Mata berkedip tanpa kawalan sering kali dianggap sebagai sesuatu yang biasa, namun dalam sesetengah keadaan ia menimbulkan pelbagai tafsiran dan tanggapan. Dalam budaya masyarakat Melayu khususnya, mata kiri berkedip sering dikaitkan dengan ramalan tertentu—seperti akan menerima berita buruk, seseorang sedang merindui, atau petanda sesuatu bakal berlaku.
Namun begitu, adakah kedipan mata kiri ini mempunyai penjelasan yang kukuh dari sudut perubatan?
Mata Kiri Berkedip Dalam Islam
Watch on TikTok
Mata Kiri Berkedip Tanpa Kawalan (Eye Twitching)
Dalam bidang perubatan, keadaan di mana mata berkedip tanpa kawalan dikenali sebagai myokymia. Ia merujuk kepada pengecutan otot kecil di sekitar mata, terutamanya bahagian kelopak atas atau bawah, yang berlaku secara berulang-ulang dan tidak disedari oleh individu itu sendiri.
Kedipan ini biasanya tidak menyakitkan dan tidak membahayakan, namun boleh menjadi gangguan jika ia berlarutan dalam tempoh yang lama.
Punca Mata Kiri Berkedip
Berikut beberapa punca mata kiri berkedip:
1. Keletihan Mata (Eye Strain)
Penggunaan peranti elektronik secara berlebihan seperti telefon pintar, komputer riba dan televisyen boleh menyebabkan keletihan mata. Keadaan ini juga dikenali sebagai sindrom penglihatan komputer (computer vision syndrome), yang boleh mencetuskan myokymia.
2. Kurang Tidur atau Keletihan Fizikal
Mata kiri berkedip disebabkan oleh kurang tidur atau keletihan fizikal. Individu yang mengalami gangguan tidur atau keletihan melampau lebih cenderung mengalami kekejangan otot, termasuk pada bahagian kelopak mata.
3. Stres dan Tekanan Emosi
Tekanan perasaan dan kebimbangan merupakan antara pencetus utama kepada kedipan mata yang tidak terkawal. Apabila tubuh berada dalam keadaan tertekan, otot-otot kecil menjadi lebih sensitif terhadap rangsangan luar.
4. Pengambilan Kafein Berlebihan
Punca mata kiri berkedip adalah kerana pengambilan kafein berlebihan.
Minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman tenaga boleh merangsang sistem saraf, menyebabkan otot menjadi lebih mudah terangsang lalu menghasilkan pergerakan berulang seperti kedipan mata.
5. Kekurangan Nutrien
Kekurangan zat seperti magnesium, kalium atau kalsium boleh menyebabkan pengecutan otot yang tidak normal. Magnesium khususnya penting dalam pengawalan aktiviti saraf dan otot.
6. Alergi atau Mata Kering
Alergi atau mata kering juga menjadi punca mata kiri berkedip.
Individu yang mempunyai masalah alahan mata atau mata kering lebih mudah mengalami kekejangan otot mata akibat geseran atau iritasi berterusan.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Kedipan mata kiri yang biasa selalunya akan hilang sendiri dalam masa beberapa hari tanpa rawatan khusus. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang memerlukan perhatian perubatan segera:
-
Kedipan mata yang berlanjutan lebih daripada seminggu
-
Kedipan yang disertai dengan kelopak mata tertutup sepenuhnya
-
Kedipan berlaku bersama perubahan pada penglihatan
-
Muka menjadi senget atau tidak simetri (kemungkinan masalah saraf)
-
Kedipan merebak ke bahagian muka lain seperti pipi atau mulut
Dalam kes yang jarang berlaku, kedipan mata yang berterusan boleh menjadi tanda kepada gangguan neurologi seperti blepharospasm, hemifacial spasm, atau multiple sclerosis (MS).
Kepercayaan Masyarakat Melayu
Di sebalik penjelasan perubatan, tidak dapat dinafikan bahawa kepercayaan tradisional mengenai kedipan mata kiri masih berakar umbi dalam masyarakat. Dalam budaya Melayu, setiap bahagian tubuh yang berdenyut atau berkedip sering dikaitkan dengan maksud tertentu.
Antara kepercayaan masyarakat Melayu berkaitan mata kiri berkedip ialah:
-
Mata kiri atas berkedip: Akan menerima khabar menggembirakan.
-
Mata kiri bawah berkedip: Petanda akan menangis atau menerima berita sedih.
-
Kedipan berulang sepanjang hari: Seseorang sedang menyebut atau merindui kita.
-
Kedipan sebelah malam: Petanda seseorang akan datang berjumpa tidak lama lagi.
Kepercayaan ini diwariskan turun-temurun sebagai sebahagian daripada budaya lisan. Walaupun tiada asas saintifik, ia menjadi sebahagian daripada cara masyarakat mentafsir peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Cara Mengurangkan Kedipan Mata Kiri
Jika anda sering mengalami kedipan mata kiri dan ingin mengurangkannya, berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan:
-
Rehatkan mata secara berkala, terutama jika anda banyak menggunakan skrin
-
Kurangkan pengambilan kafein dan gula
-
Dapatkan tidur yang mencukupi setiap malam (sekurang-kurangnya 7–8 jam)
-
Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi
-
Amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi atau senaman pernafasan
-
Gunakan titisan air mata tiruan jika anda mengalami mata kering
Kesimpulannya, mata kiri berkedip merupakan satu keadaan yang biasa dan lazim dialami oleh ramai orang. Dari sudut sains, ia mempunyai pelbagai sebab logik seperti keletihan, stres, atau kekurangan nutrien.
Namun dalam masyarakat yang kaya dengan nilai budaya dan warisan, fenomena ini turut dimaknai secara simbolik sebagai petanda atau ramalan tertentu.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Anak 6-10 Tahun Tiba-Tiba Ada Tabiat Kenyit Mata Berulang Kali, Buat Bunyi Pelik…Dia Mungkin Alami Gangguan Tics
Baca juga: Penglihatan Kabur & Mata Kering Ketika Hamil Adalah Normal, Doktor Kongsi Ini Sebabnya!
Baca juga: Ramai Kanak-Kanak Alami Masalah Rabun Jauh, Ibu Ayah Sila Pantau Waktu Skrin Anak!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!