Lovebite atau hickey mungkin dianggap sebagai tanda cinta yang nakal, tetapi tidak semua tahu cara melakukannya dengan betul. Jika dilakukan dengan terlalu kuat, ia boleh menyakitkan, tetapi jika cara buat love bite dilakukan dengan teknik yang tepat, ia boleh menjadi satu bentuk keintiman yang mengghairahkan.
Jadi, bagaimana cara terbaik untuk memberi lovebite tanpa rasa sakit dan lebih menggoda?
Apa Itu Love Bite (Gigitan Cinta)?
Love bite atau dikenali sebagai hickey adalah tanda lebam kemerahan yang muncul akibat hisapan atau gigitan cinta pada kulit.
Ia terjadi apabila pembuluh darah kecil di bawah kulit pecah akibat tekanan menyebabkan darah terperangkap dan membentuk lebam.
Biasanya, love bite muncul di kawasan leher atau bahu dan boleh bertahan selama beberapa hari hingga seminggu.
Bagaimana Cara Buat Love Bite Dengan Betul?
Love bite atau hickey bukan sekadar tanda kasih sayang, tetapi juga cara untuk menambah keintiman dalam hubungan. Jadi, bagaimana cara buat love bite yang betul supaya pasangan anda lebih menikmati momen romantis ini?
1. Pastikan Pasangan Setuju
Sebelum mencuba apa-apa, pastikan pasangan anda selesa dan bersetuju. Tidak semua orang suka mempunyai tanda di kulit mereka, jadi komunikasi adalah kunci!
Tanyakan dengan nada manja atau selitkan dalam gurauan untuk melihat reaksi mereka.
2. Pilih Kawasan Yang Sesuai
Leher dan bahu adalah kawasan paling popular kerana ia sensitif dan mudah dirangsang. Namun, jika anda ingin mengelakkan tanda yang terlalu ketara, boleh pilih kawasan lain seperti dada atau bahagian lengan.
3. Mulakan Dengan Ciuman Lembut
Jangan terus terkam! Bangkitkan suasana dengan ciuman perlahan dan lembut di kawasan pilihan. Ini bukan sahaja membuat pasangan lebih rileks, tetapi juga meningkatkan keseronokan.
4. Hisap Kulit dengan Lembut
Gunakan bibir anda untuk hisap kulit pasangan dengan tekanan sederhana selama 20 hingga 30 saat.
Jangan gunakan gigi kerana ia boleh menyebabkan kesakitan atau kecederaan kecil. Jika mahu tanda lebih jelas, anda boleh ulang langkah ini dengan berhati-hati.
5. Periksa dan Sesuaikan
Selepas selesai, lihat hasilnya. Jika tanda tidak terlalu kelihatan dan pasangan mahukan lebih, anda boleh mengulangi proses dengan hisapan ringan tambahan.
6. Berikan Belaian Selepasnya
Jangan terus berhenti selepas membuat love bite! Usap kawasan tersebut dengan lembut, berikan ciuman manja atau puji pasangan anda untuk mengekalkan suasana romantik.
Ini juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa jika ada.
Bagaimana Pula Cara Hilangkan Love Bite?
Jika anda atau pasangan perlu menyembunyikan love bite dengan segera, jangan risau! Berikut adalah beberapa cara untuk mempercepatkan proses pemulihan:
1. Sapukan Ais
Bungkus ketulan ais dalam kain dan tekapkan pada kawasan love bite selama 10-15 minit. Ini membantu mengurangkan pembengkakan dan menghentikan lebam daripada merebak.
2. Gunakan Sudu Sejuk
Letakkan sudu logam dalam peti sejuk selama beberapa minit, kemudian tekan perlahan pada love bite. Teknik ini boleh membantu mengecilkan pembuluh darah dan mempercepatkan pemulihan.
3. Urut Dengan Lembut
Selepas 48 jam, anda boleh mengurut kawasan tersebut dengan perlahan menggunakan jari. Ini membantu melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
4. Sapukan Aloe Vera atau Krim Arnica
Kedua-dua bahan ini terkenal dengan sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan dan mempercepatkan penyembuhan kulit.
5. Tutup Dengan Solekan
Jika anda perlukan penyelesaian segera, gunakan concealer atau foundation yang sepadan dengan warna kulit anda untuk menutup kesan love bite buat sementara waktu.
Adakah Love Bite Bahaya?
Secara umumnya, love bite tidak berbahaya dan akan hilang sendiri dalam beberapa hari. Namun, dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh menyebabkan:
- Pembekuan darah – Jika love bite terlalu kuat, ia boleh merosakkan saluran darah kecil dan menyebabkan bekuan darah.
- Jangkitan kulit – Jika kulit terluka atau mengalami iritasi, ia berisiko untuk dijangkiti bakteria.
Jika anda mengalami kesakitan yang luar biasa, bengkak yang teruk atau tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan melampau dan nanah, sebaiknya berjumpa dengan doktor.
Berapa Lama Nak Hilangkan Love Bite?
Love bite biasanya akan pudar dalam tempoh 5 hingga 12 hari
bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Kekuatan hisapan – Semakin kuat hisapan, semakin lama lebam akan bertahan.
- Jenis kulit – Individu dengan kulit sensitif mungkin mengalami lebam yang lebih ketara dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
- Rawatan yang digunakan – Penggunaan ais, urutan atau krim boleh mempercepatkan proses penyembuhan.
Hukum Buat Love Bite dalam Islam
Dalam konteks hubungan suami isteri, memberikan love bite boleh dianggap sebagai salah satu cara menunjukkan kasih sayang dan keintiman. Namun, Islam menekankan adab dan batasan dalam menunjukkan kasih sayang:
- Pastikan tanda tersebut tidak kelihatan di tempat yang boleh dilihat oleh orang lain untuk menjaga maruah dan aurat.
- Elakkan keterlaluan dalam menunjukkan keintiman di luar rumah kerana ia boleh mengundang fitnah atau pandangan negatif daripada masyarakat.
Cara buat love bite yang betul boleh menjadi perkara yang menyeronokkan untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan.
Paling penting, sentiasa berbincang dengan pasangan dan pastikan kedua-dua pihak selesa serta menikmati momen romantik ini bersama.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Seks Ketika Hamil: 10 Perkara Penting & Cara Atasi Rasa Kurang Yakin Bersama Pasangan
Baca juga: Berapa Lama Rasa Sakit Pada Vagina Setelah Malam Pertama? Ini Perkara Pengantin Baru Kena Tahu!
Baca juga: Pancut Awal Boleh Hamil, Fahami Tentang Sperma Dalam Air Mani & Cara Mengatasi Ejakulasi Pramatang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!