X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jintan Manis Atau Jintan Putih? Jangan Tersilap Pilih, Ini Cara Mudah Membezakannya!

3 min bacaan
Jintan Manis Atau Jintan Putih? Jangan Tersilap Pilih, Ini Cara Mudah Membezakannya!

Jintan manis adalah sejenis rempah ratus yang sering digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa dan memiliki pelbagai khasiat kesihatan.

Jintan manis adalah salah satu rempah yang sering digunakan dalam masakan tradisional untuk menambah rasa unik dan aromatik. Selain memberikan cita rasa istimewa, ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Namun, ramai yang masih keliru antara jintan manis dan jintan putih.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Jintan Manis
  • Kegunaan Jintan Manis
  • Cara Bezakan Jintan Manis Dan Jintan Putih

Apa Itu Jintan Manis

Jintan manis atau nama saintifiknya Foeniculum vulgare adalah sejenis herba dari keluarga Apiaceae. Ia juga dikenali sebagai fennel dalam bahasa Inggeris.

Rempah ini berasal dari kawasan Mediterranean dan telah digunakan secara meluas dalam masakan serta perubatan tradisional di seluruh dunia.

Ciri-ciri utama:

  • Bijinya berbentuk lonjong dan berwarna hijau muda.
  • Aroma jintan manis lebih lembut dan manis berbanding jintan putih.
  • Selalunya digunakan dalam masakan kari, sup dan pencuci mulut.

Selain itu, ia kaya dengan nutrien seperti vitamin C, serat dan pelbagai jenis antioksidan yang baik untuk tubuh badan.

Kegunaan Jintan Manis

Jintan manis bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Antara kegunaannya selain digunakan dalam masakan ialah:

1. Meningkatkan Pencernaan

Ia terkenal dengan keupayaannya untuk mengatasi masalah pencernaan seperti kembung perut, sakit gastrik dan sembelit ringan. Kandungan semula jadinya membantu merangsang pengeluaran enzim pencernaan, sekali gus memudahkan proses pencernaan makanan.

Teh yang direndam menggunakan biji jintan ini bukan sahaja membantu melancarkan sistem pencernaan tetapi juga memberikan rasa lega kepada perut yang tidak selesa.

2. Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak

Rempah ini mengandungi sifat antimikrob dan anti-radang yang berkesan untuk melegakan batuk serta sakit tekak. Ekstrak jintan juga sering menjadi ramuan utama dalam ubat tradisional untuk:

  • Melonggarkan kahak.
  • Mengurangkan keradangan di saluran tekak.
    Ia juga membantu melindungi tekak daripada jangkitan kuman berulang.

3. Menyokong Kesihatan Wanita

Ia sangat bermanfaat untuk kesihatan wanita, terutamanya dalam mengawal hormon kerana kandungannya dipercayai dapat membantu mengimbangi hormon semasa menopaus, sekali gus mengurangkan gejala seperti panas badan dan mood tidak stabil.

Selain itu, ia dapat ramuan semula jadi ini sering dicadangkan kepada ibu menyusu untuk membantu meningkatkan penghasilan susu badan secara semula jadi.

4. Menambah Selera Makan

Aromanya yang harum dapat merangsang selera makan menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan.

Cara Bezakan Jintan Manis Dan Jintan Putih

Walaupun kedua-dua rempah ratus ini kelihatan hampir serupa, terdapat beberapa perbezaan ketara yang boleh membantu anda mengenal pasti keduanya.

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Jenis Jintan Manis Jintan Putih
Bentuk dan warna Bijinya berwarna hijau muda, lebih besar dan mempunyai bentuk lonjong. Bijinya lebih kecil, berwarna coklat muda hingga kelabu, dan berbentuk sedikit melengkung.
Aroma Mempunyai aroma manis dan sedikit pedas. Aromanya lebih tajam dan tidak semanis jintan manis.
Rasa Rasanya lebih lembut dan sedikit manis. Rasanya lebih kuat dan pedas.

Untuk memastikan anda tidak keliru dan tersalah pilih, semak dahulu label produk dengan teliti sebelum memutuskan untuk membelinya. Rempah ratus ini bukan sahaja menambah rasa dalam masakan tetapi juga memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Mungkin inilah bahan rahsia yang anda perlukan untuk menjadikan hidangan anda lebih istimewa! 

Healthline ,WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Baca juga: 10 Khasiat Daun Bawang Untuk Kesihatan Tubuh Badan Yang Ramai Tidak Tahu

Baca juga: Perbezaan Daun Kucai & Daun Bawang, Ketahui Khasiat, Fungsi & Kegunaannya Sebelum Tersalah Pilih, Ya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Jintan Manis Atau Jintan Putih? Jangan Tersilap Pilih, Ini Cara Mudah Membezakannya!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham