X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

13 min bacaan
Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

Sebagai ibu dan ayah kita perlu tahu jenis ruam bayi yang biasanya kerap berlaku ketika dalam tempoh berpantang kerana keadaan sekeliling yang panas dan lembap.

Sebagai ibu dan ayah kita perlu tahu jenis ruam bayi yang biasanya kerap berlaku ketika dalam tempoh berpantang kerana keadaan sekeliling yang panas dan lembap. Kebiasaanya ruam pada bayi berlaku pada bahagian kulit tertentu seperti di bahagian pipi, dagu, leher dan kawasan pelipat lain.

Ruam air liur bayi adalah antara ruam yang mudah berlaku berikutan lelehan air pada mulut yang terkena pada bahagian kulit. Selain ruam panas dan ruam susu, terdapat lagi beberapa ruam kulit pada bayi yang perlu ibu ayah ambil tahu.

Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Awal Kelahiran

Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!

Ruam merah mungkin ekzema

Terdapat pelbagai jenis ruam bayi yang boleh dihadapi mereka dan ia terjadi di bahagian tertentu tubuh bayi. Biasanya ruam bayi ini boleh dirawat dan tidak berbahaya. Ia juga mungkin akan menyebabkan bayi merasa tidak selesa, gatal-gatal dan kepedihan.

Ruam bayi tanpa demam atau kegatalan

1. Ruam Air Liur Bayi

air liur

Gambar ruam pada bayi ini merupakan ruam air liur bayi terjadi apabila lelehan air liur yang terkena pada kulit dan menyebabkan kulit disekitar mulut bayi merengsa. Antara kawasan paling kerap terkena ruam air liur bayi adalah sekitar bibir, dagu dan pipi bayi.

Selain itu, kawasan sekitar leher dan dada juga mungkin boleh terkena ruam air liur bayi sekiranya kawasan berkenaan terdedah dengan air liur bayi untuk satu tempoh yang lama.

Anda mungkin melihat kulit merah, meradang, tompokan biji-biji kecil berwarna merah atau benjolan merah kecil di mana terdapat ruam air liur. Ruam air liur bayi ini biasanya hanya sementara kerana ia terjadi akibat daripada kesan pertumbuhan gigi bayi kerana semasa fasa ini berlaku peningkatan dalam lelehan air liur bayi.

Selain itu, sifat semulajadi bayi yang suka untuk menerokai persekitaran baru dengan mengunakan lima deria asasnya juga menyebabkan ruam air liur bayi mudah terjadi. Ini kerana semasa bermain bayi suka menjilat, mengigit dan memasukkan mainan di dalam mulut mereka dan menyebabkan banyak kesan air liur di merata-rata. Ini menyebabkan mereka lagi mudah terkena ruam air liur bayi.

2. Keratosis pilaris

Merupakan ruam yang membuatkan kulit bayi menjadi kasar dan bergelombang seakan-akan diselaputi jerawat angsa. Benjolan ruam ini selalu terjadi di bahagian atas lengan dan juga paha bayi dan ianya adalah tidak berbahaya.

3. Ruam Susu Pada Bayi

Ruam susu pada bayi adalah antara ruam yang paling biasa yang dialami oleh bayi yang baru lahir. Ibu boleh mengenal pasti tanda-tanda ruam susu dengan mudah. Ruam ini biasanya kelihatan bintik-bintik atau tompok kemerahan pada kulit bayi.

Biasanya, bintik-bintik ruam ini muncul di dagu, pipi, leher, dan hidung bayi untuk bayi yang baru lahir. Manakala untuk bayi yang lebih besar ruam ini mungkin akan sedikit berbeza. Tompok ruam akan kelihatan pada bahu dan muka bayi. Tanda-tanda ruam susu ini mungkin kelihatan berwarna putih dan mungkin menyerupai jerawat.

Ruam susu biasanya terjadi kerana tindak balas alergi terhadap susu formula ataupun tindak balas hormon yang terdapat dalam susu ibu. Ia juga seringkali terjadi apabila bayi tidak dibersihkan selepas minum susu. Susu yang kering pada mulut atau pipi bayi memudahkan ruam susu pada bayi terjadi.

4. Milia

Milia merupakan bintik-bintik putih kecil yang terdapat di permukaan muka bayi terutamanya di bahagian hidung mereka. Ianya merupakan pori yang tersumbat, tidak gatal dan tidak berjangkit. Ruam ini biasanya akan hilang dengan sendiri setelah beberapa minggu.

5. Toksik Eritema

Toksik Eritema pula merupakan reaksi kulit merah yang berbintik-bintik. Ianya muncul di antara 2 hari dan 2 minggu selepas bayi lahir. Ciri-ciri seperti tompok rata, merah atau benjolan kecil akan mulai muncul di bahagian muka dan seterusnya merebak keseluruhan badan bayi.

Namun begitu, ruam ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi anda. Ianya juga tidak berjangkit dan akan hilang setelah beberapa hari atau seminggu.

6. Jerawat bayi

Jerawat yang terdapat di pipi dan hidung bayi ini akan tumbuh pada beberapa bulan pertama dalam kehidupan mereka. Ia memakan masa yang agak lama untuk hilang dengan sendiri tanpa apa-apa rawatan iaitu selama beberapa bulan dan ada diantaranya mengambil masa selama setahun untuk pulih.

7. Ruam lampin

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Ini Rupanya Cara Untuk Ajar & Latih Anak-Anak Makan Secara Sihat, Mudah Sahaja!
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

Ruam lampin merupakan keradangan kulit di kawasan lampin yang menyebabkan kulit bayi kelihatan merah, pedih, sakit dan juga meradang. Ianya terjadi disebabkan oleh beberapa perkara terutamanya air kencing atau najis yang merengsakan kulit bayi.

8. Erythema multiforme

Ianya merupakan jenis ruam bayi yang berpunca daripada jangkitan, ubat atau penyakit. Ruam jenis ini akan membuatkan kulit bayi timbul tompok merah pada tangan atau kaki mereka sebelum ianya merebak ke kedua-dua belah badan. Tompok ini tidak gatal tetapi ia akan timbul dan melepuh.

Sebelum ruam ini timbul, bayi anda mungkin akan mengalami demam atau kurang sihat. Ruam ini tidak berjangkit dan akan hilang dengan sendiri dalam 3 hingga 6 minggu.

Ruam yang mungkin akan menyebabkan kegatalan 

1. Ekzema

Ciri-ciri ekzema adalah kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah terutamanya di bahagian yang berlipat seperti lutut dan siku. Rawatan yang diberikan untuk masalah ruam jenis ini selalunya adalah dengan krim kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan serta pelembap bagi menghentikan kulit bayi menjadi kering.

Ianya merupakan ruam jangka panjang disebabkan beberapa penyebab seperti jangkitan virus, sabun dan klorin kolam.

2. Kurap (tinea)

Merupakan jangkitan kulit yang ringan dan berjangkit. Bayi yang menghidapinya akan dinaiki ruam merah seperti cincin dengan pusat yang jelas. Mudah merebak keseluruh badan dan kawasan yang paling kerap dijangkiti adalah kulit kepala, kaki dan juga pangkal paha bayi. 

3. Ruam Panas Bayi

Ruam panas bayi biasanya berlaku apabila mereka banyak bergerak atau berada di kawasan yang panas, mereka mungkin akan menghasilkan peluh yang banyak. Ini akan menyebabkan mereka mudah untuk mendapat ruam panas, terutamanya di kawasan yang beriklim panas.

Bayi dan kanak-kanak, mereka cenderungnya akan mempunyai suhu badan yang lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa. Ini kerana aktiviti mereka yang lakukan banyak pergerakkan seperti merangkak, berguling, bermain, berlari dan sebagainya akan menyebabkan mereka berpeluh dengan banyak.

Jadi jika ibu dan ayah melihat kulit bayi anda mempunyai benjolan kecil yang mungkin jelas dan kemerahan atau kegatalan atau rasa pedih, bayi anda mungkin mengalami ruam panas bayi.

Bahagian tubuh bayi yang paling mudah terkena ruam panas bayi adalah sekitar pelipat leher, lipatan siku dan lutut, ketiak dan bahagian dalam paha.

4. Impetigo

Merupakan jangkitan kuman pada kulit yang akan menyebabkan bayi anda mengalami luka merah dan lepuh yang membentuk kerak kuning. Kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun dan ianya tidak serius kerana perkara biasa bagi kanak-kanak yang mempunyai kudis.

Tetapi jika dihidapi oleh bayi baru lahir, ruam ini boleh membahayakan mereka. Sekiranya dinaiki ruam ini, berjumpalah dengan doktor. Rawatan yang diberikan selalunya adalah dengan krim antibiotik, salap atau pun tablet. Ianya akan hilang selepas 7 hingga 10 hari rawatan.

5. Hives (urticaria)

Ruam jenis ini pula adalah ruam yang timbul, merah dan gatal. Ianya akan timbul di mana-mana bahagian tubuh pada bila-bila masa dan selalunya kerap timbul di dada, perut dan belakang serta tekak. 

6. Pityriasis rosea

Ruam jenis ini biasanya akan muncul selepas sakit tekak, selsema atau demam. Ianya bermula dengan satu tompok merah jambu pada dada dan juga tompok merah bujur pula akan muncul di dada atau belakang dan anggota badan pada minggu yang seterusnya.

Sekiranya anda sedang hamil dan bersentuhan dengan kanak-kanak yang mengalaminya, dalam kes yang jarang berlaku boleh membawa kepada komplikasi. Oleh itu, lebih baik berjumpa dengan doktor sekiranya berlaku sentuhan.

7. Molluscum contagiosum

Molluscum contagiosum merupakan jangkitan kulit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui sentuhan kulit ke kulit atau dengan berkongsi tuala atau air kolam renang. Ianya seperti jerawat yang timbul menjadi putih mutiara bulat dan gatal.

Ruam bayi yang menyebabkan demam

1. Slapped cheek disease

Merupakan jenis ruam bayi yang berwarna merah terang pada kedua-dua pipi yang akan merebak sebagai ruam ‘lacy‘ pada badan dan anggota badan. Jika terkena wanita hamil, ianya boleh menyebabkan sejenis anemia kepada bayi yang belum lahir dan boleh menyebabkan keguguran.

2. Hand, foot and mouth disease (HFMD)

Ianya adalah penyakit virus yang ringan dan sangat mudah merebak. HFMD ini menyebabkan ruam seperti melepuh pada tapak tangan dan juga tapak kaki.

Untuk kes yang jarang berlaku, wanita hamil dengan imun badan rendah akan mendapat jangkitan pada otak, otot jantung dan keguguran.

3. Roseola infantum

Ruam jenis ini boleh menyebabkan gejala seperti selesema dan demam panas yang berlarutan selama beberapa hari serta sawan. Ruam akan mulai timbul dengan bintik merah jambu yang akan naik di bahagian dada, perut dan belakang serta merebak ke anggota badan. 

Bila Perlu Dapatkan Rawatan

Bayi yang baharu lahir kebiasaannya akan mudah terdedah dengan ruam pada hari atau minggu pertama kelahiran mereka disebabkan oleh kulit yang sensitif dan masih lagi belum serasi dengan persekitaran yang baharu. 

Sekiranya anda mendapati bayi kelihatan tidak sihat serta aktif atau jika anda berasa bimbang dengan ruam tersebut, anda harus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut.

Walaupun kebanyakan jenis ruam bayi adalah tidak berbahaya, tetapi perhatikan juga jika mereka mempunyai gejala seperti suhu tinggi yang berlarutan, selesema, batuk atau pun bengkak, anda perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Punca Ruam Pada Bayi

jenis ruam

Bagi bayi yang baru lahir, kulit mereka sangat baru dan sedang mengembangkan sistem imun tubuh badan mereka. Kulit mereka juga agak sensitif dan mudah terdedah kepada banyak sumber yang boleh menyumbang kepada kerengsaan atau jangkitan. Antara punca yang boleh menyebabkan ruam pada bayi adalah :

  • Haba atau Suhu Tinggi.

Hidup di kawasan yang beriklim panas memudahkan bayi untuk berpeluh dengan banyak. Ruam panas terjadi apabila saluran peluh dalam kulit tersumbat dan peluh terperangkap, menghasilkan benjolan berisi cecair pada kulit.

  • Alergik

Bayi mungkin alergi terhadap suatu makanan yang boleh mengakibatkan mereka mudah untuk mendapat ruam. Contohnya alergi terhadap susu formula, putih telur dan sebagainya.

  • Geseran

Kebiasaannya, benjolan atau ruam muncul di tempat yang terdapat geseran, seperti di mana satu bahagian badan bergesel dengan yang lain, atau apabila pakaian yang ketat bergesel dengan kulit.

  • Kelembapan

Terdedah kepada pakaian basah untuk satu tempoh yang lama memudahkan bayi untuk terkena ruam. Contohnya selepas makan atau minum pakaian bayi biasanya mudah basah, atau basah akibat lelehan air liur bayi ataupun peluh selepas aktif bermain.

  • Kuman, Virus dan Bakteria

Kuman, virus, fungi dan bakteria yang terdapat dalam cadar, bantal, permaidani dan barangan lain di dalam bilik juga merupakan terjadinya ruam pada bayi.

  • Wangian dan Produk Bayi

Minyak wangi, losyen bayi, sabun, syampu atau pencuci pakaian tertentu juga boleh menyebabkan munculnya ruam. Ini kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dan mudah alergi terhadap sesuatu wangian yang terdapat dalam produk bayi.

  • Fabrik

Kualiti fabrik yang digunakan dalam pakaian bayi boleh menjadi sebab lain untuk bayi terkena ruam. Pilih fabrik yang serap peluh seperti fabrik yang diperbuat daripada kapas untuk pakaian bayi.

  • Najis Bayi

Malah najis mereka sendiri boleh merengsakan kulit bayi dan menyebabkan ruam. Pastikan lampin bayi sentiasa kering. Cepat-cepat cuci bayi sekiranya bayi membuang air besar.

Ruam Bayi Apa Yang Normal dan Tidak?

ruam lampin, ruam lampin pada bayi, cara mencegah ruam lampin, merawat ruam lampin, cara merawat ruam lampin bayi, ruam lampin bayi

Walaupun pada kebiasanya ruam pada bayi adalah perkara normal dan seringkali terjadi pada bayi, namun ada kalanya ia merupakan petanda bahaya dan perlu dirujuk kepada doktor dengan kadar yang segera.

1. Apabila bayi mengalami ruam dan disertai oleh demam atau demam selepas terkena ruam, anda harus merujuk situasi ini kepada doktor dengan segera. Ini kerana dikwatiri bayi mungkin terkena jangkitan dan perlu dirawat.

2. Jika bayi mengalami ruam yang berterusan selama seminggu atau lebih dan tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan rumah (home remedies) yang telah ibu berikan. Atau jika ruam menyebabkan bayi anda kesakitan dan merengsa anda patut mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

3. Selain itu jika ruam bayi merebak dengan teruk dan membentuk sarang ruam (widespread hives), terutamanya disekitar mulut, atau ruam telah merebak dalam mulut dan diikuti dengan batuk, muntah, semput/lelah atau bayi mengalami gejala pernafasan yang lain segeralah membawa bayi ke bilik kecemasan. Ini mungkin tanda tindak balas alahan yang sangat serius yang dipanggil anafilaksis (anaphylaxis).

4. Peningkatan dalam lelehan air liur bayi juga seharusnya diberi perhatian kerana ia mungkin tanda-tanda bayi anda mengalami jangkitan. Jika bayi kelihatan gelisah, sukar tidur, kurang selera makan, sukar menelan dan jika ruam air liur bayi tidak pulih dan semakin teruk, menjadi berdarah dan menyakitkan segeralah dapatkan rawatan.

Sekiranya ruam tidak menyebabkan bayi kesakitan, merebak dengan lebih teruk, berdarah atau menyebabkan jangkitan lain ianya adalah normal. Selain itu, ruam biasa juga mudah dirawat dan boleh dielakkan sekiranya ibu dan ayah mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Cara Hilangkan Ruam Bayi

cara merawat ruam lampin

credit to sources

Ruam pada bayi adalah suatu perkara yang normal dan mudah untuk dirawat. Ibu dan ayah boleh lakukan perkara ini untuk menghilangkan ruam di muka dan pada tubuh bayi.

  • Lap mulut, pipi dan muka bayi selepas memberi mereka susu atau makan dengan mengunakan air yang bersih dengan lembut.
  • Pastikan kulit bayi sentiasa bersih dan kering. Kerap lap kulit bayi dengan air bersih dan kerap menukar pakaian bayi selepas memberi mereka makan atau bermain.
  • Pakaikan bayi dengan pakaian yang mudah menyerap peluh dan cepat kering seperti pakaian yang diperbuat daripada kapas.
  • Kerap tukar sarung bantal, sarung tilam, kain pelapik bayi dan selimut bayi untuk mengelakkan pertumbuhan kuman, bakteria atau virus yang boleh menyebabkan kulit bayi iritasi dan mendapat ruam. Pastikan kawasan bayi bermain dan tidur bersih.
  • Gunakan pencuci pakaian/detergent yang bebas kerengsaan atau detergen yang dirumus khas untuk bayi. Kurang bahan kimia
  • Pakaikan bayi pakaian yang sesuai mengikut keadaan cuaca untuk mengelakkan ruam panas bayi.
  • Perhatikan diet pemakanan bayi. Elakkan memberi bayi makan makanan yang memyebabkan mereka mendapat alergi makanan dan seterusnya menyebabkan bayi mengalami ruam.
  • Sekiranya bayi minum susu ibu, perhatikan juga reaksi alahan bayi terhadap diet pemakanan ibu. Singkirkan menu tertentu dari diet pemakanan ibu mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.
  • Gunakan losyen, sabun mandi dan syampu yang dirumus khas untuk bayi dan lembut pada kulit dan sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.
  • Meminimakan penggunaan puting bayi untuk mengelakkan geseran antara pipi bayi dengan puting atau tangan bayi dan seterusnya dapat mengurangkan mereka untuk mendapatkan ruam air liur bayi.
  • Periksa juga puting dan botol bayi untuk memastikan ianya tidak menyebabkan bayi anda mengalami iritasi. Puting bayi seharusnya dibersihkan dan disanitasi sekurang-kurangkan sekali dalam sehari untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria. Manakala botol bayi seharusnya dibersihkan pada setiap kali selepas penyusuan.
  • Gunakan krim atau losyen penghalang kulit bayi anda sekiranya perlu atau setelah mendapat saranan doktor. Jika kulit bayi anda tidak sensitif pengunaan krim perlindungan seperti petroleum jelly pada kawasan yang meradang mungkin dapat membantu mengatasi dan merawat masalah ruam bayi. Pastikan kulit bayi bersih dan kering terlebih dahulu sebelum menyapu apa-apa losyen atau ubatan. Ia juga membantu melindungi kulit daripada kerengsaan yang seterusnya.
  • Gunakan juga ubatan atau losyen seperti minyak kelapa dara, calamine lotion atau nappy rash cream sekiranya perlu.

Semoga dengan perkongsian ini, anda mendapat manfaat!

webmd.com (2021, Julai 23) Your Newborn’s Skin and Rashes www.webmd.com/parenting/baby/baby-skin-rashes

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Baca juga : Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

Baca juga : Krim Ruam Lampin Terbaik: 7 Jenama Hebat untuk Atasi Ruam Lampin Bayi

Baca juga : Bayi Sering Alami Ruam Lampin, Jom Beli 7 Nappy Cream Terbaik Ini Sebelum Kehabisan Stok!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aini Bakri

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Jenis Ruam Bayi Yang Biasa Berlaku Pada Bayi Baru Lahir, Ibu Ayah Please Take Note!
Kongsikan:
  • Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara Untuk Menghilangkannya

    Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara Untuk Menghilangkannya

  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

    Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

app info
get app banner
  • Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara Untuk Menghilangkannya

    Bulu Lebat Bayi Baru Lahir Dipanggil Lanugo,Ketahui 4 Cara Untuk Menghilangkannya

  • (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

    (Video) Panik Anak Terjatuh Dalam Tasik, Si Ayah Terus Terjun & Pantas Selamatkannya

  • Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

    Hentikan Trend Sengaja Takut-Takutkan Anak, Ia Meninggalkan Kesan Trauma Sepanjang Hidup Mereka

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.