5 jenis ubat semula jadi yang mampu merawat batuk dan selsema ketika hamil

lead image

Apakah cara yang anda buat untuk merawat batuk ketika hamil? Adakah ia sama seperti rawatan semula jadi yang kami cadangkan ini?

Merasa tak sedap tekak hingga menyebabkan batuk adalah satu keadaan yang cukup tidak selesa. Kemudian, mulalah anda pun terburu-buru nak mendapatkan ubat di farmasi bagi melegakan batuk ketika hamil ini.

Namun begitu, anda mesti tertanya -tanya, boleh atau tidak makan ubat terutama bila batuk ketika hamil ini?

Oleh sebab itu, kami di theAsianparent ingin berkongsi bahan semula jadi yang boleh merawat batuk ketika hamil. Tidaklah anda perlu makan ubat batuk ketika hamil.

Jom kita semak bersama-sama apa 5 rawatan semula jadi melegakan batuk dan selsema ketika hamil ini. 

5 rawatan semula jadi bagi melegakan batuk ketika hamil 

#1 Bawang putih 

batuk ketika hamil, batuk ketika mengandung, batuk semasa hamil, batuk semasa mengandung, hamil batuk, batuk saat hamil, batuk saat mengandung, batuk, rawat batuk, batuk dan selsema, selsema dan batuk, cara merawat batuk ketika hamil, cara merawat batuk ketika mengandung, kehamilan dan batuk, batuk dan hamil, ubat merawat batuk, ubat dan rawatan batuk

Kredit: Garlic Shaker

Ada tak yang suka atau boleh makan bawang putih mentah? Wah, kalau betul anda boleh makan mentah dengan begitu saja memang salute la! 

Bawang putih ini ada banyak khasiat. Ia bukan untuk jadi perencah dalam masakan saja, tapi ia juga dapat merawat batuk ketika hamil dan masalah gatal tekak. 

Caranya anda boleh minuman herba dengan empat ulas bawang putih, dua biji tomato dan hirisan lemon. Ia dapat melegakan batuk ketika hamil dan menjadi minuman antibakteria yang lazat. 

Cara kedua, anda boleh meletakkan bawang putih ke dalam sup tomato dan makan bersama nasi putih. Fuhh perut kenyang plus batuk ketika hamil ini pun boleh hilang. 

#2 Teh herba 

Teh herba juga boleh merawat batuk ketika hamil. Caranya campurkan halia, bunga chamomile (spesis bunga matahari) dan hirisan lemon. 

Halia misalnya, selalu digunakan dalam perubatan tradisional Cina pada zaman dahulu kala. Ia membantu sistem pernafasan dan mampu singkirkan angin yang dipercayai penyebab sakit. 

Kelebihan bunga chamomile pula bersifat anti bakteria dan memberikan ketenangan saat bernafas selepas minum teh herba ini. 

Manakala lemon pula mempunyai sejumlah besar vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imun tubuh terutamanya ketika hamil kekebalan tubuh akan sedikit menurun. Lemon juga dapat kuatkan badan untuk melawan penyakit. 

#3 Campuran madu, halia dan lemon 

batuk ketika hamil, batuk ketika mengandung, batuk semasa hamil, batuk semasa mengandung, hamil batuk, batuk saat hamil, batuk saat mengandung, batuk, rawat batuk, batuk dan selsema, selsema dan batuk, cara merawat batuk ketika hamil, cara merawat batuk ketika mengandung, kehamilan dan batuk, batuk dan hamil, ubat merawat batuk, ubat dan rawatan batuk

Kredit: Live Journal

Antara minuman campuran yang boleh merawat batuk ketika hamil adalah penggunaan madu, halia dan lemon dalam satu cawan minuman. 

Cara membuatnya:

  • Ambil setengah suku halia dan letakkan dalam air untuk direbus.
  • Biarkan air tersebut mendidih selama lima minit 
  • Kemudian tuangkan dalam cawan dan biarkan suam.
  • Selepas itu, tambah dengan hirisan buah lemon dan satu sudu madu
  • Campurkan kesemuanya. Anda pasti rasai kelazatan minuman ini. 

Bahan yang digunakan ini memang banyak terdapat dalam rawatan tradisi Cina dan sebagai bahan untuk anti bakteria. 

#4 Cuka epal 

Cuka epal juga boleh menjadi ubat rawatan semula jadi untuk sembuhkan selsema dan batuk ketika hamil. Selain itu, cuka epal juga memberi daya tahan pada tubuh ketika sakit. 

Apabila tubuh jatuh sakit, ia akan berubah menjadi alkali. Dengan mengamalkan cuka epal ini, ia membantu neutralkan penyakit supaya tubuh selamat daripada sebarang virus. 

Selain itu, ia juga mengandungi mineral penting seperti potasium, kalsium, magnesium, phosporus, klorine, sodium sulfur , zat besi dan banyak lagi. 

Jika anda rasa masam, campurkannya dalam masakan yang sesuai seperti sayur goreng atau salad. 

#5 Buah beri 

batuk ketika hamil, batuk ketika mengandung, batuk semasa hamil, batuk semasa mengandung, hamil batuk, batuk saat hamil, batuk saat mengandung, batuk, rawat batuk, batuk dan selsema, selsema dan batuk, cara merawat batuk ketika hamil, cara merawat batuk ketika mengandung, kehamilan dan batuk, batuk dan hamil, ubat merawat batuk, ubat dan rawatan batuk

Kredit: The Black Peppercorn

Negara kita macam agak susah juga kan nak cari buah beri ini, kan? Kalau di Tesco atau Giant, mungkin ada.

Boleh lah anda yang tengah mengandung itu pergi cari esok. Sebabnya buah ini boleh melegakan selsema dan batuk ketika hamil. 

Hal ini kerana antioksidan yang terkandung dalam buah beri mampu menghilangkan racun pada tubuh yang menyebabkan rasa tak selesa di bahagian kerongkong serta tekak. Anda boleh letakkan buah beri dalam salad atau buat jus. 

Kesimpulannya batuk ketika hamil ini biasanya akan serang ibu sebanyak dua kali jika sistem imun badan lemah. Ibu-ibu hamil juga diingatkan agar tidak mengamalkan ubat-ubatan yang boleh mengundang bahaya pada kandungan.

Pastikan anda mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan ketika mengandung. 

Jadi penyelesaian paling mudah jika anda menghidap selesama dan batuk ketika hamil ini terjawab jika anda mengamalkan ubatan semula jadi di rumah. Bahkan, bahan yang digunakan juga senang dapat di kedai berdekatan.

Namun begitu sekiranya ia memberikan tindak balas tertentu atau anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Kongsikan artikel ini di laman socmed anda ya! 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Leigh Fan dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah 

Baca juga

Rawat Selesema Dengan 7 Bahan Semulajadi Yang Disarankan Doktor Pakar