TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Batuk Tak Berhenti Siang Malam? Kenali Punca, Cara Rawatan Dan Petua Berkesan Untuk Melegakannya

4 min bacaan
Anak Batuk Tak Berhenti Siang Malam? Kenali Punca, Cara Rawatan Dan Petua Berkesan Untuk Melegakannya

Anak batuk tak berhenti siang malam? Cuba beberapa tips untuk melegakan pernafasan seperti air yang cukup, mandian air suam dan lain-lain

Batuk adalah reaksi semula jadi tubuh untuk membersihkan saluran pernafasan daripada habuk, lendir atau kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Namun, jika anak batuk tak berhenti, ia boleh membuat ibu bapa risau, terutamanya jika berlanjutan hingga mengganggu tidur dan selera makan mereka.

Isi Kandungan

  • Merawat Batuk 
  • Tiga Fasa Batuk Pada Kanak-Kanak
  • 15 Cara Hilangkan Anak Batuk Tak Berhenti

Merawat Batuk 

Batuk biasanya akan sembuh sendiri dalam tempoh satu hingga dua minggu. Namun, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan anak.

Tiga Fasa Batuk Pada Kanak-Kanak

Fasa Batuk Kering

  • Biasanya terjadi pada peringkat awal jangkitan.
  • Disebabkan oleh virus atau perengsa seperti habuk dan asap.
  • Batuk ini tidak menghasilkan kahak dan boleh menyebabkan kerengsaan tekak.

Fasa Batuk Berkahak

  • Berlaku apabila badan mula menghasilkan lendir untuk menyingkirkan kuman.
  • Kahak boleh berwarna putih, kuning atau hijau bergantung kepada tahap jangkitan.
  • Batuk ini membantu membersihkan saluran pernafasan.

Fasa Batuk Berpanjangan

  • Jika batuk berlanjutan lebih daripada tiga minggu, ia dianggap batuk kronik.
  • Boleh berpunca daripada asma, alahan, atau jangkitan pernafasan seperti bronkitis.
  • Perlu pemeriksaan doktor jika batuk tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

15 Cara Hilangkan Anak Batuk Tak Berhenti

1. Berikan Air Yang Cukup

Pastikan anak mendapat cukup cecair untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu mencairkan kahak agar lebih mudah dikeluarkan. Air suam boleh memberi kelegaan pada tekak yang kering dan mengurangkan kekerapan batuk.

2. Madu (Untuk Anak Berusia 1 Tahun Ke Atas)

Madu mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang yang membantu menenangkan tekak serta mengurangkan kekerapan batuk. Kajian menunjukkan bahawa madu boleh menjadi lebih berkesan berbanding ubat batuk biasa untuk kanak-kanak.

3. Gunakan Humidifier

Udara yang terlalu kering boleh merengsakan saluran pernafasan dan menyebabkan batuk menjadi lebih teruk. Menggunakan humidifier boleh membantu mengekalkan kelembapan udara dan mengurangkan iritasi pada tekak.

4. Mandian Air Suam

Wap dari air suam boleh membantu melembutkan lendir dan melegakan batuk, terutamanya bagi anak yang mengalami hidung tersumbat. 

5. Sup Ayam

Sup ayam bukan sekadar hidangan yang sedap, tapi juga kaya dengan nutrisi yang boleh bantu tingkatkan imun anak. Wap panasnya boleh legakan hidung tersumbat, sementara kuahnya yang hangat membantu melegakan tekak. 

6. Paracetamol atau Ibuprofen

Kalau anak demam atau mengadu sakit tekak akibat batuk, paracetamol atau ibuprofen boleh bantu. Pastikan ikut dos yang betul ya!

7. Semburan Saline (Air Garam) Untuk Hidung Tersumbat

Kalau hidung anak tersumbat, cuba guna semburan air garam. Ia bantu bersihkan lendir yang boleh sebabkan batuk akibat lelehan hingus ke tekak.

8. Penggunaan Vicks (Untuk Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Ke Atas)

Sapu Vicks pada dada atau belakang anak untuk bantu melegakan pernafasan. Tapi ingat, jangan sapu pada muka!

9. Penyedutan Stim (Wap Air Panas)

Bawa anak masuk bilik mandi, tutup pintu, dan biarkan wap air panas memenuhi ruang. Cara ini boleh bantu melegakan hidung tersumbat dan batuk kering.

10. Elakkan Penggunaan Ubat Batuk Tanpa Preskripsi

Ubat batuk tidak digalakkan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun tanpa nasihat doktor.

11. Jauhkan Anak dari Asap Rokok dan Pencemaran Udara

Asap dan udara tercemar boleh buat batuk anak makin teruk. Pastikan rumah bebas asap rokok dan sentiasa ada pengudaraan yang baik.

12. Pastikan Anak Mendapat Rehat Yang Cukup

Rehat membantu tubuh melawan jangkitan dengan lebih baik.

13. Lebihkan Buah-Buahan dan Sayuran

Vitamin dan antioksidan dari buah serta sayur boleh bantu tingkatkan imun anak supaya cepat sembuh.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

14. Berikan Yogurt atau Minuman Kultur

Bakteria baik dalam yogurt dan minuman kultur boleh bantu kuatkan sistem imun anak.

15. Dapatkan Rawatan Perubatan Jika Perlu

Jika batuk anak berlarutan lebih dari tiga minggu, mempunyai bunyi nafas berbunyi (wheezing), atau disertai demam tinggi, segera bawa ke doktor.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC)

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Hilangkan Kahak Bayi Di Rumah, Cuba 10 Cara Berkesan & Paling Selamat Ini!

Baca juga: Bayi Selsema Jadi Kerap Meragam, Ibu Cuba 9 Cara Hilangkan Selsema Bayi Ini, Terbukti Berkesan

Baca juga: 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Batuk Tak Berhenti Siang Malam? Kenali Punca, Cara Rawatan Dan Petua Berkesan Untuk Melegakannya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham