Menyusu anak boleh jadi pengalaman yang indah. Tapi, ia juga boleh jadi menyusahkan buat ibu baru pertama kali menyusu. Oleh sebab itu, ibu perlu memahami cara menyusukan bayi dengan menimba ilmu tanpa henti.
Sebagai ibu baru, anda perlu beri ruang pada diri untuk menyesuaikan diri dengan proses menyusu. Ini kerana penyusuan badan bukan perkara yang mudah dan memerlukan kesabaran tinggi serta kemahiran. Bukan ibu terus pandai menyusu badan seperti magis ya!
Mengetahui cara menyusukan bayi dengan betul dapat membantu meringankan beban anda dan menjadikan pengalaman ini pengalaman yang paling berharga. Apa yang penting, menyusu dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
Isi Kandungan
Cara menyusukan bayi: Bila boleh mula?
Ketika anda masuk hospital untuk bersalin, beritahu nurse yang menjaga anda tentang perancangan anda untuk menyusu anak.
Penting untuk mula menyusu dalam masa satu jam selepas bersalin. Jangan biar nurse beri puting bayi atau botol pada anak anda.
Penggunaan botol atau puting bayi boleh mengganggu proses penyusuan kerana puting tiruan berbeza dari puting anda. Badan sudah hasilkan kolostrum yang sangan berkhasiat untuk anak yang baru lahir.
Anda mungkin fikir kolostrum yang anda hasilkan macam sikit dan tak cukup untuk anak. Tapi kolostrum penuh dengan nutrisi untuk bayi hingga susu mula terjadi. Ini mungkin mengambil masa beberapa hari.
Bagaimana cara menyusukan bayi baru lahir?
Bayi boleh tahu jika anda cemas dan rasa cemas ini boleh dipindah ke bayi dan membuatkannya struggle.
Sebelum anda bersalin, penting untuk anda ambil masa membaca atau menonton video yang boleh memberi anda idea tentang cara yang boleh diguna sebagai teknik penyusuan.
Ini adalah beberapa tip asas cara menyusukan bayi dengan betul:
1. Penyusuan kali pertama
2. Kedudukan
Mulut anak perlu memenuhi keseluruhan areola dan bukan sahaja di puting anda. Jika anda rasa sakit, jangan panik kerana ini juga adalah perkara biasa. Perlahan-lahan masukkan jari di antara gusi bayi untuk longgarkan pegangan pada payudara dan cuba proses ini sekali lagi.
3. Lokasi
Memilih tempat yang sesuai untuk menyusu juga satu idea yang baik. Cari tempat dan posisi yang buat anda selesa akan memudahkan lagi proses penyusuan.
Setiap proses penyusuan mengambil masa lebih dari 20 minit dan jika anda berada dalam posisi yang tak selesa, proses penyusuan boleh terganggu untuk anda dan bayi anda.
Ramai ibu mengadu sakit belakang dan leher, ini biasanya terjadi apabila anda berada dalam kedudukan yang salah. Kusyen dan bantal lembut boleh membantu anda mencari keselesaan jika posisi yang bayi pilih akan buat anda tak selesa.
4. Minta nasihat
Anda mungkin akan mengalami bengkak susu, sakit puting atau mastitis. Jika perkara ini berlaku, minta nasihat dari doktor secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan keadaan jadi lebih teruk dan akan buat anda tak suka untuk menyusu bayi.
5. Selesa
Ada beberapa posisi yang anda boleh cuba sebelum menemui mana yang paling sesuai untuk anda dan bayi. Tapi, anda kena ingat, posisi ini akan berubah apabila bayi semakin membesar.
Berapa kerap perlu menyusu?
Ramai ibu kata jadual penyusuan adalah yang paling baik. Tapi, tak semua bayi selesa dengan cara ini.
Jika anda ada anak lain, anda akan perasan yang setiap pengalaman menyusu anak berbeza-beza. Setiap anak unik dan mahu menyusu mengikut jadual yang berbeza, ini termasuk anak kembar!
Bayi baru lahir ada perut yang kecil, jadi mereka perlu diberi susu selalu. Bangun setiap dua jam pada waktu malam untuk menyusu adalah normal. Bayi akan menyusu dalam 8-12 jam sehari pada minggu pertama hidup.
Pada awalnya, anda boleh cuba untuk menyusu 10-15 minit setiap payudara dan ubah mengikut kesesuaian.
Adakah anak saya terima susu yang cukup?
Ramai ibu tertanya-tanya sama ada mereka hasilkan susu yang cukup atau tak untuk anak lebih-lebih lagi jika mereka sering nak susu.
Jangan risau jika mereka kelihatan puas, lampin basah enam ke lapan kali sehari, buang air besar dengan lancar, tidur yang cukup dan berat bada bertambah, ini bermakna anak anda cukup susu.
Tapi perhatikan jika bayi anda resah, menangis, kelihatan lapar dan tak nampak puas selepas menyusu, mungkin mereka tak puas makan. Jika anda risau anak anda tak cukup susu, dapatkan nasihat doktor.
Menyusukan bayi sudah tentu menjadi mudah jika dapat sokongan dari ibu-ibu menyusu yang lain, jadi join group Facebook Komuniti Ibu Menyusu ini untuk info dan berkongsi dengan ibu-ibu lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia