Hormon Ibu Mengandung: Jenis Hormon, Fungsi & Kesan Perubahan Hormon Ketika Hamil

Hormon ibu mengandung yang berubah memberi kesan terhadap kesihatan tubuh ibu dan mood. Disebabkan itulah ibu hamil menjadi lebih sensitif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa jenis hormon yang mempengaruhi kehamilan dan menyebabkan berlakunya banyak perubahan terhadap tubuh badan, fungsi organ serta emosi ibu mengandung. Walaupun sesetengahnya membuatkan rasa tidak selesa, ia adalah untuk menjaga kesihatan ibu dan janin.

Secara umumnya, hormon kehamilan ini akan wujud sebaik sahaja anda disahkan berbadan dua. Namun ada juga jenis hormon telah hadir sebelum hamil dengan tahap berbeza.

Apa itu hormon ibu mengandung

Mungkin sesetengah wanita tidak begitu faham apa itu hormon. Hormon adalah  sebatian kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin dalam badan manusia.

Hormon bertindak sebagai perantara dalam mengawal pelbagai fungsi dan proses badan, termasuk pertumbuhan, perkembangan, metabolisme, tindak balas tekanan, pembiakan, dan banyak lagi. Ia berfungsi dengan menghantar mesej kimia ke sel sasaran dalam badan melalui aliran darah

Jenis hormon ketika hamil

Berikut ada beberapa jenis hormon yang terhasil semasa anda mengandung dan fungsinya terhadap kesihatan:

#1. Human placental lactogen (hPL)

Human placental lactogen dihasilkan oleh plasenta sejak kandungan memasuki usia 2 minggu. Ia juga dikenali dengan sebutan human chorionic somatomammotropin dan berperanan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh janin. hPL ini turut merangsang kelenjar susu pada bahagian payudara sehingga tibanya waktu menyusu bayi.

#2. Human chorionic gonadotropin hormone (hCG)

Human chorionic gonadotropin hormone adalah hormon ibu mengandung yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon ini menjadikan tanda positif mengandung pada alat ujian kehamilan yang dijual dalam pasaran.

Antara fungsi hormon hCG adalah menjaga kehamilan dan perkembangan janin. Sekiranya kadar hCg didapati rendah pada awal usia kandungan, ia merupakan sesuatu yang normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, fungsi hormon hCG juga ini turut menjadi tanda sekiranya anda mengalami masalah kehamilan ektopik, keguguran dan kematian bayi.

Tahap HCG yang rendah boleh menyebabkan masalah kehamilan, seperti keguguran atau kelahiran pramatang. Oleh itu, adalah penting bagi wanita untuk mengetahui cara meningkatkan tahap HCG dalam badan mereka.

Berikut beberapa cara untuk meningkatkan hormon hCG:

  • Ambil makanan yang kaya dengan protein
  • Elakkan merokok dan alkohol
  • Lakukan senaman dengan kerap
  • Perbanyakkan buah tinggi vitamin C
  • Ambil makanan kaya serat
  • Elakkan stress ketika hamil
  • Mengambil vitamin B6
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Ambil makanan tinggi zat besi seperti daging merah, hati dan kekacang
  • Pengambilan asid folik sepanjang kehamilan

Kalau ibu mencari suplemen asid folik terbaik, kami ada senaraikan di sini.

#3. Hormon progesteron

Sebelum mengandung lagi sebenarnya hormon progesteron sudah ada, namun kadarnya mungkin sedikit berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peningkatan progesteron semasa kehamilan boleh menyebabkan munculnya bulu-bulu halus pada bahagian payudara dan perut. 

Ibu juga mungkin akan mengalami masalah sembelit, kerap pening kepala, berasa loya dan perut memulas.

Biarpun mendatangkan kesan yang tidak menyenangkan, fungsi hormon progesteron adalah untuk:

  • Menjaga sistem ketahanan tubuh ketika janin dalam kandungan
  • Mempersiapkan payudara bagi menghasilkan susu ibu
  • Menjaga ketebalan dinding rahim ketika janin membesar
  • Menjaga otot rahim sepanjang kehamilan

#4. Prolaktin

Hormon prolaktin akan meningkat antara 10 hingga 20 kali ganda ketika ibu sedang hamil. Peningkatan hormon ini amat penting bagi mempersiapkan jaringan payudara untuk menyusu dan menghasilkan lebih banyak susu badan.

Prolaktin juga penting dalam mengawal tahap metabolisme ibu semasa mengandung dan membantu dalam rangsangan pertumbuhan sel sistem imunisasi.

Setiap hormon kehamilan memiliki fungsi yang begitu penting untuk kesihatan ibu dan janin. Kehadiran prolaktin ini juga biasanya menyebabkan ketidakselesaan pada ibu mengandung dan membuatkan anda sedikit terganggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Hormon estrogen

Hormon ini sudah ada dalam tubuh wanita sebelum mengandung lagi. Ia mengalami peningkatan sejak kehamilan terjadi dan menyebabkan rasa mual terutamanya ketika trimester pertama.

Kemudian setelah ibu memasuki trimester kedua, estrogen ini akan berfungsi dalam mengembangkan saluran susu di payudara. Antara fungsi lainnya ialah:

  • Menyokong perkembangan janin
  • Meningkatkan aliran darah ke dalam tubuh sehingga menimbulkan kesan glowing pada sesetengah ibu hamil
  • Membentuk pembuluh darah baru bagi menyalurkan nutrisi ke janin

#6. Hormon oksitosin

Jenis hormon ibu mengandung seterusnya adalah oksitosin. Ia memainkan peranan dalam proses kelahiran bayi, dengan melenturkan rahim pada akhir kehamilan bagi membolehkan bayi keluar dengan mudah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada saat yang sama, hormon ini turut merangsang puting susu bagi menghasilkan lebih banyak susu dan juga merangsang kelenjar Montgomery pada sekitar puting dan areola. Sebab itulah sebaik sahaja bayi dilahirkan, ibu boleh terus menyusunya.

Simptom hormon ibu hamil

Semasa kehamilan, paras hormon yang turun naik boleh membawa kepada pelbagai gejala dan perubahan dalam tubuh wanita.

Ia boleh berbeza bagi setiap wanita sepanjang kehamilan. Berikut adalah beberapa simptom berkaitan hormon kehamilan yang biasa:

  • Perubahan payudara: Perubahan hormon boleh menyebabkan payudara menjadi lembut, bengkak, dan sakit. Areola mungkin menjadi gelap, dan urat dalam payudara mungkin menjadi lebih kelihatan. Perubahan ini menyediakan badan untuk penyusuan susu ibu.
  • Morning sickness: Hormon yang tinggi, terutamanya hCG, boleh menyumbang kepada morning sickness, yang termasuk loya dan muntah. Morning sickness boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari.
  • Kerap buang air kecil: Rahim yang semakin membesar dan jumlah darah meningkat boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada pundi kencing, menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
  • Keletihan: Peningkatan hormon progesteron boleh menyebabkan rasa mengantuk dan keletihan, terutamanya semasa trimester pertama.
  • Perubahan mood: Turun naik hormon boleh menjejaskan mood, membawa kepada perubahan mood, kerengsaan dan kepekaan emosi.
  • Keengganan dan mengidam makanan: Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan dalam pilihan rasa dan bau, mengakibatkan keengganan makanan atau keinginan kuat untuk makanan tertentu.
  • Sembelit: Tahap progesteron yang tinggi boleh melambatkan sistem pencernaan, menyebabkan sembelit bagi sesetengah wanita hamil.
  • Perubahan kulit: Hormon boleh menjejaskan kulit, menyebabkan perubahan seperti jerawat, kulit menjadi gelap (kloasma atau melasma), dan kemunculan garis gelap yang mengalir ke perut (linea nigra).
  • Peningkatan keputihan: Perubahan hormon boleh menyebabkan peningkatan dalam keputihan, yang biasanya dengan tekstur putih susu.

Kesan perubahan hormon pada ibu hamil

Perubahan hormon ini adalah bahagian normal dalam proses kehamilan dan mempunyai tujuan penting untuk menyokong perkembangan janin, mengekalkan kehamilan, dan menyediakan badan ibu untuk bersalin dan penyusuan.

Namun begitu, perubahan hormon ini juga boleh menjejaskan keadaan fizikal dan emosi ibu hamil. Berikut adalah beberapa kesan hormon pada badan dan mood ibu hamil:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Emosi jadi lebih sensitif

Hormon seperti estrogen, progesteron, dan hCG boleh meningkatkan sensitiviti emosi semasa kehamilan. Ini boleh menyebabkan perasaan yang lebih sensitif perubahan mood, dan lebih mudah tersinggung.

Perubahan hormon ketika hamil boleh menyebabkan ibu mengandung lebih terdedah kepada  perubahan mood secara tiba-tiba.

2. Morning sickness

Peningkatan hormon hCG, yang berlaku terutamanya pada trimester pertama, boleh menyumbang kepada loya dan muntah yang sering dirujuk sebagai “morning sickness.”

Loya dan muntah boleh menjejaskan mood ibu hamil kerana ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dan tertekan.

3. Keletihan dan gangguan tidur

Peningkatan dalam hormon progesteron boleh menyebabkan keletihan yang lebih besar, terutamanya pada trimester pertama.

Selain itu, perubahan fizikal seperti pertambahan saiz perut dan kesukaran untuk meniarap boleh mengganggu tidur. Gangguan tidur ini boleh membuat mood terganggu kerana rehat yang tidak mencukupi.

4. Perubahan fizikal

Perubahan hormon ketika hamil boleh mengakibatkan perubahan fizikal yang ketara, seperti peningkatan saiz payudara, penambahan berat badan, dan perubahan kulit.

5. Keadaan perasaan kompleks

Walaupun terdapat kegembiraan dan jangkaan untuk ketibaan bayi, terdapat juga kebimbangan, ketidakselesaan, dan pelbagai perasaan yang boleh menjejaskan mood.

Hormon kehamilan ketika menangis

Apabila ibu mengandung menangis, beberapa hormon terlibat dalam tindak balas emosi ini iaitu hormon tekanan (kortisol) dan hormon yang berkaitan dengan mood dan emosi (serotonin dan oksitosin).

  • Kortisol: Kortisol ialah hormon tekanan yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal sebagai tindak balas kepada tekanan fizikal atau emosi. Apabila ibu mengandung menangis dalam keadaan tertekan atau emosi, paras kortisol dalam darah boleh meningkat.
  • Serotonin: Serotonin adalah neurotransmitter yang memainkan peranan dalam pengawalan mood dan emosi. Aktiviti serotonin dalam otak dipengaruhi oleh situasi emosi seperti menangis. Kadang-kadang, menangis boleh memberikan perasaan pelepasan emosi dan menjejaskan tahap serotonin dalam otak.
  • Oxytocin: Oxytocin sering dipanggil “hormon cinta” kerana peranannya dalam menggalakkan ikatan sosial dan emosi positif. Apabila ibu mengandung menangis, pengeluaran oksitosin boleh meningkat, terutamanya jika tangisan itu berkaitan dengan situasi yang menimbulkan perasaan sayang atau gembira.

Kesimpulannya, perubahan hormon adalah dinamik semasa kehamilan, dengan setiap hormon memainkan peranan tertentu dalam menyokong perkembangan janin, mengekalkan kehamilan sihat dan mempersiapkan tubuh untuk bersalin dan penyusuan.

Perubahan hormon ini juga terjadi untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan janin sepanjang perjalanan kehamilan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Penjagaan Awal Kehamilan Trimester Pertama, Penting Untuk Elak Risiko KEGUGURAN

Baca juga: Mengidam Semasa Hamil: Punca Food Cravings, Jenis Makanan & Kesan Mengidam Tapi Tak Dapat