Setiap wanita yang sedang mengandung memerlukan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Salah satunya adalah fosforus. Pada dasarnya, pengambilan pemakanan yang baik adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi yang sedang dikandung sihat serta mendapat segala nutrisi yang diperlukan bagi proses tumbesaran.
Namun begitu, diet pemakanan ketika hamil tidaklah begitu berbeza dengan diet pemakanan harian biasa. Cuma yang sedikit membezakannya adalah wanita berbadan dua memerlukan jumlah yang lebih banyak bagi mengimbangi keperluan tubuhnya dan juga bayi dalam kandungan.
Begitu juga dengan fosforus. Keperluannya bukan sahaja ketika hamil, malah ia juga diperlukan dalam setiap tubuh manusia, sejak dari kecil lagi.
Fungsi Fosforus untuk Badan
Fosforus adalah mineral kedua paling banyak terdapat dalam badan, dan hampir 85% daripadanya terdapat dalam tulang. Phosphorus adalah kunci kepada pelbagai fungsi badan seperti pembaikan selular, pembaikan tisu, fungsi saraf, pembekuan darah, pergerakan otot, serta fungsi buah pinggang. Tambahan pula, ia adalah penting untuk perkembangan gigi dan tulang yang betul. Fosforus memainkan peranan struktur penting dalam membran sel dan asid nukleik juga.
Sebenarnya, phosphorus merupakan mineral yang terdapat dalam banyak makanan yang kita ambil antaranya seperti bir, keju, kekacang, dan ikan. Ia juga merupakan salah satu bahan yang paling biasa dalam persekitaran harian dan dalam badan kita.
Secara khususnya, phosphorus ini terlibat atau berfungsi untuk:
- Menguatkan tulang dan gigi
- Membantu pengecutan otot
- Mengawal degupan jantung manusia
- Kurangkan kesakitan otot selepas bersenam
- Menapis dan menyingkirkan sisa buangan dalam buah pinggang
- Menghasilkan asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA)
- Membantu pertumbuhan, menyelenggara dan membaiki sel-sel dan tisu badan
- Mengekalkan paras PH dalam darah
Biasanya, kekurangan phosphorus adalah amat jarang berlaku, jadi ia bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan sangat, melainkan anda mengalami masalah kekurangan makanan.
Bagaimana Fosforus dalam Badan Berfungsi?
Fosforus berfungsi dengan kalsium untuk membantu membina tulang. Anda memerlukan jumlah kalsium dan fosforus yang betul untuk kesihatan tulang. Kira-kira 85% kandungan phosphorus dalam badan manusia terletak dalam tulang dan gigi.
Badan anda menyerap kurang phosphorus apabila tahap kalsium terlalu tinggi, dan sebaliknya. Anda juga memerlukan salah satu vitamin untuk ibu hamil iaitu vitamin D untuk menyerap fosforus dengan betul.
Fungsi Fosforus untuk Ibu Hamil
Pengambilan mineral penting adalah keperluan utama dalam diet kehamilan. Fosforus memainkan peranan penting dalam perkembangan bayi yang betul dan pengukuhan tulang kepada ibu. Berikut adalah beberapa fungsi phosphorus untuk ibu hamil:
#1. Diperlukan untuk perkembangan tulang yang betul
Fosforus adalah mineral wajib untuk perkembangan gigi dan tulang anak anda. Bersama-sama sekali dengan Vitamin D dan kalsium, ia membantu memberi asas gigi dan tulang yang sihat pada bayi. Jadi adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan antara ketiga-tiga nutrien ini. Kekurangan salah satu daripada ini boleh menyebabkan perubahan besar kepada janin yang sedang membesar.
#2. Penting untuk kesihatan badan
Fosforus adalah penting untuk mengelakkan seseorang daripada berasa letih dan lesu semasa hamil. Ia adalah mineral yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan degupan jantung dan pembekuan darah yang betul. Ketika hamil, keperluan badan anda untuk fosforus adalah lebih tinggi. Kekurangannya dalam diet anda boleh menyebabkan kerengsaan, sakit tulang dan sendi, dan kehilangan selera makan.
#3. Membantu dalam pengawalan metabolisme
Peranan utama phosphorus adalah untuk menormalkan metabolisme dan menukar makanan kepada tenaga. Apabila hamil, badan anda memerlukan tenaga tambahan untuk menghadapi perubahan yang berlaku dengan pantas. Kuantiti phosphorus yang mencukupi daripada makanan anda akan memastikan anda mampu mengawal metabolisme anda.
#4. Pertumbuhan otak bayi
Fosforus dan kalsium bersama-sama memainkan peranan penting bagi perkembangan sistem saraf janin yang betul. Ia juga meningkatkan perkembangan otak dan aktiviti otak. Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengekalkan keseimbangannya dan tidak mengambil fosforus yang berlebihan.
#5. Membantu menyediakan sistem penghadaman bayi
Fosforus adalah mineral penting yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk membuat organ dalamannya. Ia membantu badan bayi untuk menggabungkan semua nutrien. Ia juga diperlukan untuk perkembangan sistem pencernaan dengan meningkatkan rembesan gastrik badan bayi anda dan menyediakannya untuk perkumuhan. Selain itu, fosforus juga penting untuk mempersiapkan bayi anda bekerja secara autonomi selepas mereka dilahirkan.
#6. Mengawal penghantaran sifat keturunan yang sesuai
Fosforus diketahui mempunyai kaitan dengan peraturan pemindahan sifat keturunan kepada bayi anda. Ia memainkan peranan penting dalam struktur DNA dan RNA untuk janin. Dalam trimester pertama kehamilan, phosphorus memberi kesan kepada pembentukan ciri-ciri wajah bayi anda. Ia juga memberi kesan kepada keperibadian, bakat, ciri dan pilihan mereka. Semasa janin berkembang, fosforus menyokong mereka untuk bertindak balas terhadap pelbagai bunyi dan juga kepada mood anda.
Makanan yang Mengandungi Fosforus
Fosforus boleh didapati dalam kuantiti yang banyak dalam makanan yang mengandungi protein seperti daging, lentil (dhal), kekacang, dan produk tenusu. Bijirin penuh juga merupakan sumber fosforus yang banyak. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi fosforus, tetapi dalam jumlah yang lebih kecil.
- 85.04 gram salmon yang dimasak mempunyai sekitar 315 mg fosforus
- Secawan yogurt kosong mengandungi 306 mg fosforus
- 1 cawan susu mempunyai 247 mg fosforus
- 85.04 gram ikan halibut yang dimasak mempunyai 244 mg fosforus
- 85.04 gram daging ayam belanda yang dimasak mengandungi 217 mg fosforus
- 1/2 cawan lentil yang dimasak mengandungi 178 mg fosforus
- 28.3 gram badam mempunyai 136 mg fosforus
Kesan Kekurangan Fosforus
Fosforus yang tidak mencukupi dikenali sebagai hipofosfatemia. Hipofosfatemia berlaku apabila tahap phosphorus dalam darah anda menjadi terlalu rendah. Keadaan ini akan menyebabkan tahap tenaga anda menurun dan juga boleh memberi kesan kepada:
- kelemahan otot
- keletihan
- toleransi yang rendah untuk bersenam
Selain itu, phosphorus yang tidak mencukupi bersama-sama dengan tahap kalsium dan vitamin D yang rendah juga boleh menyebabkan tulang menjadi lebih lemah dan rapuh dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan sakit sendi dan otot.
Secara khususnya, antara tanda kekurangan fosforus dalam badan termasuklah:
- kelesuan
- alami masalah pernafasan
- keserasahan dan kekeliruan
- hilang selera makan dan berat badan menurun
- pertumbuhan tulang terbantut serta gigi tidak tumbuh dengan baik bagi kanak-kanak
- sakit tulang
- tulang rapuh
- kekakuan sendi
Punca kekurangan fosforus
Hipofosfatemia boleh berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- kencing manis
- ketagihan alkohol
- penyakit buah pinggang
- gangguan makan
- penyakit seliak
- muntah dan cirit-birit
- kekurangan vitamin D
- strok haba
- kecelaruan sistem saraf pusat
Walau bagaimanapun, pengambilan lebihan fosforus semasa mengandung boleh membahayakan ibu dan janin dan dalam kes yang teruk boleh menjadi toksik.
Dos berlebihan mineral penting ini boleh menyebabkan cirit-birit. Selain itu, ia juga menghalang penyerapan mineral penting lain dalam badan.
Sebilangan besar phosphorus telah diketahui menghasilkan deposit mineral dalam otot anda dan membawa kepada pengerasan tisu dalam badan. Sesetengah orang juga mengalami keracunan makanan akibat daripada lebihan mineral phosphorus. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai campuran tepat vitamin D, kalsium dan phosphorus dalam badan anda supaya kekal seimbang dan sihat.
Jadi untuk ibu hamil, sila pastikan anda amalkan pemakanan sihat dan seimbang, kekal cergas dan bantu anda anak anda dalam kandungan untuk membesar dengan baik dan sihat!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Baru Nak Cuba Ambil Suplemen Kesihatan? Ambil Multivitamin Terbaik Ini Dengan Pelbagai Mineral Tambahan, Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita!
Baca juga: Pengambilan Makanan Tinggi Potassium Penting Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Bengkak Juga!
Baca juga: Penuhi Keperluan Kalsium Ibu Hamil, Ini 8 Suplemen Kalsium Untuk Tulang Terbaik
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!