X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Anak Lahir Comel, Cantik Akhlaknya, Amalkan 6 Perkara Ini Ketika Hamil

3 min bacaan
Nak Anak Lahir Comel, Cantik Akhlaknya, Amalkan 6 Perkara Ini Ketika Hamil

Nak anak comel dan cantik akhlaknya bila besar nanti ada perkara yang boleh diamalkan, antaranya makan buah-buahan, kismis, baca surah yusuf dan lain-lain.

Ramai yang tertanya-tanya bolehkah usaha untuk dapatkan anak comel dan serba cantik termasuk akhlaknya sejak dari dalam kandungan? 

Ya, usaha tu boleh, tak salah tapi kalau mengharap 100 peratus padanya dan kecewa bila tak berlaku itu tak eloklah. 

Yang penting usaha dan amalan itu sesuatu yang baik dan tidak melanggar kepercayaan dalam Islam. Contohnya dengan mengamalkan bacaan surah tertentu dan dengan mengamalkan pemakanan sihat. 

Amalan ketika mengandung untuk dapat anak cantik 

anak comel

foto: iStock

#1. Baca surah Yusuf dan Maryam

Kalau nak anak cantik, comel bacalah surah yusuf inshaAllah elok budaknya nanti. Dan kalau nak mudah bersalin amalkan surah Maryam. Amalkan sejak awal kehamilan ya. Kalau boleh bacalah surah-surah lain juga, seperti surah Khafi, Alwaqiah dan sebagainya. 

#2. Makan banyak buah-buahan

Ikut saya dulu ketika mengandung saya banyak amalkan makan buah-buahan. Epal terutamanya. Dan nak dijadikan cerita petua ni daripada mak saya sendiri, disebabkan saya pelik mengapa kakak sulung saya putih melepak dan adik beradik lain termasuk saya, beshe-beshe je? 

Jadi mak saya pun terangkanlah, ketika kehamilan pertamanya dulu dia ekstra rajin makan buah, terutama buah epal. Sebab bapa saya juga memang selalu belikan buah epal, biasalah mengandung anak pertama, sangguplah beli buah mahal (epal dulu kira mahal ya). 

Kemudian masuk kehamilan kedua dan seterusnya amalan beria begitu jadi berkuranglah. 

#3. Makan kismis dan kurma

anak comel bila lahir

foto: iStock

Dulu hamil dalam bulan ramadhan jadi buah kurma memang wajiblah makan hari-hari. Sahur makan, time berbuka pun makan juga. 

Selain boleh banyakkan susu badan ia juga bagus untuk otak bayi berkembang. Sebab itu bila kita time nak ambil peperiksaan dulu mak ayah selalu bekalkan kismis minda. Memang elok tau untuk minda berkembang. 

#4. Minum air kelapa

Ini tak boleh diamalkan ketika awal kandungan. Tunggu hujung-hujung macam dalam trimester ketiga tu boleh start. Memang sedap air kelapa ni minum sejuk-sejuk, kita pula time pregnant memang tekak teringin je benda sejuka kan.

Nanti bayi bila lahir kulitnya bersih, putih gebu. Jadi elok amalkan bila dah hujung-hujung nak bersalin nanti. Selain itu air kelapa ni memang banyak khasiatnya, boleh sejukkan badan juga.

#5. Minum sarang burung

anak comel

foto: iStock

Ini mungkin ramai ibu-ibu yang ragu-ragu elok ke minum herba ketika mengandung. Jangan risau, sarang burung ni bukanlah herba. Dia sebenarnya lebih kepada tumbuhan semula jadi. Sedap tau, tapi jangan beli yang banyak kandungan gula, tak pasal-pasal GDM pula. 

Sarang burung ni elok untuk kuatkan badan bayi dari dalam rahim lagi. Boleh amalkan pada awal kehamilan. 

#6. Minum air soya

Ini juga antara petua daripada mak. Mak kata dulu hari-hari minum air soya, anak nanti lahir gebu je. Tapi soya sekarang ada macam-macam jenis, jadi banyakla campuran yang tak elok, pastikan anda beli soya asli dan kurang gula. 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Foto: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mak Cantik, Anak Comel, Ini Himpunan Nama Bayi Selebriti 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Nak Anak Lahir Comel, Cantik Akhlaknya, Amalkan 6 Perkara Ini Ketika Hamil
Kongsikan:
  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.