Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

lead image

Bayi baru lahir sering alami perut kembung dan colic kerana sistem percernaan yang masih tidak matang. Ramai ibu akan mengatasi masalah ini dengan gripe water. Tapi adakah ia selamat dan berkesan?

Masalah kembung perut dan colic pada bayi

Ibu-ibu mungkin pernah dengar tentang gripe water dan keberkesanannya untuk membantu bayi yang mengalami masalah perut kembung atau colic.

Bayi baru lahir seringkali menghadapi masalah ini akibat sistem pencernaan yang belum matang lagi.

Bayi yang mengalami masalah perut kembung dan colic susah tidur dan akan menangis berpanjangan kerana menahan sakit.

Untuk ibu-ibu baru, ini mungkin amat membimbangkan, lagipun siapa suka tengok anak dalam kesakitan?

Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Kredit: The Bump

Rawatan terbaik untuk colic adalah masa, kerana ia akan pulih sendiri apabila sistem pencernaan anak menjadi lebih matang.

Tapi untuk menenang dan membantu anak rasa lebih selesa, ibu dinasihatkan untuk buat bayi sendawa dengan lebih kerap, mendukung anak dalam keadaan tegak selepas menyusu, mengurut perut anak dan akhir sekali: anda boleh berikan sedikit gripe water.

Apa itu gripe water?

Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Sumber: Flickr |Karl Baron

Resepi gripe water yang pertama telah dicipta di England oleh seorang ahli farmasi yang bernama William Woodward pada tahun 1851.

Beliau mendakwa ia bukan saja boleh menyembuhkan perut kembang, malah ia juga boleh membantu bayi yang tersedu, rasa sakit akibat tumbuh gigi dan lain-lain.

Pada masa itu, salah satu daripada ramuan gripe water adalah alkohol sebanyak 3.6%!

Hari ini, kita tahu kesan buruk alkohol bayi dan gripe water yang dipasarkan kini tidak lagi mengandungi alkohol.

Isi kandung gripe water hari ini termasuklah – natrium bikarbonat, halia, adas, likuoris, kayu manis, air jintan, bunga chamomile, kapulaga, peppermint, bau lemon dan sebagainya.

Bahan-bahan yang digunakan juga bergantung kepada negara asal dan jenama yang mengeluarkannya.

Adakah ia berkesan dan selamat untuk anak?

Anda mungkin terkejut mengetahui ramai ibu bapa menggunakan gripe water sebagai cara melegakan colic walaupun ia hanya berasaskan bukti saintifik yang minimum.

Orang ramai percaya ramuan likuoris, air jintan, adas dan halia berkesan apabila melegakan gas dan ketidakselesaan perut yang dipercayai penyebab colic.

Gripe water selamat digunakan untuk bayi, tapi jika anda membeli ia dari negara lain, pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau sukrosa yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Berikan gripe water pada anak mengikut sukatan yang ditetapkan dan bincanglah dengan doktor dulu kalau kurang pasti.

Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Sumber gambar: Flickr | Brad Greenlee

Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk menggunakan gripe water, anda boleh menggunakan cara lain untuk melegakan gas dalam perut bayi, seperti:

  • menyendawakan bayi dengan lebih kerap,
  • mendukung bayi dalam keadaan tegak,
  • mengurut perut bayi,
  • menggerakkan kaki bayi seperti dia sedang mengayuh basikal dan membengkokkan kaki dan lutut ke perut.

Semua kaedah-kaedah tanpa ubat di atas terbukti boleh membantu anak untuk membuang gas yang terperangkap di dalam perutnya.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

Sumber: What to Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara-Cara Mengurut Bayi Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!