerawat, melasma dan kulit kusam. Masalah ini terjadi akibat daripada perubahan hormon semasa mengandung.

Seri wajah ketika hamil adalah satu perubahan normal yang dihadapi oleh wanita mengandung. Walaupun ada sesetengah mengatakan ini adalah mitos, pada hakikatnya adalah tidak. Ia benar berlaku disebabkan oleh peningkatan dan perubahan hormon semasa hamil.

Ketahui lebih lanjut mengenai wajah berseri-seri ketika hamil.

 Punca wajah berseri-seri semasa hamil

Wajah berseri-seri semasa hamil adalah disebabkan perubahan hormon yang terjadi pada kulit. Perubahan ini menghasilkan kulit lebih berseri, cerah dan sihat. Antara perkara yang mempengaruhi wajah berseri ketika hamil termasuklah:

#1. Perubahan hormon

Peningkatan jumlah hormon yang dikeluarkan semasa kehamilan boleh menjadikan kulit anda kelihatan merah, memberikan wajah yang berseri. Hormon tersebut termasuk estrogen, progesteron, dan human chorionic gonadotropin.

#2. Peningkatan aliran darah

Semasa mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak darah. Ini kerana rahim dan organ penting memerlukan lebih banyak darah untuk menyokong bayi anda yang sedang membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peningkatan jumlah darah sedemikian juga melancarkan perjalanan darah, menjadikan kulit kelihatan kemerahan.

#3. Meningkatkan minyak dalam kulit

Sesetengah wanita mengalami lebih banyak pengeluaran minyak daripada kelenjar sebum mereka, hasil daripada turun naik hormon. Selain itu, lebih banyak jumlah darah boleh meningkatkan rembesan minyak. Anda mungkin terdedah terutamanya jika anda sudah mempunyai kulit berminyak atau kombinasi.

Ini boleh mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak diingini, seperti jerawat. Tetapi bersama-sama dengan jerawat, minyak yang meningkat juga boleh membuat wajah anda kelihatan seperti bercahaya.

#4. Regangan kulit

Digabungkan dengan peningkatan aliran darah dan perubahan hormon, regangan kulit juga boleh menjadikan kulit anda bersinar semasa kehamilan.

#5. Ruam panas

Ia perkara biasa untuk berasa lebih panas daripada biasa semasa kehamilan. Anda bukan sahaja berhadapan dengan hormon tetapi berat tambahan yang anda bawa untuk menyokong bayi juga boleh meningkatkan suhu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini boleh menyebabkan ruam panas atau kilat panas, kedua-duanya boleh menampakkan kulit lebih berseri.

#6. Memburukkan keadaan kulit yang sedia ada

Jika anda mempunyai keadaan kulit tertentu yang sedia ada, gejala anda mungkin lebih teruk semasa kehamilan. Keadaan sedemikian termasuk ekzema, rosacea, dan psoriasis.

Disebabkan oleh peningkatan aliran darah dan hormon, kulit yang terjejas mungkin menjadi lebih merah dan kelihatan lebih ketara. Kadang-kadang ini disalah anggap sebagai tanda-tanda kehamilan.

Bilakah ia bermula & berapa lama bertahan?

Tiada tempoh masa yang ditetapkan, walau bagaimanapun, anda mungkin lebih berseri sepanjang kehamilan, terutamanya semasa trimester kedua.

Wajah berseri semasa mengandung serta punca asasnya biasanya akan hilang selepas bersalin. Ini bukan perubahan kekal pada kulit anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ia berlaku kepada semua orang?

Walaupun setiap wanita mengalami turun naik hormon secara semula jadi daripada kehamilan, ini tidak bermakna semua orang akan memiliki wajah berseri ketika hamil.

Jika anda tidak mengalaminya, ia tidak bermakna ada apa-apa yang salah. Sebaliknya, ini mungkin menunjukkan bahawa kulit anda bertindak balas secara berbeza terhadap apa yang berlaku dengan seluruh badan anda.

Kesan kulit lain yang mungkin anda alami adalah sebaliknya. Seperti yang telah disebutkan, jerawat kehamilan berlaku apabila kelenjar minyak anda menghasilkan lebih banyak sebum daripada biasa. Ia bukan sahaja boleh menjadikan kulit anda kelihatan berkilat, tetapi ia juga boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit. 

Anda harus terus mencuci muka dua kali sehari seperti biasa, tetapi anda mungkin perlu bertukar kepada produk yang merawat kulit berminyak sepanjang tempoh kehamilan anda. Berbincang dengan doktor anda tentang produk yang selamat untuk digunakan semasa kehamilan.

Melasma ialah satu lagi keadaan kulit yang berkaitan dengan kehamilan yang mungkin menjejaskan sesetengah wanita. Keadaan ini merujuk kepada bintik-bintik coklat pada kulit anda yang disebabkan oleh hiperpigmentasi daripada peningkatan pengeluaran melanin dalam kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tompok-tompok ini hilang selepas kehamilan apabila tahap hormon anda menurun, tetapi pendedahan matahari boleh memburukkan lagi. Pakai pelindung matahari setiap hari untuk membantu mencegahnya.

Wajah berseri-seri ketika hamil adakah ada kaitan dengan jantina bayi dikandung?

Anda mungkin pernah mendengar banyak pantang larang daripada orang sekeliling sebaik sahaja mengetahui seseorang itu hamil.

Sesetengah orang juga mengatakan bahawa wajah berseri-seri boleh menunjukkan sama ada anda bakal mempunyai anak lelaki atau perempuan. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini.

Jika anda benar-benar ingin mengetahui jantina bayi anda sebelum lahir, sebaiknya tunggu sehingga usia kandungan kira-kira 16 minggu apabila doktor anda mungkin dapat memberitahu melalui ultrasound.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimanapun sejauh mana pantang larang atau kepercayaan diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya mengenai kehamilan itu benar atau ia sekadar mitos yang tidak boleh dipercayai atau diikuti membuta tuli masih belum dapat dipastikan. Berikut beberapa mitos kehamilan yang paling kerap didengari dalam masyarakat di negara ini.

1. Mengetahui jantina bayi dengan melihat bentuk perut

Kebiasaan yang kita dengar bentuk perut yang memanjang berkemungkinan anak di dalam kandungan adalah lelaki manakala jika perut melebar mungkin anak perempuan. Secara logiknya, jantina bayi tidak boleh diteka dengan pandangan mata kasar kadangkala posisi bayi dalam kandungan dipengaruhi oleh saiz badan dan fizikal ibu mengandung.

2. Bayi besar lebih sihat

Jangan rasa rendah diri atau risau jika perut anda tidak membesar seperti yang lain. Bayi yang lebih besar itu mungkin berisiko tidak boleh dilahirkan secara normal dan boleh mengalami masalah kesihatan seperti diabetes apabila meningkat usianya.

3. Bersenam ketika hamil boleh menyebabkan tali pusat bayi terbelit

Bersenam ketika hamil sangat digalakkan selain meningkatkan kecergasaan ia baik untuk ibu ketika hamil. Senaman ringan dan tidak membabitkan pergerakan intensif boleh dilakukan sehingga trimester ketiga dan tiada kaitan pun dengan mitos bayi terbelit tali pusat.

4. Hubungan intim membahayakan bayi dan menyebabkan keguguran

Hubungan intim adalah selamat kerana secara fizikalnya bayi dilindungi oleh air ketuban dan otot rahim yang kuat. Selain itu, bahagian serviks juga dilindungi oleh sejenis mukus yang boleh membantu menghindarkan jangkitan.

Bagaimanapun, anda tidak seharusnya melakukan hubungan intim sekiranya pasangan anda menghidap masalah jangkitan seksual (STD) seperti herpes, chlamydia atau HIV kerana penyakit ini boleh membahayakan kandungan dan bayi berisiko dijangkiti.

5. Minum soya menyebabkan anak lahir berkulit putih, pengambilan kicap menjadikan anak gelap

Mitos ini kedengaran biasa bagi sesetengah daripada kita dan ada yang mempercayainya. Realitinya, anggapan ini langsung tidak berasas kerana warna kulit bayi tidak ditentukan oleh makanan yang diambil ibu hamil. Sebaliknya, warna kulit bayi yang bakal lahir ditentukan oleh faktor genetik ibu ayah.

  1. healthline (n.d) Glowing Skin During Pregnancy: Why It Happens. www.healthline.com/health/pregnancy-glow

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berseri-Serinya Wajah Ibu Mengandung, Kan? Ini 3 Sebabnya – Patutlah!

Baca juga: Rawatan Kuku Antara 11 Idea Terbaik Untuk Ibu Hamil Manjakan Diri, Cubalah!

Baca juga: Elak Guna Produk Muka Sembarangan! Ini 7 Produk Kecantikan Selamat Untuk Ibu Hamil

Penulis

Amalia Azri