Ini Antara Fakta Mengenai Gigi Susu Anak & Bila Gigi Susu Pertama Si Kecil Akan Mulai Gugur. Ibu Ayah, Take Note!

Gigi susu perlu dijaga sebaik-baiknya untuk mengelakkan masalah pergigian lain seperti pertuturan, sukar untuk makan dan tumbuh tidak teratur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi susu kanak-kanak terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring, serta 8 batang gigi geraham. Jumlah keseluruhan gigi susu seorang kanak-kanak adalah 20 batang. Dan kesemua 20 batang gigi susu mereka akan selesai tumbuh ketika umur mereka mencecah 3 tahun.

Walau bagaimanapun, perkembangan serta susunan gigi mereka adalah berbeza mengikut individu. Mesti ibu ayah teruja dan ‘excited’ bila dapat tahu si manja sudah mulai tumbuh gigi. Malah, ada yang tertanya-tanya, bilakah gigi susu pertama mulai gugur? Gigi geraham tumbuh berapa kali? Berapakah jumlah gigi susu serta jumlah gigi kekal?

Tidak mengapa, untuk artikel kali ini kami akan berkongsikan informasi menarik dan penting yang perlu ibu ayah ketahui tentang gigi anak yang mungkin ramai tidak tahu!

Fakta Mengenai Gigi Susu Anak

Okay, pertamanya ibu ayah perlu tahu bahawa semua kanak-kanak akan mulai tumbuh gigi susu terlebih dahulu sebelum mempunyai gigi kekal. Ia merupakan set gigi manusia pertama yang bakal dimiliki oleh kanak-kanak apabila mereka mencecah usia tiga tahun.

Bukan setakat itu sahaja, ia juga merupakan gigi yang selalunya mudah mengalami masalah gigi berlubang dan kebanyakan ibu ayah akan memilih untuk mencabut gigi susu anak jika ianya berlaku.

#1. Penting Sebagai Panduan

Gigi susu adalah gigi yang penting kerana ia akan membantu si kecil untuk makan, belajar bertutur, serta menjadi panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh.

#2. Mudah Rosak Jika Tidak Dijaga

Untuk pengetahuan anda, kebersihan serta kesihatan gigi susu amatlah penting kerana gigi susu sangat mudah untuk rosak jika kebersihannya tidak dijaga rapi oleh kerana lapisan enamel pada gigi susu adalah lebih nipis berbanding gigi kekal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Cabut Gigi Susu Tak Akan Selesaikan Masalah

Ibu ayah perlu mengetahui masalah pergigian si kecil tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mencabut gigi yang rosak. Ini kerana ia boleh mendorong kepada munculnya masalah lain seperti kesukaran anak untuk makan, susunan gigi kekal yang tumbuh tidak teratur, dan masalah lain lagi.

Ibu ayah disarankan untuk mencegah kerosakkan gigi sejak awal, dan bukannya mengambil ‘jalan mudah’ dengan mencabut gigi si kecil ketika anak masih kecil tanpa menjaganya dengan baik.

#4. Bawa Si Kecil Ke Klinik Sejak Usia 6 Bulan

Si manja seharusnya mula dibawa untuk ke klinik gigi untuk pemeriksaan sejak usia mereka enam (6) bulan ataupun sekurang-kurangnya selepas gigi anak pertama telah tumbuh. Selain memeriksa gigi, ia juga penting supaya si kecil boleh dibiasakan dengan persekitaran klinik gigi agar mereka tidak takut dengan doktor saat semakin membesar.

Tak adalah nanti kalau dibawa ke klinik gigi, menangis meraung pula tengok doktor kan.

#5. Latih Anak Berus Gigi Sejak Kecil

Si kecil juga seeloknya dilatih untuk mula memberus gigi sejak gigi pertama mereka tumbuh. Malah, pembersihan gigi juga boleh dimulakan dengan menggunakan kain atau tuala yang bersih.

Apabila gigi mereka semakin banyak, bolehlah mula menggunakan berus gigi kecil yang lembut dan berus secara perlahan-lahan agar tidak mencederakan gusi mereka.

Kalau mereka meraung sekalipun, gigi anak tetap perlu diberus. Lama kelamaan, mereka akan terbiasa dan tidak lagi meronta-ronta ketika gigi dibersihkan.

#6. Susu Botol Boleh Jadi Penyebab Gigi Susu Rosak

Susu botol sebenarnya boleh menyebabkan peningkatan risiko kerosakan gigi si kecil. Oleh itu, ibu ayah disarankan untuk membersihkan gigi anak setiap kali mereka selesai menyusu dan kalau boleh elakkan anak menyusu sehingga tertidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Latihlah si kecil untuk minum susu menggunakan gelas apabila mereka sudah mencecah usia dua (2) tahun.

Bilakah Gigi Susu Pertama Mulai Gugur?

Gigi susu terdiri daripada 20 batang yang akan mula tumbuh seawal usia enam bulan. Manakala gigi kekal pula berjumlah 32 batang dan kesemuanya akan mula tumbuh ketika kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.

Proses pertumbuhan gigi kekal akan berhenti sekitar usia 12 hingga 13 tahun. Perlu diingatkan bahawa proses tumbuh gigi adalah berbeza mengikut individu serta faktor etnik, jantina, persekitaran dan lain-lain.

Jika dijaga dengan sempurna, gigi si kecil akan gugur apabila tiba waktunya. Mungkin ramai tertanya-tanya, bilakah gigi susu pertama akan mula proses gugur? Jawapannya, ketika si kecil berumur 5 dan 6 tahun dan ianya akan digantikan dengan gigi kekal.

Sebelum usia tersebut, gigi yang patah itu akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan. Keadaan ini menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur, seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.

Gigi Susu Boleh Jadi Punca Gigi Berlapis?

Masalah gigi berlapis ini sememangnya sering dipandang enteng oleh ibu ayah. Jangan begitu, ya. Perkara ini juga perlu dititikberatkan kerana suatu hari nanti ia boleh menyebabkan masalah karies gigi serta masalah gusi bengkak.

Tahukah anda bahawa masalah gigi lapis boleh disebabkan oleh gigi susu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan anda, dalam keadaan di mana terdapat gigi kekal yang berlapis dan gigi susu bersebelahan yang tidak longgar dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal berlapis melintas masuk ke dalam ruang yang tersedia.

Malah, ia juga boleh menghalang gigi kekal yang bakal tumbuh daripada erupsi ke dalam mulut.

Bilangan Gigi Susu Dan Gigi Kekal

Kami akan memberikan pecahan kepada anda untuk memudahkan pengiraan jumlah gigi manusia iaitu bilangan gigi susu dan gigi kekal setiap individu selepas dilahirkan di dunia.

Ia terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring, dan 8 batang gigi geraham.

Jumlah gigi susu seseorang kanak-kanak adalah 20 batang. Kesemua 20 batang akan selesai pertumbuhannya sekitar umur 3 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi kekal pertama akan mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Kebiasaannya gigi geraham pertama tumbuh dahulu, diikuti dengan gigi kacip, kemudiannya gigi taring, dan gigi gerahan kedua. Dan selalunya, gigi bawah akan tumbuh dahulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan.

Gigi taring atas akan tumbuh sekitar umur anak 11 tahun. Manakala, gigi geraham kedua akan mula tumbuh sekitar usia 12 tahun. Dan akhir sekali, gigi geraham ketiga atau gigi bongsu pula tumbuh sekitar umur 18 tahun.

Gigi kekal seorang dewasa terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring, 8 batang gigi geraham kecil dan 12 batang gigi geraham besar. Jumlah keseluruhan gigi kekal untuk orang dewasa adalah 32 batang.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 91% Perkembangan Otak Manusia Pada Usia 4-6 Tahun, Jadi Jangan Abaikan Golden Age Anak Ini

Baca juga: Tanda Di Berus Gigi Anak Sebagai Panduan Kuantiti Ubat Gigi Yang Perlu

Baca juga: Sedar Atau Tidak, 13 Kesalahan Ibu Ayah Ini Buat Gigi Anak Rosak! No.8 Paling Tak Sangka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.