Musim cuti sekolah pasti ramai ibu ayah yang ambil kesempatan untuk mengkhatankan anak. Jadi kali ini kami kongsikan cara cuci luka sunat untuk rujukan anda daripada mereka yang berpengalaman.
Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline atau ubat luka sunat yang dijual di farmasi atau klinik.
Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Pastikan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.
Luka Sunat Perlu Dicuci Sebaiknya, Elak Jangkitan Sebabkan Bentan
Selesai saja anak bersunat, ada cara penjagaan yang seeloknya anda patuhi untuk pastikan luka mereka cepat kering. Kami terangkan cara penjagaan selepas bersunat yang perlu dilakukan.
1. Buka Balutan
Dalam tempoh dua hari atau 48 jam selepas bersunat anda perlu pastikan luka balutan gauze dibuka. Dua hari pertama ini paling crucial, kena pastikan hujung lubang penis di basuh dengan bersih setiap hari selepas buang air kecil.
2. Cucian Luka
Selepas balutan gauze ditanggalkan, cuci luka pada penis dengan rapi. Ia dinamakn wound dressing atau cucian luka.
Anda boleh mencuci luka sunat dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Pastikan bahagian luka sunat tersebut sentiasa kering.
Luka Sunat – Jangan Kopek Kuping Luka
3. Luka Sunat – Jangan Kopek Kuping
Pastikan bahagian kuping luka tidak dikopek, atau digosok terlalu kuat. Kuping biasanya akan tertanggal sendiri apabila selalu dicuci atau terkena air semasa mandi.
4. Apa Nak Buat Jika Kuping Melekat?
Rendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.
5. Bengkak
Adalah biasa untuk penis anak menjadi sedikit bengkak selepas berkhatan. Bagaimanapun jika bengkak terlalu besar, kulit sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan, terdapat cecair likat seperti nanah, rasa berdenyut dan terlalu sakit. terasa sakit ketika kencing, kawasan luka berdarah atau demam ada kemungkinan anak mengalami jangkita. Jadi seeloknya bawa segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sunat Atau Khatan Anak Lelaki Sesuai Dilakukan Seawal Usia Bayi, Ini Sebabnya
Baca juga: Lebih Mudah Jaga & Luka Cepat Kering, Tasha Manshahar Kongsi Khatan Anak Ketika Bayi
Baca juga: Jangan Lambat Sunat Bayi Perempuan, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!