Jika anda mahu anak tidur lena sampai pagi, cuba baca doa mujarab ini!

lead image

Amalkan doa bayi tidur lena ini setiap kali sebelum anda menidurkan bayi anda. Insha-Allah dengan doa ini bayi anda akan tidur hingga pagi.

Bila dah jadi ibu ini, apa yang kita harapkan adalah supaya anak kita dapat tidur lena. Lebih-lebih lagi pada waktu malam supaya kita pun dapat juga merehatkan diri.

Ada masanya, bayi kita akan meragam pada waktu malam dan sudah macam macam cara kita cuba pun, mereka susah nak lelapkan mata.

Jika ini berlaku, cuba anda amalkan doa bayi tidur lena ini. Pasti mujarab!

Doa bayi tidur lena yang boleh diamalkan ibu bapa

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/images.jpg Jika anda mahu anak tidur lena sampai pagi, cuba baca doa mujarab ini!

Jika bayi anda sukar untuk tidur lena atau anda nak cara yang mudah untuk tidurkan bayi anda, anda boleh cuba doa bayi tidur lena ini.

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu Rasulullah SAW mengajarnya doa di ini.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyak berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Rasullullah ini.

Doa tersebut adalah:

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/09/doa agar dpt tidur mlm.jpg Jika anda mahu anak tidur lena sampai pagi, cuba baca doa mujarab ini!

Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini

Semasa membacakan doa ini pada anak anda, letakkan tangan kanan pada dahi anak anda dan tiupkan perlahan-lahann kedua belah matanya. InsyaAllah mereka akan mula mengantuk dan akan tidur dengan lena.

Selepas membaca doa ini, anda juga boleh baca sekali doa amalan sebelum tidur yang lain seperti doa sebelum tidur, ayatul kursi dan tiga kul.

Cara ini bukan saja boleh dilakukan pada bayi anda, jika anda sendiri ada masalah untuk tidur walaupun sudah penat sehari suntuk menjaga anak, mengemas rumah atau bekerja, anda boleh baca doa ini.

Doa bayi tidur lena ini sangat sesuai untuk dijadikan amalan untuk seisi keluarga.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

3 doa yang ibu bapa boleh amalkan untuk pujuk bayi menangis