Haramkan Gadjet Ketika Di Meja Makan, Waktu Inilah Untuk Anak Bonding Dengan Keluarga!

Gadjet dan telefon pintar merupakan alat kesukaan bayi dan kanak-kanak pada masa kini. Namun elakkan penggunaannya ketika di meja makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gadjet merupakan alat yang menjadi kesukaan ramai tanpa mengira usia, termasuklah bayi dan kanak-kanak. Namun penggunaannya hendaklah berpada-pada agar tidak menyebabkan ketagihan yang boleh merosakkan perkembangan si manja.

Zaman moden ini ibu ayah cenderung menggunakan gajet sebagai ‘senjata’ untuk mengawal anak-anak ketika berada di rumah mahupun luar rumah. Dengan memaparkan kandungan video pada skrin telefon, sudah cukup mampu membuatkan si manja fokus dan diam.

Elakkan gadjet ketika berada di meja makan, punca mindless eating

Seorang pakar pemakanan dan juga merupakan ibu, Ruqayyah Muhd berkongsikan ada beberapa pantang larang sewaktu anak-anak berada di meja makan.

No gadjet at the table.

Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan. Makan sambil tengok tv atau makan sambil baca buku. Dan sekarang makan sambil tengok gajet.

Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.

Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.
Makan tapi tak sedar. Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi.

Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil. Proses penghadaman itu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.

Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu. Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.
It’s a no no!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Waku makan adalah waktu untuk keluarga eratkan hubungan

Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat. Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.

Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak. Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.

Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu. Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu. Waktu makan adalah family time!

Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan. Siapkan hidangan sama-sama. Makan sama-sama. Kemas meja sama-sama. Sekeluarga bersama buat apa saja.

Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti. Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadikan waktu makan adalah sesuatu yang istimewa dalam rutin keluarga

Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time. Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya. Bersepah itu biasa.Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa.

Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib. Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.

Jadikan waktu makan, waktu istimewa setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan

Baca juga: Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat

Baca juga: Makan Tiram/ Oyster Mentah Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan, Ini Penjelasan Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan