X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sepanjang Hamil Tiada Masalah, Ibu Reda Bayi Kembar Meninggal Serentak Akibat Jangkitan Kuman E-Coli

12 Jul, 2022
Sepanjang Hamil Tiada Masalah, Ibu Reda Bayi Kembar Meninggal Serentak Akibat Jangkitan Kuman E-Coli

Bayi kembar meninggal disebabkan oleh jangkitan kuman e-coli pada uri. Seorang ibu tidak menyangka diberikan ujian sehebat ini

Dijangkakan lahir pada bulan Oktober, namun seorang ibu tidak menyangka sakit contraction ketika kandungan lima bulan lebih merupakan petanda dia dan suami terpaksa melalui ujian bayi kembar meninggal secara serentak. 

Apa yang boleh anda baca dalam artikel ini?

  • Bayi kembar meninggal disebabkan jangkitan kuman pada uri
  • Coretan rindu seorang ibu

Bayi kembar meninggal disebabkan jangkitan kuman pada uri

bayi kembar

Berkongsi pengalaman pahit yang dilalui, Nur Fatihah binti Mohd Nazri terpaksa menanggung sakit selama tiga hari, akhirnya selamat melahirkan bayi kembar pada 23 Jun 2022 yang lalu.

Namun kebahagiaan dia dan suami hanya sementara apabila diberikan ujian kehilangan kedua-dua puteranya itu pada hari yang sama buat selama-lamanya.

Bayi kembar itu menghembuskan nafas pada 10.24 pagi disebabkan oleh jangkitan kuman e-coli yang teruk pada uri.

jangkitan di bayi kembar

“Sepanjang hamil memang tak ada masalah, kami buat check-up secara regular dengan pakar dan juga scan. Hinggalah tiba tanggal 20 Jun, tiba-tiba ada contraction.

Namun, saya sebenarnya tak tahu ia adalah sakit contraction kerana tak pernah rasa, lagi pula ini adalah kehamilan pertama.

Dari Hospital Tapah, saya dikejarkan ke Hospital Teluk Intan. Doktor buat pemeriksaan dan dimaklumkan bukaan dah 6cm dan kepala salah seorang kembar dah ke bawah. Terasa gelap dunia.” ceritanya.

Menurut doktor pakar, kes kelahiran bayinya itu dirujuk sebagai extremely pre-mature.

“Saya melahirkan kembar pada usia mereka lima bulan setengah. Masing-masing seberat 500 gram sahaja. Syarat untuk masuk inkubator 700 gram. Saya dan suami sepakat menamakan anak kami dengan nama Syafiq Ali Yusof Harun Hakimi dan Syafiq Ali Idris Harun Hakimi.

Tak sangka, Allah kurniakan saya dan suami dua jam yang penuh ajaib untuk menghabiskan masa dengan si kembar, sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.24 pagi, hari yang sama.

Waktu yang ada, saya dan suami penuhkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, sebagaimana waktu saya hamil dulu setiap selepas subuh dan maghrib, pasti kami mengaji bersama.

Kami peluk dan cium kedua-duanya. Wajah mereka saling tak tumpah seperti saya dan suami. Alhamdulillah, walaupun diberi dua jam, namun bagi kami, itulah dunia dan seisinya.

Kehilangan anak bukan mudah, lebih-lebih lagi hilang dua orang serentak, Namun kami redha dipilih untuk ujian ini.” Ujarnya redha dengan segala ketentuan Allah S.W.T.

Coretan rindu seorang ibu

rindu bayi kembar

Rindu yang tiada penghujung, adalah rindu kepada orang yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Menerusi perkongsiannya dia laman instagram, Fatiha menulis coretan hati buat putera-putera kesayangannya itu.

“Rindunya mommy nak rasa Yusof dengan Idris tendang-tendang perut mommy. Biasanya awak berdua akan aktif masa kita solat subuh dengan ayah. Lepas je solat, kita sama-sama ayah akan baca Qur’an. Satu page mommy, satu page ayah. Bila ayah dengan Mommy mengaji je awak berdua tendang kuat betul.

MasyaAllah, mommy selalu cakap dekat ayah, “Abang, anak-anak kita tendang kuat sangat setiap kali kita mengaji.” Paling mommy perasan, bila masuk ayat tentang azab Allah, awak berdua akan lagi tendang kuat. Yelah, awak kan ahli syurga, mesti faham.

Sepanjang mengandung, mommy tak pernah reveal apalagi nak upload gambar mommy yang dah bambam ni. Semua gambar mommy yang ayah snap, mommy simpan baik-baik. Ayah suka sangat suruh mommy posing.

Ayah kata nak snap banyak-banyak untuk kenangan. Ya, betul-betul jadi kenangan. Tak menyesal mommy ikut je peel ayah tu. Yusof dengan Idris dah berjaya naikkan berat mommy sampai 78.8kg. Perut mommy besar dua kali ganda dari orang lain. Yela awak berdua sempit kan dalam perut mommy. Mommy tak boleh upload, nanti client mommy semua lari tengok mommy.

Rindunya kat Syafiq Ali Yusof & Syafiq Ali Idris mommy ni. Kita selalu sembang-sembang kan? Bila mommy suruh awak tendang, awak tendang. Lagi-lagi Idris. Yusof, awak ni kena cakap lembut sikit baru awak nak tendang mommy kuat-kuat.

Ingat lagi tak. Kita selalu tengok Upin Ipin sama-sama. Hari-hari 5 jam straight tak henti tengok Upin Ipin tu, sampai ayah pun risau tengok mommy. Haha. Rupanya mommy dapat sepasang Upin Ipin jugak.

Pagi ni hujan, sayu je hati mommy ni sayang. Alhamdulillah rumah awak sejuk. Nanti mommy dah keluar hospital, kita jumpa okay?

Mommy love both of you. Mommy rindu ayah jugak!” 

Kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya bukannya perkara mudah untuk diterima terutamanya bagi ibu yang melahirkan.

Bagi ibu-ibu yang baharu atau pernah kehilangan insan tersayang semoga cekal dan sabar melalui ujian yang diberikan. Amin

Nur Fatihah binti Mohd Nazri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Baca juga: Risiko Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Mati Jika Over Due 40 Minggu Kehamilan – KAJIAN

Baca juga: Tubuh Makin Susut & Muntahkan Semula Susu, Ibu Pasrah Bayi Meninggal Kerana Penyakit Usus

Stories Rakan Kongsi
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
Resilience: Turn childhood experiences into success
Resilience: Turn childhood experiences into success
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Promosi Kembali Ke Sekolah Tesco, Cepat Rebut Peluang Hebat, Beg Sekolah Serendah RM10
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sepanjang Hamil Tiada Masalah, Ibu Reda Bayi Kembar Meninggal Serentak Akibat Jangkitan Kuman E-Coli
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham