Berjaya Cerai Susu Emelia & Eusoff Ketika Usia 21 Bulan, Dr Halina Kongsi Tips Untuk Para Ibu!

Cara keringkan susu badan ketika wean off dapat mengelakkan bengkak susu dan rasa sakit. Dr Halina kongsi tips cerai susu anak kembarnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu disaran memberikan penyusuan eksklusif kepada bayi dalam tempoh 6 bulan selepas kelahirannya. Ia hendaklah diteruskan sehingga si manja berumur 2 tahun. Bagi anda yang perlu cerai susu dengan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui termasuklah cara keringkan susu badan bagi mengelakkan masalah bengkak susu.

Isteri kepada angkasawan negara, Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr Halina Mohd Yunos telah berkongsikan pengalaman cerai susu dengan anak kembarnya di Instagram.

Cara keringkan susu badan secara semula jadi, elak bengkak susu semasa wean off

Kita berjaya. Selesai sudah perjalanan kami. Malam tadi buat pertama kali dalam 21 bulan, Emelia tidak menyusu badan sebelum tidur. Tapi Eusoff melakukannya beberapa kali tapi bukan Emelia. Sebab dia sangat dekat dengan saya.

Terdapat ikatan istimewa antara saya dan anak ketika menyusukan mereka. Dengan menyusu membuatkan saya sentiasa dikehendaki, ia juga membuatkan saya rasa penting buat mereka.

Mungkin itulah sebabnya sukar untuk saya melepaskannya. Tetapi mereka sudah cukup besar sekarang. Saya sedih bab penyusuan ini sudah sampai ke penghujungnya.

Saya fikir saya sudah bersedia. Saya sangat yakin sehinggalah waktu tidur mereka, air mata mengalir sendiri di pipi apabila mengenangkan betapa kecilnya mereka.

Sepanjang malam ketika saya sendirian menyusukan mereka. Mengetahui bahawa mereka hanya memerlukan saya. Mereka tidak akan ingat, tetapi saya akan mengingatinya.

Malam tadi permulaan baharu. Saya berikan mereka susu botol sebelum ke bilik tidur. Saya pastikan mereka kenyang sepenuhnya terlebih dahulu. Di atas katil, saya berulang kali beritahu bahawa sekarang mereka sudah besar.

Mereka boleh minum susu dari botol. Mereka tidak memerlukan ibu untuk tidur. Tidak lama kemudian, mereka akan tidur di bilik masing-masing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya menangis. Eusoff yang tertidur dalam dakapan mendengarnya (sebak!). Emelia tengok saya tak tahu nak buat apa.

Lepas  tu dia minta saya angkat dia. Saya lakukannya dan peluk dia sampai tertidur.

Dan itu sahaja, pengakhiran perjalanan penyusuan saya. Menyusukan bayi kembar buat kali kedua. Saya kagum dengan kemampuan badan saya. Saya sangat bangga dengan diri sendiri. Alhamdulillah.

Bayi kembar beri kerjasama ketika wean off

Hanya untuk update. Saya telah berjaya cerai susu Emelia dan Eusoff sepenuhnya. Sudah hampir sebulan sejak saya menuntut kembali payudara saya. Alhamdulillah ibu dan anak-anak bagi kerjasama baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana saya melakukannya?

Saya memberitahu mereka titi sakit. Mommy tak ada susu lagi sebab Emelia dan Eusoff dah besar. Mereka boleh minum dari botol. Tapi saya berjanji akan tetap memeluknya sebelum tidur.

Pada 4 hari kemudian, mereka masih minta menyusu badan. Saya bertegas dan katakan tidak.

Saya tidak boleh menyusu kerana titi sakit. Ia agak sukar untuk saya kerana rasa saya sudah tidak diperlukan. Tapi Emelia cepat move on. Saya gembira, tapi dalam hati sebak sebab terpaksa mengatakan tidak kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Eusoff pula seorang yang mengada-ngada. Saya rasa dia sengaja ingin menguji. Setelah hampir dua minggu, dia masih minta titi sambil memberikan senyuman manis. Memang sah, dia ingin menguji saya. Haha.

Cara keringkan susu badan dengan peppermint

Selepas cerai susu badan, satu lagi soalan yang ramai tanya. Bagaimana saya mengatasi masalah bengkak payudara?

Selepas 24 jam tidak menyusu, semua akan jadi bengkak dan menyakitkan. Pada mulanya saya pun tidak tahu nak buat apa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian saya teringat bahawa pudina boleh menghalang pengeluaran susu dan salah satu cara keringkan susu badan yang berkesan.

Saya ada membacanya sebelum ini. Saya tahu ia berkesan kerana tahun lepas saya pernah minum peppermint mocha latte, dan pada hari yang sama pengeluaran susu saya berkurangan. Itu baru ambil satu cawan.

Jadi saya ambil peppermint essential oil yang ada di rumah dan sapunya di bahagian dada. Saya juga buat perahan bagi elakkan bengkak susu.

Keesokan harinya, pengeluaran susu berkurangan secara drastik. Saya letakkan pudina essential oil hanya dalam tiga titik dan selesai.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya dan E&E. Inilah cerita saya cerai susu dengan anak.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ramai Ibu Dilema Bila Kena Cerai Susu Dengan Anak, 7 Cara Ini Terbukti BERKESAN!

Baca juga: ”Terus Aisyah Enggan Menyusu,”- Ibu Kongsi Cara Cerai Susu Badan Tanpa Paksa Anak

Baca juga:  Bagaimana ibu boleh cerai susu badan terutamanya pada waktu malam?