Jom pekena ais kepal milo kaw ini, resepi mudah dan cepat saja!

Jom pekena ais kepal milo kaw ini, resepi mudah dan cepat saja!

Kami sudah rasa ais kepal milo ini, sedap dia memang tak terkata. Anda dah cuba?

Hmmm…sedapnya kalau dapat minum ais kepal milo viral ini. Cukup nikmat bila sampai di tekak, rasa dingin, manis dan enak memang terangkat selera. Anda tahu resepi ais kepal milo tak?

Ais kepal milo ini bukan hanya disukai orang dewasa tapi kanak-kanak turut gemar menikmatinya. 

Apa lagi ibu jom berdendang sayang di dapur. Siapkan si kecil ais kepal milo. Tapi ingat jangan beri anak selalu sebab ia mengandungi gula yang tinggi, buat sekali sekala saja ya. 

Okay ibu jom lihat resepi ais kepal milo ini. Lets go! 

ais kepal milo, resepi ais kepal milo, ais kepal, ais kepal sedap enak, ais kepal senang buat, milo ais kepal, minum ais kepal milo

Kredit: iluminasi

Resepi ais kepal milo 

Bahan-bahan: 

1/2 susu krimer manis 

Ais batu secukupnya untuk dikisar

1 sudu besar serbuk coklat 

8 sudu serbuk Milo 

Cara membuatnya: 
  1. Kisar ais batu menggunakan blender 
  2. Kemudian, masuk ais yang dikisar tadi dalam mangkuk. 
  3. Campurkan serbuk milo, serbuk coklat dan susu krimer manis. Kemudian, gaul dengan mixer. 
  4. Selepas itu, siram campuran tadi di atas ais kepal. 
  5. Untuk topping, anda boleh menambah taburan kacang halus atau serbuk biskut. 
  6. Ais kepal milo siap untuk dinikmati 
Resepi ais kepal milo: Hadkan sukatan susu krimer

Untuk ibu-ibu yang ingin berikan anak minum ais kepal milo anda boleh menyukat kandungan gula sendiri seperti menghadkan penggunaan susu krimer atau mengurangkan sudu serbuk milo.

Ia terpulang kepada anda kerana sukatan gula dalam resepi ini  tinggi. Jadi ibu perlu mengubah sukatannya sendiri. Asalkan ia masih enak dan manis untuk dinikmati. 

Nasihat daripada pakar Dr Luciana,  ibu bapa perlu membatasi kandungan gula dalam minuman manis sebelum berikan pada anak-anak.

Seperti minuman ais kepal milo ini susu krimer manis mengandungi 20 grm gula. Jadi ibu boleh menyukatnya sendiri atau mengurangkan sedikit susu krimer dalam sajian ini. 

Di bawah kami kongsikan video resepi ais kepal milo ini

Kini, ais kepal semakin mendapat tempat di hati para peminat minuman milo. Dikhabarkan dari media tempatan, ais kepal ini popular di Kuala Kangsar Perak pada penghujung tahun lalu.

Pemiliknya bernama Saed Lamin dan isteri, Shariah Hashim. 

Kemudian ramai orang mencubanya sendiri di rumah dan kesedapannya memang cukup umpp!!

Jadi, kalau ibu agak malas nak buatnya di rumah bolehlah dapatkannya di Kuala Kangsar. Secara tak langsung, kita dapat support perniagaan mereka ini. 

Selamat mencuba! 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Muffin pisang kismis – resepi mudah yang enak dijadikan hidangan minum petang!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner