TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Baru 7 Hari Pantang, Datin Shahida Gagahkan Diri Ke Majlis Berbuka Demi Raikan Pekerja

11 Apr, 2023
Baru 7 Hari Pantang, Datin Shahida Gagahkan Diri Ke Majlis Berbuka Demi Raikan Pekerja

Walaupun selepas 7 hari bersalin, Datin Shahida Dherbs hadir ke majlis berbuka puasa meraikan pekerja dengan pemberian bonus raya.

Walaupun baru berpantang pada hari ke-7, Datin Shahida Dherbs tetap menggagahkan diri ke Majlis Iftar Dherbs demi meraikan pekerjanya yang telah menjadi tulang belakang dia dan syarikatnya sejak 15 tahun yang lalu.

Bukan sahaja tampil cantik dan bergaya, wanita ini yang juga isteri kepada Datuk Aliff Syukri juga membawa bayinya yang berusia 7 hari  ke majlis tersebut demi memberikan yang terbaik kepada kakitangannya.

Insentif bonus ceriakan pekerja Dherbs untuk sambut raya

dherbs

Ujarnya, jika ikutkannya badannya memang tidak larat tetapi apabilah melihat kegembiraan pekerja-pekerjanya terubat sedikit kepenatan dirinya mengharungi hari tersebut.

“Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama-sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan.

“Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya semalam.

Ternyata semua pekerja Dherbs sangat bertuah mendapat majikan sepeti Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri yang tidak lokek berkongsi rezeki untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tak sayang diri sendiri ke?

Dalam pada itu, rata-rata netizen terkejut melihat Datin Shahida sudah berani keluar berjalan seperti orang biasa walaupun bersalin normal dan tidak kurang pula yang turut sama terasa ‘ngilu’ mengenangkan kawasan yang berjahit selepas bersalin.

Ada yang turut bertanya adakah Datin Shahida tak sayang diri kerana seakan memaksa badan bekerja keras selepas melahirkan anak namun Datin Shahida menjawab tidak ada orang yang tak sayang diri sendiri.

“Apa beza datin pergi event dengan datin pergi checkup baby sama je kena berjalan dan berdiri juga insya allah datin lebih kenal diri sendiri. Saya doakan datin dan baby diberi kesihatan yang baik dan selamat berpantang,” kata syahira_nabila_hamdan meninggalkan komen.

Baru 7 Hari Pantang, Datin Shahida Gagahkan Diri Ke Majlis Berbuka Demi Raikan Pekerja

Dalam Instagramnya juga, Datin Shahida ada berkongsi pengalaman bersalin cahaya mata ke-6 yang dirasanya agak sukar berbanding anak-anak lain yang mana dia bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.

Katanya, kelahiran tersebut sangat rumit kerana bayinya mengeluarkan tangan dahulu dan sepatutnya doktor perlu memasukkan kembali tangan bayi namun akhirnya tetap doktor perlu menyambut tangan bayinya dahulu walaupun kebiasaanya kepala bayi yang perlu keluar dahulu.

Apa pun semuanya telah selamat dan dia berterima kasih kepada doktor dan jururawat di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur yang banyak membantunya memudahkan proses kelahiran puteranya itu.

Stories Rakan Kongsi
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Memupuk Nilai Wang: Memahami Perbezaan Antara Kehendak dan Keperluan
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Anak Tidak Mahu Makan? Ini Cara Untuk Pastikan Anak Membesar Dengan Sihat
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Usher in the Lunar New Year at With Celebrations at Sunway Putra Mall
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!
Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!

Datin Shahida Dherbs

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ibu Hamil Tidak Boleh Terperap Di Rumah, Perlu Kerap Berjalan Barulah Mudah Bersalin!

Baca juga : Kembali Pulih Selepas Bersalin Secara Normal: Perkara Penting Anda Harus Tahu

Baca juga : 3 Sebab Mengapa Proses Bersalin Boleh Jadi Sehari Suntuk Lamanya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Baru 7 Hari Pantang, Datin Shahida Gagahkan Diri Ke Majlis Berbuka Demi Raikan Pekerja
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham