Anda Alami Demam Dalam Pantang? Ini Tanda-Tanda PENTING Ibu Perlu Peka Jika Alami Bentan!

Demam dalam pantang kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demam dalam pantang selalunya dikaitkan dengan mengalami keadaan kesihatan seperti bentan. Dan sebenarnya kalau ibu-ibu bentan ketika berpantang, anda disarankan untuk meredakan demam terlebih dahulu.

Makan panadol atau ubat tahan sakit yang diberi oleh doktor, jangan risau selalunya doktor akan berikan anda ubatan yang sesuai untuk ibu yang menyusu badan. Serta kalau boleh rehatlah secukupnya, tidak perlu keluar rumah jika bukan urusan penting. 

Bentan ketika berpantang memang sering dialami sekiranya ibu-ibu tidak menjaga kesihatan dengan betul dalam pantang. Selepas bersalin badan ibu perlu berehat dan mengambil masa untuk pulih. Disebabkan itu ibu dalam pantang tak boleh sesuka hati buat kerja berat, mendokong anak yang sudah besar, memandu dan banyak lagi.

Demam Dalam Pantang, Mengapa Ia Berbahaya?

Ramai yang mungkin menyangka bahawa demam dan sakit kepala dalam pantang adalah proses fisiologi yang biasa berlaku. Malah, ramai juga para ibu yang hanya ke farmasi untuk membeli ubat jenis panadol dan tidak datang untuk melakukan pemeriksaan terperinci.

Sehinggalah mereka benar-benar mengalami rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu seperti kaki bengkak selepas bersalin, sakit ari ari selepas bersalin, sakit kepala dalam pantang, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan umum, demam dalam pantang ini adakalanya berbahaya jika ia adalah sebahagian kesan komplikasi proses melahirkan anak. Demam sebegini perlu dirawat segera jika tidak ingin memberi kesan yang teruk ataupun menyebabkan maut.

Punca Demam Dalam Pantang

Demam dalam pantang kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh berlaku ketika proses kelahiran, sama ada kelahiran normal melalui faraj (Vaginal Delivery) ataupun secara pembedahan czer (Cesarean).

Malah, ia juga boleh berlaku ketika sepanjang tempoh menyusukan anak. Walaupun proses melahirkan bayi adalah proses fisiologi yang normal, namun tidak kesemua wanita dipermudahkan ketika menjalani proses melahirkan anak ini.

Oleh itu, kecederaan fizikal boleh berlaku dan kebiasaannya berlaku koyakan di sepanjang saluran kelahiran bayi – sama ada di pangkal rahim (Cervix) ataupun di faraj, terutamanya jika bayi yang dilahirkan itu bersaiz lebih besar daripada yang dijangka.

Segelintir wanita memiliki luka dari kecederaan itu yang tidak dapat disembuhkan dengan sendirinya. Ini kerana selepas kelahiran, akan banyak perubahan fisiologi terjadi yang membantutkan proses penyembuhan ini.

Ibu yang baru melahirkan anak akan dibenarkan pulang ke rumah jika tidak mempunyai apa-apa komplikasi kelahiran yang nyata. Selepas bahagian abdomen dan faraj dipastikan tiada kapas atau jarum yang tertinggal, serta bayi yang dilahirkan telah kencing dan buang air besar, ibu-ibu akan dibenarkan pulang ke rumah sendiri untuk berehat.

Walau bagaimanapun, buat kebanyakan wanita yang mengalami jangkitan kuman selalunya mengalami demam, merasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Kebiasaannya jangkitan kuman hanya dapat dikesan selepas seseorang itu dibenarkan pulang berehat di rumah. Malah, kajian yang dilakukan di United Kingdom (UK) mendapati bahawa 94% dari kes jangkitan kuman ini didiagnosa setelah mereka dibenarkan keluar daripada hospital.

Tanda-tanda Masuk Angin Selepas Bersalin

Jika ibu selepas bersalin mengalami tanda-tanda seperti di bawah, ia bermaksud anda mengalami masalah kesihatan iaitu masuk angin:

  • Terasa panas.
  • Rasa penat.
  • Mengalami lemah otot.
  • Sembelit.
  • Terasa menggeletar.
  • Kehilangan ingatan.
  • Mengalami kebimbangan, kegelisahan.
  • Tidak boleh dalam cuaca sejuk.
  • Degupan jantung laju.
  • Kekejangan otot.
  • Hilang konsentrasi.
  • Rasa lemah badan.
  • Pertambahan berat.

Kebiasaannya, tanda-tanda di atas ini dianggap sebagai tanda badan masuk angin ketika pantang. Sebab itulah wanita selepas bersalin sangat disarankan untuk berpantang dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk rekod, dari aspek perubatan pula, keadaan tanda-tanda di atas berlaku kerana keradangan kelenjar tiroid ataupun Postpartum Thyroiditis (PPT) pada bahagian leher.

Risiko Demam Dalam Pantang

Perlu diingatkan bahawa demam melebihi 38°C disertai dengan menggigil merupakan simptom berbahaya buat ibu yang sedang berpantang. Wanita berpantang tidak boleh demam kerana ianya merupakan tanda anda mengalami jangkitan kuman yang mesti dirawat.

Jika ibu berpantang mengalami masalah kesihatan seperti ini, mereka sememangnya lebih berisiko mengalami ‘pulmonary embolism’. Ia terjadi apabila terdapat ketulan darah (blood clot) tersekat pada salur darah arteri di paru-paru. Ianya sangat membahayakan dan boleh mengancam nyawa!

Tanda-tanda Bentan Ketika Pantang Yang Para Ibu Baharu Harus Peka!

Bentan ini merupakan situasi apabila ibu dalam pantang rasa sakit-sakit urat dan demam setelah hampir sembuh dari bersalin iaitu semasa berpantang.

Ada juga yang mengatakan bentan ini muncul apabila adanya jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim atau pundi kencing terutama jika kebersihan kurang diambil berat sepanjang berada dalam tempoh berpantang.

#1. Demam Dalam Pantang: Badan Sejuk-sejuk.

Wanita berpantang biasanya dinasihatkan supaya menjaga pemakanan, pergerakan dan tingkah laku serta sentiasa memakai stokin supaya badan sentiasa berasa hangat.

Namun, jika secara tiba-tiba anda mengalami sejuk-sejuk sampai kena tarik selimut sepanjang masa, jaga-jaga mungkin anda terkena bentan. Bila tanda ini muncul, semak semula apa yang anda silap makan atau ada pantang larang yang mungkin anda langgar hingga membuatkan badan terasa sejuk semacam.

Ini juga merupakan simptom awal bentan yang membuatkan badan terasa sejuk sehingga terketar-ketar biasanya disebabkan jangkitan di bahagian peranakan atau pundi kencing.

#2. Demam Dalam Pantang: Demam.

Selepas mengalami sejuk-sejuk, anda akan terasa badan macam nak demam hingga nak bangun dari katil pun rasa tak larat. Jaga-jaga mungkin anda sedang mengalami bentan!

#3. Demam Dalam Pantang: Menggigil Secara Tiba-tiba.

Selepas sejuk dan demam, automatik badan akan turut menggigil kesejukan meskipun pada ketika itu anda telah memakai pakaian yang berlengan panjang, stokin dan sebagainya tapi badan tetap menggigil itu tandanya anda sedang bentan. Jadi hati-hati dalam fasa ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Demam Dalam Pantang: Rasa Ingin Pitam Atau Pengsan.

Selain itu, tanda-tanda bentan pada wanita berpantang juga adalah rasa ingin pitam, pengsan, lemah anggota badan, lesu dan sebagainya. Ini berlaku kerana kekurangan darah hingga membuatkan badan belum pulih sepenuhnya.

Jadi elakkan makanan yang berangin dan tajam supaya badan cepat sembuh dari bersalin.

#5. Demam Dalam Pantang: Pendarahan Yang Lama Dan Tumpah Darah.

Pendarahan yang terlalu lama selepas bersalin juga merupakan simptom pada bentan hingga keluarnya darah yang terlalu banyak tidak seperti selalu. Jika keadaan ini tidak terkawal segera minta suami untuk membawa anda ke hospital.

#6. Sakit di bahagian ari-ari

Sakit di bahagian ari-ari ini juga boleh menyebabkan berlakunya tumpah darah semasa anda sedang berjalan atau bergerak. Ia terjadi disebabkan anda mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau punggung terhempas ke lantai yang menyebabkan bentan di bahagian urat peranakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Lenguh di bahagian belakang

Urat besar atau kita panggil sebagai urat buluh rahim biasanya melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang badan. Keadaan ini biasanya terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan czer. Kadang-kadang terasa di bahagian tumit sampai berjalan pun nak kena berjingkit, dan kaki bengkak selepas bersalin.

Cara Elak Bentan

Ini beberapa tips mudah untuk mengelak daripada bentan selepas bersalin. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Menjaga pemakanan dengan baik kerana ada sesetengah makanan tidak sesuai diambil semasa tempoh berpantang. Ia bertujuan supaya proses penyembuhan lebih cepat.
  2. Pakai stokin supaya badan kekal hangat dan elak sejuk atau kembung.
  3. Sentiasa menjaga kebersihan kerana selepas bersalin badan ibu mudah terkena jangkitan di bahagian tertentu atau tempat luka.
  4. Rajinkan diri dengan bertungku supaya dapat melancarkan darah beku sekaligus peredaran darah berjalan dengan lebih lancar.
  5. Elakkan membuat kerja atau mengangkat barang yang berat semasa berpantang contohnya kerusi, kotak, bakul baju anak dan lain-lain. 

Justeru, jika anda mengalami beberapa tanda tanda bentan seperti yang diterangkan di atas jangan berlengah lagi untuk terus ke hospital atau klinik berdekatan supaya dapat dipantau oleh doktor dan jururawat.

Bila Patut Berjumpa Doktor?

Ibu-ibu baharu di luar sana perlu tahu bahawa bentan selepas bersalin ini bukanlah berlaku disebabkan seseorang wanita itu melanggar pantang larang. Malah, ianya merupakan komplikasi biasa yang berlaku selepas proses kelahiran bayi.

Sekiranya seseorang wanita itu mengalami bentan selepas habis pantang, anda disarankan untuk mendapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor bagi mencegah komplikasi yang lebih buruk.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaIbu-Ibu Anda Perlukan Bra Menyusu Yang Bagus Untuk Memastikan Proses Menyusu Selesa

Baca juga: Pemakaian Korset Moden Untuk Ibu Yang Selepas Bersalin, Agar Kembali Ramping

Baca juga: Bila Boleh Bersama Suami Selepas Bersalin Czer? Ini Jawapannya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan