Kajian: Kanak-kanak Memilih Makan Mungkin Disebabkan Oleh Faktor Genetik

Kajian: Kanak-kanak Memilih Makan Mungkin Disebabkan Oleh Faktor Genetik

Kanak-kanak yang cerewet dan memilih makanan pastinya membuatkan ibu bapa pening dan juga risau. Jom baca untuk mengetahui sebabnya supaya anda boleh menentukan cara yang betul untuk mengatasinya.

Selalunya, kanak-kanak yang cerewet apabila tiba masa untuk makan boleh membuatkan ibu bapa hilang sabar. Susah betul nak minta si kecil itu makan sayur dan ikan, kan?

Dan bila ini terjadi, ibu bapa juga sering menyalahkan diri mereka sendiri apabila anak itu tidak mahu makan.

Sememangnya, terdapat beberapa faktor mengapa anak-anak suka memilih makanan. Baca: 5 Punca Kenapa Kanak-kanak Suka Memilih Makanan.

Tetapi, ternyata faktor genetik juga memainkan peranan dalam tabiat kanak-kanak yang suka memilih makanannya, menurut satu kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry (2016).

anak cerewet makan

 

Pengaruh genetik kepada kanak-kanak yang susah makan

Andrea Smith, salah seorang penyelidik dalam kajian itu, menerangkan yang kajian ini telah melibatkan lebih daripada 1,900 pasangan kembar berusia 16 bulan.

Kajian ini menjurus kepada melihat tabiat pemakanan semua kanak-kanak ini.

Secara khususnya, kajian ini mengkaji kecenderungan mereka memilih makanan berdasarkan tekstur, rasa, dan bau makanan yang ditawarkan (dipanggil 'cerewet makanan') dan penolakan mereka untuk mencuba makanan baru (dipanggil 'nefobia makanan').

Penggunaan kembar seiras (yang berkongsi 100% daripada gen mereka), dan kembar bukan seiras (yang berkongsi 50% daripada gen mereka) dalam kajian ini membantu melihat kepentingan faktor genetik daripada faktor lain.

Pasukan penyelidik juga mengkaji bagaimana gen dan persekitaran rumah (seperti tingkah laku ibu bapa), memainkan peranan dalam sikap anak-anak terhadap makanan.

Mereka mendapati bahawa "terdapat pengaruh genetik yang ketara terhadap kecerewetan makanan dan neophobia (ketakutan makanan) dialami oleh kanak-kanak dari kecil," kata Smith.

Secara umum, faktor genetik boleh menjejaskan kesukaran makan bagi kanak-kanak sebanyak 46% dari segi memilih makanan, dan 58% dari segi neophobia makanan.

Bapa (dan ibu) borek, anak rintik

Jadi, jika ibu bapa itu adalah sejenis yang suka memilih makanan dan sukar untuk mencuba makanan baru, maka kecenderungan ini akan ada pada anak-anak mereka juga.

Faktor lain termasuklah bagaimana ibu bapa mengendalikan kanak-kanak pada waktu makan. Terutama sama ada mereka cuba memaksa anak-anak mereka makan atau tidak.

"Apabila waktu makan itu penuh dengan negativiti, anak menjadi tertekan sehingga kemungkinan reaksinya akan semakin teruk setiap kali dia diminta untuk makan," jelas Smith.

"Memaksa kanak-kanak makan juga boleh membuatkan mereka cenderung untuk menjadi bertambah cerewet ketika waktu makan."

anak cerewet makan

 

Bagaimana untuk mengatasi kesukaran untuk makan?

Dr. Alastair Sutcliffe, seorang pakar kanak-kanak di UCL, menerangkan bagaimana ibu bapa boleh mengelak anak-anak daripada menjadi cerewet ketika makan sejak mereka bayi lagi.

"Pemberian makanan yang salah dalam tempoh penyusuan adalah punca masalah," Sutcliffe berkata, dipetik oleh CNN.

Sutcliffe juga mengatakan bahawa sesetengah ibu bapa membuat kesilapan dengan memberikan makanan manis kepada bayi yang baru lahir.

Beliau mencadangkan ibu bapa untuk menyediakan makanan yang pelbagai dan berkhasiat, dan mengelakkan makanan manis.

"Kunci untuk mengatasi kanak-kanak yang susah mahu makan adalah untuk menawarkan atau menggalakkan, tetapi tidak memaksa, kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis makanan sihat yang dimakan oleh semua ahli keluarga, dan menunjukkan bahawa anda juga menikmati makanan itu," kata Sutcliffe.

Dengan cara ini, rasa ingin tahu kanak-kanak akan muncul dan menghapuskan rasa takut terhadap makanan baru.

"Tetapi yang paling penting, bersabarlah!" tambahnya lagi.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Indonesia.

Baca juga: 

my.theasianparent.com/10-jenis-makanan-yang-berbahaya-bagi-bayi-dibawah-1-tahun/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner