Badan lesu, cepat penat dan hilang selera makan adalah perkara biasa terjadi apabila seseorang wanita sedang mengandung. Ada yang mengaitkannya dengan faktor alahan, namun sebenarnya ada beberapa punca perkara ini terjadi.
Tidak dinafikan bahawa tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening boleh berlarutan sehingga anda memasuki trimester kedua kehamilan.
Badan lesu dan cepat penat ketika hamil
Jangan terlalu khuatir ibu, kerana anda tidak keseorangan. Sememangnya agak sukar untuk meneruskan tugas seharian apabila badan lesu dan tidak berdaya.
Sepanjang kehamilan terutamanya trimester pertama, badan cenderung bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi.
Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun.
Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih dan punca cepat penat.
Badan perlu bekerja lebih banyak daripada biasa, jadi memang tidak pelik jika ibu rasa badan lesu, cepat letih dan mengantuk. Tidak kira sama ada anda wanita bekerja atau suri rumah, letih dan penat tidak memilih sesiapa.
Punca badan lemah dan lesu
Bila badan lesu, otak akan memberi signal untuk berhenti berbuat apa saja. Jadi ada kalanya orang anggap ibu hamil ini seperti pemalas sedangkan ada sebab kenapa badan cepat letih dan mengantuk.
Antara sebabnya termasuklah:
#1. Peningkatan hormon progesteron
Hormon ini membuatkan badan cepat letih dan mengantuk ketika mengandung. Selain itu, ia turut menjejaskan kualiti tidur ibu mengandung kerana anda mungkin terpaksa berdepan episod ulang alik ke tandas kerana kerap buang air kecil.
#2. Tenaga hilang sepanjang hari
Alahan ataumorning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu mengandung. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu.
Kesannya, ia boleh menjejaskan emosi ibu mengandung. Bayangkan selama ini anda boleh melakukan pelbagai tugasan dengan mudah, namun pembawakan anak memaksa ibu untuk lebih banyak berehat di katil!
#3. Perasaan cemas buat ibu tertekan
Emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan mempengaruhi keadaan fizikal. Mereka sering berasa tertekan dan cemas.
Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan perkembangan janin. Justeru anda perlu mengawal emosi ibu mengandung dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
Sekiranya tidak dikawal, ia mungkin boleh menyumbang kepada depresi. Jadi elakkan emosi dan fikiran yang berlebih-lebihan ketika mengandung kerana ia bukan saja memudaratkan diri ibu malah bayi dalam kandungan.
#4. Kurang zat besi
Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui kekurangan zat besi ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan trimester ketiga.
Jika anda masih berada di tahap awal dan mengalami alahan teruk, berikut gaya pemakanan ibu hamil trimester pertama yang selamat untuk anda ikuti:
- Makan apa sahaja secara sedikit, tetapi kerap.
- Elakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak yang menyebabkan ibu mudah muntah.
- Pemakanan ibu hamil trimester pertama: Ambil susu ibu mengandung dan elakkan minuman berkafein.
- Untuk kesegaran tambahkan halia, lemon atau asam di dalam minuman
- Pemakanan ibu hamil trimester pertama: Minum banyak air kosong (air kosong sejuk, suam ataupun biasa)
#5. Penambahan beban
Penambahan beban biasanya berlaku terutama pada usia kehamilan memasuki trimester ketiga. Ibu akan sering berasa letih seperti ketika berada trimester pertama. Ia akan menjadi semakin teruk apabila bertambahnya berat bayi dan juga berat badan ibu.
Ada sesetengah ibu hamil yang mengalami pertambahan berat badan yang mendadak, jadi mereka akan sering berasa tidak selesa dengan keadaan itu sekaligus menyebabkan mereka banyak berfikir dan jadi cepat penat!
#6. Anemia
Anemia menyebabkan seseorang itu rasa nak pitam, lesu, badan cepat letih dan mengantuk. Manakala bagi anda yang masih belajar atau bekerja, akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran atau kerja.
Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan (ataupun biasanya doktor akan sebut HB low) . Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g. Perasan tak sebab itu bila ibu hamil buat checkup di Klinik Kesihatan doktor akan bising bila Hb low!
Keletihan melampau di awal kehamilan
Keletihan melampau di awal kehamilan adalah salah satu gejala biasa dialami kebanyakan ibu.
Ini sering dirujuk sebagai “keletihan kehamilan”. Keletihan ini boleh menjadi kuat dan membuatkan anda berasa letih sepanjang masa, walaupun selepas tidur yang cukup.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keletihan yang melampau pada awal kehamilan:
- Perubahan hormon: Semasa mengandung, terdapat perubahan drastik dalam tahap hormon progesteron, yang boleh menjejaskan tahap tenaga anda dan membuatkan anda berasa lebih letih.
- Peningkatan aliran darah: Badan anda bekerja keras untuk menyediakan nutrien dan oksigen yang mencukupi untuk janin yang sedang berkembang. Peningkatan aliran darah ini boleh menyebabkan penurunan tekanan darah dan membuatkan anda berasa letih.
- Perubahan metabolik: Semasa mengandung, badan anda bekerja lebih keras untuk memecahkan makanan dan membekalkan tenaga untuk anda dan janin. Proses ini boleh menjejaskan kadar metabolisme anda dan membuatkan anda berasa letih.
Keletihan di akhir kehamilan
Apabila memasuki trimester ketiga, badan anda melalui pelbagai perubahan fizikal dan hormon yang boleh menyebabkan keletihan di akhir kehamilan.
Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada keletihan di akhir kehamilan termasuklah:
- Pertambahan berat badan: Pertambahan berat badan yang ketara semasa kehamilan boleh memberi tekanan tambahan pada badan anda dan membuatkan anda berasa lebih letih.
- Kesukaran tidur: Perut yang membesar, pergerakan janin yang lebih cergas, dan ketidakselesaan fizikal seperti kesukaran mendapatkan posisi tidur boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam, jadi anda mungkin berasa lebih letih pada siang hari.
- Pembesaran rahim: Apabila janin berkembang, rahim akan membesar dan memberi tekanan pada organ lain, seperti perut dan diafragma. Ini boleh menyebabkan rasa letih dan sukar bernafas.
- Perubahan hormon: Pada peringkat akhir kehamilan, tahap hormon dalam badan anda mencapai kemuncaknya. Ia boleh menjejaskan tahap tenaga dan membuatkan anda berasa lebih letih.
Cara mengatasi keletihan melampau ketika mengandung
Untuk menangani keletihan yang melampau pada awal kehamilan, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda cuba:
- Dapatkan banyak rehat: Cuba dapatkan lebih banyak tidur atau tidur sebentar jika perlu. Utamakan rehat dan tidur yang lena untuk membantu memerangi keletihan.
- Hadkan aktiviti: Jangan terlalu membebankan diri dengan melakukan terlalu banyak aktiviti sekaligus. Pastikan anda memberi masa untuk berehat antara aktiviti supaya badan anda boleh berehat.
- Makan seimbang: Pastikan anda mendapat nutrisi yang mencukupi dengan mengambil makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan makanan dengan kandungan zat besi yang tinggi boleh membantu mengurangkan keletihan.
- Senaman sederhana: Lakukan senaman ringan seperti berjalan atau berenang untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
- Kekal terhidrat: Pastikan anda minum air yang mencukupi setiap hari untuk memastikan diri anda terhidrat, yang boleh membantu melawan keletihan.
Badan cepat letih tanda awal kehamilan
Pada beberapa minggu pertama, ramai wanita tidak menyedari bahawa diri mereka kerap letih, pening dan emosi tidak stabil sebenarnya simtom awal kehamilan.
Simtom awal kehamilan melibatkan perubahan hormon yang berlaku pada masa ini memerlukan anda hadkan tugasan seharian dan banyakkan berehat di katil.
Adalah normal untuk anda rasa keletihan semasa bulan-bulan pertama kehamilan. Antara simptom keletihan melampau adalah:
- Hilang motivasi untuk bekerja
- Gangguan penyakit seperti diabetes ketika hamil, jangkitan penyakit ataupun masalah jantung
- Sukar untuk tidur meskipun tubuh berasa letih
- Simptom keletihan melampau: Suhu badan meningkat
- Rasa letih yang melampau meskipun melakukan aktiviti ringan seperti membaca buku atau berjalan di pusat membeli-belah
Masalah cepat letih dan badan lesu adalah normal pada trimester ketiga dan dialami oleh hampir 60 peratus wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika masalah keletihan melampau ini berlarutan, anda mungkin berdepan penyakit Sindrom Keletihan Kronik atau Chronic Fatigue Syndrome. Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu bagi mengesahkannya.
Cara menghilangkan rasa letih dan lesu
Anda mungkin sudah mengetahui kenapa sepanjang kehamilan ini tubuh cepat penat dan mengah. Justeru ada beberapa cara menghilangkan rasa letih dan lesu pada orang mengandung yang boleh anda cuba iaitu:
#1. Bertenang
Jika anda belum mempunyai anak kecil di rumah, nikmati peluang ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada menjaga diri sendiri.
Jika sudah mempunyai anak, ini bukan masanya untuk menjadi Supermom. Belajar bertenang dan jangan buat semuanya sekaligus.
Bila rumah bersepah, biarkan dulu jika tak larat. Jika tidak larat masak, beli saja di kedai berhampiran.
#2. Minta bantuan
Cara menghilangkan rasa letih dan lesu bagi orang mengandung adalah jangan teragak-agak untuk memberitahu keluarga jika rasa penat dan tidak larat. Tidak perlu paksa diri untuk nampak sempurna.
#3. Jangan tidur terlalu lama
Tidur terlalu lama sepanjang hari juga boleh buat anda keletihan. Jadi elakkan tabiat ini, ia anda jadi lebih letih dan susah tidur pada waktu malam.
#4. Pilih makanan yang sihat
Memberi tumpuan kepada makanan yang penuh dengan nutrien akan membantu memastikan tahap tenaga anda stabil sepanjang hari. Ikuti garis panduan untuk diet kehamilan yang baik, memberi tumpuan kepada tenaga berpanjangan yang terdapat dalam makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat kompleks.
Pastikan anda mendapat kalori yang mencukupi. Pemakanan yang seimbang dan sihat adalah kunci kepada kehamilan yang sihat.
#5. Kerap makan
Makan dalam jumlah kecil tetapi kerap akan membantu anda untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Kesan ibu mengandung terlalu penat
Apabila seorang ibu mengalami keletihan yang berlebihan semasa mengandung, ia boleh memberi beberapa kesan pada kesejahteraan ibu dan perkembangan janin.
Berikut adalah beberapa kesan ibu mengandung terlalu penat yang boleh berlaku:
- Kesan kepada perkembangan janin: Keletihan yang berlebihan pada wanita hamil juga boleh memberi kesan kepada perkembangan janin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa tekanan kronik atau terlalu banyak tenaga boleh menjejaskan kesihatan janin dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau masalah kesihatan lain.
- Menjejaskan kualiti tidur: Keletihan yang berlebihan boleh mengganggu tidur wanita hamil, sama ada disebabkan oleh ketidakselesaan fizikal atau tekanan dan kebimbangan yang berkaitan dengan kehamilan. Kurang tidur boleh menjejaskan kualiti hidup dan kesihatan keseluruhan ibu.
- Tekanan pada sistem imun: Keletihan yang berlebihan boleh mengganggu fungsi sistem imun ibu. Ini boleh menyebabkan ibu lebih terdedah kepada penyakit dan jangkitan, seperti selsema atau selesema.
Tanda tanda mengandung 1 minggu
Tanda-tanda kehamilan pada kehamilan satu minggu mungkin sukar untuk diperhatikan atau dikenal pasti secara fizikal. Pada peringkat awal kehamilan, gejala biasa yang mungkin muncul pada sesetengah wanita adalah seperti berikut:
- Tanda-tanda mengandung 1 minggu: Lewat haid: Jika kitaran haid anda biasanya teratur, terlepas haid boleh menjadi tanda awal kehamilan.
- Tanda tanda mengandung 1 minggu: Payudara sensitif: Sesetengah wanita mungkin mengalami kelembutan atau pedih pada payudara mereka. Puting juga boleh berasa lebih sensitif.
- Perubahan hormon: Pada peringkat awal kehamilan, perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood, keletihan, atau sedikit loya.
- Tanda-tanda mengandung 1 minggu: Peningkatan atau penurunan selera makan: Sesetengah wanita mungkin mengalami perubahan dalam selera makan pada peringkat awal kehamilan.
Tanda mengandung 1 minggu yang lain mungkin menyebabkan:
-
Perubahan payudara: Payudara mungkin berasa lebih sensitif atau sedikit sakit.
-
Tanda mengandung 1 minggu: Kekejangan ringan: Sesetengah wanita mungkin mengalami kekejangan ringan di bahagian bawah perut, sama seperti kekejangan haid ringan.
-
Pendarahan sedikit: Sesetengah wanita mungkin mengalami tompok atau pendarahan ringan yang dipanggil tompok implantasi. Ini berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim.
Mengandung 1 bulan
Jika anda mengandung 1 bulan, beberapa perubahan pada perut dan badan secara keseluruhan boleh mula kelihatan.
Walau bagaimanapun, perubahan fizikal pada perut mungkin masih minimum pada peringkat ini. Berikut adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:
- Peningkatan saiz perut: Pada akhir bulan pertama kehamilan, sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit peningkatan dalam saiz perut. Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, peningkatan saiz biasanya lebih disebabkan oleh pengekalan air dan perubahan hormon daripada pertumbuhan janin yang ketara.
- Perubahan dalam bentuk perut: Walaupun perubahan dalam bentuk perut mungkin tidak ketara ketika hamil 4minggu, sesetengah wanita mungkin mula merasakan perut mereka lebih berisi atau sedikit membulat.
- Perubahan dalam tekstur kulit: Sesetengah wanita mungkin mengalami perubahan pada kulit perut mereka semasa mengandung, seperti peningkatan kelembapan, peningkatan sensitiviti, atau penampilan garis coklat menegak yang dipanggil “linea nigra” di tengah perut.
- Perubahan pada otot perut: Pada peringkat awal hamil 4minggu, terdapat peningkatan aliran darah ke kawasan perut dan rahim, yang boleh menjejaskan otot perut dan menjadikannya lebih lembut atau longgar.
Rasa malas di awal kehamilan
Rasa malas di awal kehamilan untuk melakukan sebarang aktiviti adalah perkara yang biasa dialami oleh sesetengah orang mengandung. Ia berkaitan dengan perubahan hormon dan perubahan fizikal yang berlaku dalam badan anda.
Beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada rasa malas di awal kehamilan termasuklah:
- Keletihan: Pada awal kehamilan, badan anda mengalami banyak perubahan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini boleh menyebabkan keletihan fizikal yang lebih teruk, jadi anda mungkin berasa malas dan ingin berehat lebih banyak.
- Loya dan muntah: Loya dan muntah yang biasa berlaku pada awal kehamilan, terutamanya pada waktu pagi (morning sickness), boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang bersemangat untuk melakukan aktiviti.
- Perubahan emosi: Perubahan hormon boleh menjejaskan mood dan emosi. Sesetengah wanita mungkin mengalami perubahan mood atau perasaan cemas yang boleh menjejaskan motivasi dan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti.
Cara mengatasi rasa malas ketika hamil
Mengatasi rasa malas semasa hamil boleh membantu anda kekal aktif dan mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda.
Berikut adalah beberapa cara mengatasi rasa malas ketika hamil:
- Fokus pada pemakanan sihat: Makan diet seimbang dan berkualiti tinggi boleh memberikan badan anda tenaga yang diperlukan. Pilih makanan yang mengandungi nutrien penting seperti protein, karbohidrat kompleks, serat, dan vitamin dan mineral.
- Buat aktiviti yang menggembirakan: Cari masa untuk melakukan aktiviti yang anda gemari dan membawa kegembiraan kepada anda. Ini mungkin membaca, menonton filem, mendengar muzik atau meluangkan masa dengan hobi yang anda gemari. Aktiviti yang menyeronokkan boleh membantu mengatasi kemalasan dan meningkatkan mood anda.
- Tetapkan jadual dan rutin: Buat jadual harian atau mingguan yang merangkumi masa untuk berehat, tidur dan aktiviti fizikal. Menjadualkan masa untuk melakukan aktiviti tertentu boleh membantu memotivasikan anda dan mengelakkan keputusan impulsif untuk berehat secara berterusan.
- Kekal aktif secara fizikal: Walaupun anda berasa malas, cuba kekal aktif secara fizikal mengikut kemampuan anda. Pilih aktiviti ringan seperti berjalan, berenang, atau yoga pranatal. Aktiviti fizikal yang ringan boleh membantu meningkatkan tenaga dan mengatasi perasaan malas.
Perut tanda tanda mengandung
Pada peringkat awal kehamilan, kira-kira 1 minggu atau lebih selepas pembuahan, biasanya tiada perubahan yang ketara pada perut wanita yang menunjukkan kehamilan. Pada usia kehamilan yang sangat awal, perubahan fizikal dalam perut tidak berlaku.
Perubahan pada perut mula dilihat dan dirasai apabila kehamilan berlangsung. Biasanya, tanda-tanda fizikal yang berkaitan dengan perut semasa kehamilan adalah jelas selepas beberapa minggu, terutamanya selepas 12 minggu atau lebih.
Berikut adalah beberapa perubahan yang boleh berlaku pada perut semasa kehamilan terjadi:
- Pertambahan saiz: Perut mula mengembang apabila janin membesar di dalam rahim. Pada peringkat awal, perubahan ini mungkin tidak ketara, tetapi lama kelamaan, perut akan menjadi lebih besar.
- Bentuk perut: Perut akan berubah bentuk apabila kehamilan berlangsung. Pada peringkat awal, perubahan ini mungkin halus, tetapi pada trimester kedua dan ketiga, perut akan kelihatan lebih bulat disebabkan oleh pertumbuhan janin dan rahim.
- Pergerakan janin yang dirasakan: Pada peringkat akhir kehamilan, biasanya selepas 18 hingga 25 minggu, anda mungkin mula merasakan janin bergerak di dalam perut anda. Ini boleh memberikan rasa tersendiri di dalam perut.
Jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil
Bagi orang mengandung, sasaran paras glukosa darah yang disyorkan untuk anda adalah lebih ketat berbanding orang biasa yang menghidap diabetes.
Ini penting kerana paras glukosa darah yang di luar batasan dikaitkan dengan kadar komplikasi lebih tinggi untuk ibu mengandung dan bayi yang dikandung.
Bagi mengurangkan risiko komplikasi untuk orang mengandung yang menghidap GDM, jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil yang disyorkan ialah:
- 5.3 mmol/L atau kurang semasa berpuasa
- Jadual bacaan gula dalam darah ibu hamil sebelum makan atau 6.7 mmol/L atau kurang dua jam selepas makan.
Paras gula rendah boleh buat ibu rasa nak pitam
Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti.
Antara gejala hipoglisemia pada orang mengandung adalah:
- Badan terasa lemas dan melayang
- Penglihata kabur
- Tubuh berpeluh-peluh
- Tangan terketar-ketar
- Badan rasa lemah dan melayang
- Rasa nak pitam
- Punca pening kepala
Jika terdapat gejala hipoglisemia ini, anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera.
Bila anda patut risau
Penat memang perkara biasa bagi ibu hamil. Tapi anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda tetap penat walaupun tidak berbuat apa-apa. Mungkin ada masalah lain yang sedang anda alami. Jadi jumpalh doktor jika:
- Kepenatan yang diikuti rasa lapar dan haus secara berterusan kerana ia adalah tanda-tanda yang anda mungkin alami diabeters gestasional.
- Penat tidak hilang walaupun sudah berehat
- Kepenatan yang diikuti dengan gejala demam, sakit leher dan juga pembengkakan kelenjar
- Penat yang diikuti dengan mual, muntah dan kekerapan membuang air kecil yangs semakin kurang kerana ia adalah antara gejala kehamilan ektopik iaitu kehamilan luar rahim.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Tanda Mengandung Anak Kembar, Penat Melampau Salah Satu Petandanya
Baca juga: Anak Yang Kerap Meragam Boleh Buat Ibu Penat & Stres, Ini 5 Cara Cipta Mood Si Manja
Baca juga: Doktor Ini Beri 9 Tips Kepada Ibu-Ibu Di Luar Sana…Rehatlah Jika Penat, Jangan Sampai ‘Burnout’!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!