Asid folik untuk ibu mengandung adalah sangat penting untuk kesihatan mereka dan selain ia juga menjamin perkembangan bayi yang sihat.
Apa Itu Asid Folik
Asid folik, atau dikenali juga sebagai folat apabila terdapat secara semulajadi dalam makanan, adalah sejenis vitamin B yang sangat penting untuk kesihatan tubuh kita, terutamanya bagi ibu mengandung.
Asid folik untuk ibu mengandung sangat baik bagi membantu dalam pembentukan sel darah merah, penghasilan DNA, dan perkembangan sistem saraf yang sihat.
Bagi ibu hamil, pengambilan asid folik yang mencukupi bukan sahaja penting untuk kesihatan mereka, tetapi juga untuk perkembangan bayi yang sihat.
Kenapa Kena Ambil Acid Folic?
Asid folik memainkan peranan yang sangat penting, terutamanya pada peringkat awal kehamilan. Ada beberapa sebab kenapa acid folic penting untuk wanita hamil?
1.Mencegah Kecacatan Saraf Tulang Belakang
Asid folik sangat penting dalam mengelakkan kecacatan saraf tulang belakang, seperti spina bifida, yang boleh berlaku apabila tiub saraf bayi tidak berkembang dengan sempurna. Pengambilan asid folik untuk ibu mengandung yang mencukupi dalam tempoh awal kehamilan dapat mengurangkan risiko masalah ini.
2.Membantu Pembentukan Sel Darah Merah
Asid folik membantu dalam penghasilan sel darah merah yang sihat. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia pada ibu hamil, yang boleh menyebabkan rasa penat, lemah, dan mengganggu aktiviti harian.
3.Menyokong Perkembangan Otak Dan Sistem Saraf Bayi
Asid folik membantu dalam pembentukan sel-sel tubuh yang penting, termasuk sel otak dan saraf bayi. Pengambilan yang mencukupi membantu memastikan bayi mempunyai sistem saraf yang sihat dan berkembang dengan baik.
4.Mengurangkan Risiko Kelahiran Pramatang
Pengambilan asid folik yang cukup juga boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan membantu bayi lahir dengan berat badan yang lebih sihat.
Berapa Mg Folic Acid Untuk Ibu Mengandung?
Asid folik untuk ibu mengandung adalah berbeza memgikut keperluan individu. Setiap ibu mengandung memerlukan jumlah asid folik yang berbeza bergantung kepada keperluan dan peringkat kehamilan mereka. Berikut adalah panduan umum:
1. Sebelum, Semasa Trimester Pertama
Wanita yang merancang untuk hamil atau yang sedang mengandung pada peringkat awal (sehingga 12 minggu) disarankan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Pengambilan ini sangat penting kerana pada peringkat awal kehamilan, banyak organ bayi sedang terbentuk.
2.Semasa Trimester Kedua Dan Ketiga
Dalam trimester kedua dan ketiga, pengambilan asid folik biasanya tetap disarankan sebanyak 400 hingga 600 mikrogram sehari, tetapi ini boleh berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan individu.
Kadang-kadang, jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan kecacatan saraf tulang belakang atau sedang hamil anak kembar, doktor mungkin mencadangkan pengambilan yang lebih tinggi, iaitu 4,000 mikrogram (4 mg) sehari.
Cara Makan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung
Ada dua cara untuk mendapatkan asid folik sama ada melalui makanan atau melalui suplemen. Berikut adalah beberapa cara untuk memastikan pengambilan asid folik untuk ibu mengandung yang mencukupi:
1. Melalui Makanan
Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kale kaya dengan asid folik, begitu juga kacang, lentil, dan kacang soya. Buah-buahan seperti oren, pisang, dan alpukat juga merupakan sumber folat semulajadi yang baik.
Selain itu, bijirin sarapan dan roti yang diperkaya dengan asid folik boleh menjadi pilihan tambahan. Jika perlu, suplemen asid folik dalam bentuk pil atau vitamin pranatal juga boleh membantu memastikan ibu mengandung mendapat keperluan folat yang cukup.
2.Pil Asid Folik
Biasanya, ibu mengandung disarankan untuk mengambil pil asid folik sebagai suplemen harian. Anda boleh mendapatkannya di farmasi atau melalui preskripsi doktor.
3.Makan Vitamin Pranatal
Vitamin pranatal juga mengandungi asid folik, serta nutrien penting lain seperti zat besi, kalsium, dan iodin yang diperlukan semasa kehamilan.
Pastikan untuk mengikuti dos yang disyorkan oleh doktor dan jangan mengambil lebih daripada yang diperlukan tanpa nasihat perubatan.
Risiko Kepada Bayi Dan Ibu Jika Kekurangan Asid Folik
Kekurangan asid folik untuk ibu mengandung boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan, bukan sahaja untuk ibu, tetapi juga untuk bayi. Berikut adalah beberapa risiko akibat kekurangan asid folik:
1. Kecacatan Saraf Tulang Belakang (Spina Bifida)
Kekurangan asid folik dalam tempoh awal kehamilan boleh meningkatkan risiko kecacatan saraf tulang belakang pada bayi, seperti spina bifida.
2.Anemia, Keletihan untuk
Asid folik penting untuk pembentukan sel darah merah. Tanpa asid folik yang mencukupi, ibu berisiko menghidap anemia, yang boleh menyebabkan rasa penat, lemah, dan mudah mengantuk.
3.Kelahiran Pramatang Atau Berat Badan Lahir Rendah
Kekurangan asid folik juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kelahiran pramatang dan bayi yang lahir dengan berat badan rendah, yang boleh menambah risiko komplikasi selepas kelahiran.
4.Gangguan Perkembangan Bayi
Bayi yang dilahirkan daripada ibu yang kekurangan asid folik berisiko mengalami masalah dalam perkembangan otak dan saraf. Kekurangan asid folik yang teruk boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran bayi yang meninggal dalam kandungan.
Pastikan anda mengikuti nasihat doktor mengenai dos yang tepat, dan sentiasa cuba mendapatkan asid folik daripada makanan dan suplemen. Dengan cara ini, anda dapat memastikan kehamilan yang sihat dan bayi yang berkembang dengan baik.
Pengambilan asid folik untuk ibu mengandung yang mencukupi dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti kecacatan kelahiran, anemia, dan kelahiran pramatang.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Folic Acid Yang Paling Bagus Untuk TTC Dan Sedang Hamil, JANGAN Skip Makan Acid Folic Elak Anak Cacat
Baca juga: Folic Acid Untuk Apa? Ketahui Manfaatnya Terhadap Kesuburan Dan Kehamilan
Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!