Asam jawa bukan sahaja berfungsi sebagai penambah perasa dalam makanan, namun ia juga mempunyai khasiat yang sangat baik terutama untuk kesihatan dan kecantikan kita.
Apa itu asam jawa?
Asam jawa atau nama saintifiknya tamarind adalah sejenis tumbuhan saka malar hijau yang menghasilkan buah asam. Menurut kajian sejarah, penemuan terawalnya adalah di Senegal, Afrika.
Biasanya, kita menggunakan asam jawa dalam masakan untuk menambah rasa tapi bagi perkongsian kali ini kami akan menyenaraikan khasiat asam jawa untuk anda.
Kandungan nutrisi dalam asam jawa
Berikut adalah komponen bernutrisinya:
- Vitamin: Asam jawa adalah sumber vitamin C yang terbaik, yang mana ia adalah penting untuk sistem imun dan kulit berseri. Ia juga mengandungi vitamin B seperti thiamin, riboflavin, niacin, yang mana memaikan peranan penting di dalam tenaga metabolisme.
- Mineral: Ia menyediakan mineral penting seperti potasium, magnesium dan kalsium, yang mana penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, melaraskan tekanan darah, dan menyokong fungsi otot.
- Serat: Asam jawa adalah serat diet yang terbaik, menjadikannya remedi semula jadi yang bagus untuk masalah pencernaan seperti sembelit. Serat dapat menggalakkan pergerakan usus dan membantu mengekalkan kesihatan mikrobiom.
- Antioksidan: Buah ini kaya dengan antioksidan, termasuk flavonoi dan polyphenols, yang membantu melawan stress oksidatif dan melindungi sel daripada rosak akibat radikal bebas. Bahan antioksidan ini menyumbang kepada kesihatan menyeluruh dan melambatkan proses penuaan.
Selain itu ia juga mengandungi nnutrisi seperti vitamin B, Vitamin K, asam amina serta berbagai mineral seperti kalsium, magnesium, selenium dan zat besi.
Khasiat asam jawa
1. Menyokong kesihatan jantung
Asam jawa mengandungi polifenol, flavonoid, dan antioksidan yang boleh membantu menyokong kesihatan jantung dengan menghalang kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh kolestrol LDL.
Kenyataan ini disokong menerusi kajian makmal 2013 yang mendapati bahawa asam jawa boleh membantu mencegah penyakit aterosklerosis kardiovaskular.
2. Melawan keradangan
Seperti yang disebut sebelum ini, polifenol dan antioksidan yang boleh membantu mengawal keradangan dalam badan. Ia juga telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.
Ia digunakan sebagai ubat untuk sakit dan penyakit yang berkaitan dengan keradangan seperti arthritis.
3. Meningkatkan imun badan
Dengan kehadiran antioksidan seperti vitamin C, flavonoid, karoten, vitamin B kompleks, ia membantu meningkatkan serta menguatkan sistem imun manusia.
4. Menurunkan tekanan darah
Jika anda mempunyai masalah seperti hipertensi atau tekanan darah yang tinggi, asam jawa boleh membantu mengawak tekanan darah anda.
Ada juga yang mengatakan asam juga dapat mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, mengurangkan risiko arteri tersumbat, merawat luka yang tidak normal pada dinding arteri dan banyak lagi.
5. Menurunkan berat badan
Serat yang ada dalam asam jawa sebenarnya membantu dalam menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga sarat dengan asid hidrosisitrik yang berfungsi untuk mengurangkan selera makan anda.
Ia menghalang amilase iaitu sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk menukar karbohidrat kepada lemak.
6. Meningkatkan kesihatan mata
Asam jawa yang mengandungi vitamin A ini juga mempunyai keupayaan untuk melindungi mata daripada kering disamping mengurangkan risiko katarak yang terkait dengan pertambahan usia.
7. Membuang sel kulit mati
Mencuci muka dengan pembersih muka yang mengandungi asam jawa dapat membantu membersihkan kulit anda dan merawat pori-pori tersumbat.
Asid semulajadi dalam asam jawa seperti asid sitrik dan asid alfa hidroksil membantu menghilangkan sel kulit mati dan kotoran tersembunyi di kulit anda menjadikan ia lebih bersih.
8. Mencerahkan kulit
Jika anda mahu mendapatkan kulit yang cerah, bermaya dan glowing, gunakan campuran asam jawa dan kunyit.
Ini kerana kunyit mengandungi kurkumin yang bagus untuk membersihkan kulit dan membunuh bakteria.
9. Melembabkan kulit
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering dan berminyak, sememangnya sukar untuk mencari produk penjagaan kulit yang bersesuaian.
Oleh itu, jadikan bahan semulajadi untuk menangani masalah ini. Selain merawat kulit kering dengan melembapkannya, ia juga tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
10. Mengatasi kulit berjerawat
Punca jerawat ialah laing pori yang tersumbat. Jika anda mengalami masalah ini, gunakan asam jawa sebagai salah satu rutin penjagaan kulit anda.
Cara menggunakan asam jawa dalam masakan
Seperti yang kita tahu, asam jawa selalunya digunakan dalam masakan. Sebelum kami terangkan bagaimana anda boleh gunakan asam jawa untuk kecantikan, kami kongsikan cara menggunakannya dalam masakan.
1. Buat bancuhan air asam jawa
- Campurkan 30 gram asam jawa ke dalam 100 ml air atau rendam dengan air selama 10 minit
- Perah bancuhan tersebut ke dalam mangkuk sehingga menjadi air asam jawa
- Tapiskan air asam jawa ke dalam masakan untuk elak bijinya daripada termasuk sekali
2. Keringkan asam jawa
- Biarkan asam jawa di bawah sinar matahari sehingga separa kering
- Masukkan ke dalam balang kaca dan isi dengan air
- Biarkan di dalam peti sejuk semalaman
- Keesokan harinya, perah sehingga menjadi pulpa
- Anda boleh simpan di dalam peti sejuk semula dan gunakan dalam masakan pada bila-bila masa yang anda mahu
Cara menggunakan asam jawa untuk kulit cantik
Bagi anda yang mahu menggunakan asam jawa untuk mencantikkan kulit, anda boleh buat pes asam jawa dan sapukan pada wajah. Pastikan pes asam jawa itu tidak terlalu cari dan tidak terlalu pekat.
Tambah sedikit kunyit hidup yang ditumbuk halus ke dalam bancuhan pes itu. Ini akan membantu menyembuhkan kulti anda disamping memaksimumkan manfaat asam jawa sepenuhnya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki
Baca juga: Khasiat Bunga Cengkih Boleh Hapuskan Covid-19? Jangan Terus Percaya, Ini Penjelasan Pakar
Baca juga: Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!