TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Ernie Zakri Sering Dihina Netizen, Hentikan Tabiat Body Shaming! Silap-Silap Kena Denda RM50,000

5 min bacaan
Anak Ernie Zakri Sering Dihina Netizen, Hentikan Tabiat Body Shaming! Silap-Silap Kena Denda RM50,000

Anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha, sering menjadi bahan hinaan dan komen negatif netizen yang tidak bertanggungjawab

Berikutan wajah anak Ernie Zakri sering menjadi bahan ejekan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab, diatelah mengambil langkah untuk mengurangkan perkongsian tentang anaknya, Nur Khawla Soleha, di media sosial.

Keputusan ini dibuat bukan untuk mendapatkan pujian, tetapi untuk melindungi anaknya daripada komen-komen yang tidak wajar oleh netizen tidak bertanggungjawab.

Anak Ernie Zakri Jadi Mangsa Hinaan

Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, atau lebih dikenali sebagai Ernie Zakri, menegaskan bahawa netizen tidak berhak mengutuk anak kecil yang tidak bersalah.

“Normal seorang ibu berasa sedih dan wujud juga segelintir netizen yang saya boleh kata tidak berakal tapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang pilih tayang anak,” katanya.

Ernie mengakui bahawa meskipun dia dan suaminya, Syamel, sedih dengan tohmahan tersebut, mereka enggan mengambil tindakan undang-undang selagi perkara berkenaan tidak mencalarkan reputasi mereka.

“Setakat ini, saya dan suami anggap apa yang kami lalui tidak terlalu teruk. Jika dilayan semakin menjadi-jadi perangai netizen ini. Mereka mahukan perhatian,” tambah Ernie.

Ernie juga menyatakan bahawa dia dan suaminya mengambil pendekatan bijak dengan tidak memberikan perhatian kepada komen negatif.

“Saya berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti-henti mesej peribadi (DM) kerana mahukan perhatian. Selagi tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan ganggu keluarga, tidaklah saya ambil tindakan,” tegasnya.

anak ernie zakri

Kurang Berkongsi Di Media Sosial

Isu menghina wajah anak artis bukanlah perkara baharu dalam industri hiburan Malaysia. Selain Ernie Zakri, ramai artis lain seperti Nora Danish, Caprice, dan Sharifah Sakinah turut berdepan masalah yang sama apabila wajah anak mereka dikutuk tidak comel dan disamakan dengan haiwan.

Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun.

Keputusan mereka untuk mengurangkan perkongsian mengenai anak mereka di media sosial diambil dengan harapan dapat melindungi Nur Khawla Soleha daripada kutukan dan kecaman tidak berasas, serta menjaga kesejahteraan emosi keluarga mereka.

Dengan langkah ini, Ernie Zakri dan suaminya berharap agar netizen lebih bertanggungjawab dalam meninggalkan komen dan menghormati privasi keluarga mereka.

Sebagai ibu bapa, mereka berhak melindungi anak mereka daripada sebarang komen negatif yang boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan anak kecil yang tidak berdosa.

anak ernie zakri

Hukum Menghina Rupa Dan Fizikal Seseorang

Mutakhir ini, terdapat sebahagian manusia yang suka mengejek dan memalukan seseorang atau menghina fizikal iaitu bentuk tubuh, warna kulit, penampilan dan kekurangan individu. 

Tidakkah dia sedar bahawa perbuatan menghina fizikal seseorang itu juga membawa kepada penghinaan kepada Allah yang menciptakannya?

Terdapat satu hadis yang mana secara ringkasnya telah diceritakan bahawa Baginda Nabi pernah menegur seorang sahabat yang mentertawakan Abdullah Ibnu Mas’ud yang memiliki betis yang kecil. Baginda Rasulullah bersabda dengan maksud:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di atas timbangan daripada Gunung Uhud.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Hadis ini secara jelas menerangkan perbuatan menghina fizikal seseorang adalah dilarang dan ditegah sama sekali. Walhal sahabat tidak mengeluarkan kata-kata hinaan dan hanya ketawa sahaja.

Ia adalah haram dan mereka terus ditegur oleh Rasulullah SAW.

Ejekan tubuh, penghinaan dan makian adalah satu isu, isu lainnya bahasa yang digunakan adalah tidak enak didengar dan tidak menzahirkan peribadi Muslim yang baik.

Peliharalah akhlak kita baik lelaki mahupun perempuan kerana percakapan mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Hati yang baik akan menuntun lidahnya menuturkan bicara ke arah kebaikan.

Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang tersebut. Ketahuilah! Wahai Anak Adam bahawa orang yang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Body Shaming Adalah Jenayah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah mengklasifikasikan hinaan terhadap fizikal atau body shaming adalah sebagai jenayah.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zuraini Ab Hamid berkata, mereka yang melakukan body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurutnya, sekiranya disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali dan sekiranya mahu membuat laporan, mangsa boleh ke balai polis atau laporkan kepada SKMM.

“Bagi aduan kepada SKMM, mangsa boleh membuat aduan secara atas talian. Sekiranya aduan hendak dibuat di balai polis, mangsa digalakkan hadir sendiri ke balai polis berdekatan.

“Kesedaran berhubung perkara ini masih terlalu rendah kerana masih ramai yang tidak tahu ia adalah satu jenayah sekiranya menghina orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi (secara dalam talian).

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Murah.Com, Harian Metro, Sinar Harian

Baca juga:  Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya…

Baca juga: Pernah Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin, Kini Lelaki Ini Menyesal, Nak Jumpa Anak Pun Malu

Baca juga:  Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Kenali Apa Itu Virus RSV, Simptom & Rawatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Anak Ernie Zakri Sering Dihina Netizen, Hentikan Tabiat Body Shaming! Silap-Silap Kena Denda RM50,000
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham