X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Pemilihan kasut ibu mengandung yang selesa boleh menjadikan postur badan menjadi lebih seimbang dan mengurangkan risiko terjatuh.

Pemilihan kasut sangat penting kerana ia merupakan pelindung kaki dan memberi keselesaan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan kaki anda boleh menyebabkan mudah cedera dan tidak selesa, jadi disebabkan itulah ibu hamil perlukan kasut ibu mengandung ini.

Ramai wanita gemar memakai kasut tumit tinggi namun bagaimana pula dengan ibu mengandung, adakah mereka boleh memakai kasut tumit tinggi?

Isi Kandungan

  • Impak Pemakaian Kasut Tumit Tinggi
  • Panduan Memilih Kasut Ibu Mengandung
  • 7 Kasut Ibu Mengandung Terbaik
  • Birkenstock
  • Medifeet
  • Crocs
  • Bata
  • Clarks
  • My Ballerine
  • Skechers

Impak Pemakaian Kasut Tumit Tinggi Ketika Hamil

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Kredit gambar: Baby Center

Secara amnya, kasut tumit tinggi tidak digalakkan untuk ibu hamil kerana boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit kaki, malah lebih teruk daripada itu. Dalam situasi biasa pun, penggunaan tumit tinggi sudah boleh mengubah postur badan dan tulang belakang anda apatah lagi dalam keadaan berbadan dua.

Walau bagaimanapun, pemakaian kasut tumit tinggi semasa trimester pertama tidak seharusnya menjejaskan kehamilan anda. Akan tetapi, semakin meningkat usia kandungan, dengan pertambahan berat dan kandungan, seharusnya anda perlu lebih menyeimbangkan badan, jadi dengan pemakaian kasut tumit tinggi hanya memburukkan lagi keadaan.

Memasuki trimester kedua, badan ibu hamil akan melepaskan hormon relaksin yang akan melonggarkan ligamen tubuh bagi membolehkan bayi anda melepasi pelvis dengan mudah. Ini juga bermakna pelvis, pinggul, dan sendi belakang anda cenderung untuk lari daripada kedudukannya. Tekanan tambahan pada sendi boleh menyebabkan sakit bahagian bawah di belakang.

Apabila ibu memakai kasut tumit tinggi, postur badan anda akan berubah sedikit, memberikan lebih banyak tekanan pada bahagian belakang badan, dan pada sendi lutut serta buku lali anda.

Ibu mungkin berasa tidak selesa apabila sudah dekat dengan due date. Malah ada juga ibu akan mengalami pening. Ini bermakna anda lebih cenderung untuk terjatuh semasa hamil, jadi memakai kasut tumit tinggi ketika ini sangat berisiko tinggi!

Bengkak pada kaki atau edema juga adalah simptom biasa terutamanya pada trimester ketiga anda. Ini akan menyebabkan kaki berasa tidak selesa jika memakai kasut tumit tinggi, terutamanya jika ibu berada di tempat kerja atau di acara keramaian.

Panduan Memilih Kasut Ibu Mengandung

Sebagai langkah keselamatan, elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi bagi mengelakkan risiko terjatuh. Terjatuh semasa hamil bukan sahaja boleh menyakitkan ibu, tetapi juga membahayakan kandungan. Jadi, fikir dua kali sebelum ibu bercadang memakai kasut tumit tinggi ya?

Ini antara panduan memilih kasut yang sesuai untuk para ibu hamil supaya selesa menjadikan postur badan lebih seimbang.

  • Tapak anti-licin – Ibu perlu menitik beratkan pemilihan kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin. Ini bagi mengelakkan ibu mudah tergelincir semasa berjalan.
  • Bertapak rendah dan rata – Sekiranya ibu membuat keputusan untuk membeli kasut sebegini, ia lebih bagus dan selamat terutama apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga kerana ketika ini kebanyakan wanita hamil akan berasa sukar untuk menyeimbangkan badan ketika berjalan sekiranya mereka memakai kasut bertumit tinggi.
  • Keselesaan – Kasut yang bertapak lembut dan bahagian insole yang lembut lebih selesa dipakai apabila berjalan. Jika perlu, ambil saiz yang lebih besar supaya ibu selesa memakai kasut tersebut. Semasa mencuba kasut, jalan beberapa kali supaya ibu benar-benar puas hati dengan keselesaan kasut tersebut.
  • Slip on – Kasut jenis ini lebih mudah disarung berbanding yang bertali atau mempunyai cangkuk terutama apabila perut semakin membesar, ibu mungkin sudah tidak mampu untuk menunduk untuk mengikat tali kasut.
  • Bergetah di bahagian belakang – Kalau ibu tak suka jenis kasut bersarung, ibu boleh pilih sandal yang bergetah di bahagian belakang supaya kulit di bahagian tumit tidak melecet malah ada sandal bertali getah boleh meregang mengikut saiz kaki kita. Jadi tidak ada masalah jika kaki ibu mengembang kerana bengkak.
  • Jenis terbuka – Ia lebih baik kerana selain kaki semakin mengembang, kaki sebenarnya perlukan ruang udara yang cukup untuk bernafas dengan baik. Ibu apabila memasuki trimester ketika selalunya akan cepat rasa panas dan berpeluh, jadi kaki juga akan berpeluh. Kasut jenis terbuka lebih baik untuk menangani masalah ini.

7 Kasut Untuk Ibu Mengandung Terbaik Yang Cantik Dan Selesa

Kasut Untuk Ibu Mengandung
product image
Birkenstock Gizeh Birko-Flor Women's Regular Width Sandals In Summer Floral Rose
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flip Flop
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Medifeet MC9042 Health Shoes
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Bertutup
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Crocs Women Tulum Sandal W Flame Red
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Sandal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Bata Comfit Women Brown Moccasins
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Slip On
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Clarks CraftCup Strap Rose Suede Womens Sport
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Gaya Sporty
more info icon
View Details
Beli di Zalora
product image
My Ballerine Amara Comfy Ballerina
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flat
more info icon
View Details
Beli di Zalora
product image
Skechers Girls Go Walk 5 Shoes
Kasut Ibu Mengandung Terbaik Pilihan Popular
more info icon
View Details
Beli di Shopee

Birkenstock Gizeh Birko-Flor Women’s Regular Width Sandals In Summer Floral Rose

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flip Flop

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Birkenstock adalah jenama selipar dan kasut premium yang terkenal dengan tapak kaki gabus dan getah berkontur yang sangat selesa dipakai pengguna. 

Jenama ini membuat sandal dan kasut yang dibuat dari kulit dan suede, serta reka bentuk mereka datang dalam gaya klasik, abadi dan dengan warna-warna hangat.

Salah satu sandal flip flop yang sesuai untuk ibu hamil adalah daripada siri Gizeh namun dalam sentuhan yang lebih elegan iaitu Gizeh Birko-Flor Women’s Regular Width Sandals In Summer Floral Rose.

Istimewa dengan gaya minimalis yang halus dan menampilkan sokongan alas kaki ikonik, versi ini menampilkan corak bunga yang menyeronokkan seperti bunga di padang rumput.

Tapak yang rata dengan insole ortopedik buatan tangan, semestinya jenama ini memberi keselesaan kepada si pemakai. Walaupun perlu berjalan atau berdiri dalam tempoh yang lama, ibu usah khuatir sandal ini tidak akan membuatkan kaki ibu sakit.

Meskipun harganya agak mahal, jika kita mempertimbangkan keselamatan ibu ketika memakainya serta keselesaan yang diberikan kepada kaki, harga ini agak wajar.

Apa yang kami suka :

  • Bahagian atas diperbuat daripada bahan sintetik Birko-Flor yang mesra kulit dan tahan lasak.
  • Alas kaki lateks gabus berbentuk anatomi
  • Lapik alas kaki: microfiber
  • Sole : EVA

Birkenstock Gizeh Birko-Flor Women's Regular Width Sandals In Summer Floral Rose

product imageBeli di Shopee

Medifeet MC9042 Health Shoes

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Bertutup

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Medifeet ialah pakar dalam kesihatan dan kesejahteraan kasut yang memerlukan penjagaan khas, termasuk kencing manis, artritis dan lain-lain jenis masalah kesihatan.

Menariknya, kasut Medifeet ini juga sesuai untuk wanita hamil yang memerlukan kasut yang lembut untuk menampung berat badan yang makin meningkat serta kaki yang makin membengkak.

Kasut Medifeet adalah sangat selesa dan tahan lama. Konsep yang diterapkan oleh Medifeet adalah kasut yang selesa dan sihat, tetapi masih mampu bergaya dengan cantik.

Jika ibu mencari kasut kerja yang bertutup, ibu boleh memilih Medifeet MC9042 Health Shoe ini yang menyediakan sokongan tumit, kusyen tambahan dan kestabilan, serta melegakan sakit kaki dengan sokongan lengkung.

Kekuatan kasut kesihatan ini terletak pada alas di bahagian dalam setiap ka­sutnya. Ia dilapik menggunakan komposit khas dikenali ‘poron’ yang bebas sepenuh­nya daripada getah dan PVC serta menepati ciri persekitaran hijau yang berfungsi untuk menyerap tekanan atau beban, sekali gus memudahkan pergerakan kaki ibu.

Apa yang kami suka :

  • Menyerap kelembapan, jadi kaki tak mudah berpeluh
  • Bertumit sedikit namun tumitnya lebar dan tidak terlalu tinggi.
  • Poron dengan anti kejutan – Menyediakan anti-kejutan maksimum yang melindungi kaki daripada hentaman melampau.
  • Mengurangkan sakit sendi, mengurangkan sakit tumit
  • Boleh berdiri dan berjalan lama

Medifeet MC9042 Health Shoes

product imageBeli di Shopee

Crocs Women Tulum Sandal W Flame Red

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Sandal

kasut ibu mengandung

Ramai yang gemar menggunakan kasut jenama Crocs kerana ia selesa dan tahan lasak malah tapaknya yang lembut dan ringan serta sokongan yang baik juga mengelakkan pemakai sakit kaki apabila berjalan jauh atau berdiri lama.

Kasut Crocs juga mempunyai pelbagai bentuk yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja jenis pakaian dan fesyen. Untuk ibu hamil juga ia sangat selesa untuk digayakan seperti sandal Crocs Women Tulum Sandal W Flame Red ini!

Memanfaatkan teknologi keselesaan asal jenama itu, Croslite sepenuhnya pada sandal ini, ia menjadikan sandal ini bukan sahaja cantik digayakan malah ringan dan mudah untuk dipakai.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan yang ringkas namun masih cantik
  • Mudah disarung
  • Lembut dan ringan
  • Pilihan warna yang menyeronokkan

Crocs Women Tulum Sandal W Flame Red

product imageBeli di Shopee

Bata Comfit Women Brown Moccasins

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Slip On

kasut ibu mengandung

Nak cari kasut yang tapaknya lembut, berkualiti, dan harganya yang berpatutan bukan mudah kan? Kebanyakan kasut jenis ini harganya sangat mahal dan yang murah pula tak tahan lama malah menyebabkan kaki semakin sakit.

Buat yang masih tidak tahu, Bata ada koleksi kasut yang sangat selesa dengan harga yang berpatutan iaitu koleksi Comfit. Sesuai sangat untuk ibu mengandung yang selalu sakit kaki.

Bukan sahaja selesa, rekaannya pun mengikut citarasa masa kini seperti Bata Comfit Women Brown Moccasins ini. 

Walaupun rekaannya tertutup separuh, ia tetap selesa apabila dipakai dan tapak kaki akan terasa lebih relaks dengan rekaan lubang-lubang kecil yang memberikan pernafasan kaki yang lebih baik.

Apa yang kami suka :

  • Mudah disarung
  • Boleh dipakai kasual atau bekerja
  • Tapak dan insole yang lembut
  • Harganya yang murah untuk kategori kasut kesihatan

Bata Comfit Women Brown Moccasins

product imageBeli di Shopee

Clarks CraftCup Strap Rose Suede Womens Sport

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Gaya Sporty

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Kebanyakan pengguna jenama Clarks tertarik dengan kesederhanaan dan keselesaan yang ditampilkan dalam setiap kasut mereka. Moden, minimalis, tetapi mereka menarik perhatian pengguna kepada kehalusan pembuatannya.

Jenama ini mengeluarkan produk yang diperbuat daripada fabrik semula jadi dengan menggunakan kaedah tradisional bahan pemprosesan. Walaupun benang digunakan untuk kasut pembuatan, hanya gentian asli sahaja menjadikan kasut ini benar-benar selesa untuk dipakai.

Untuk ibu hamil yang gemarkan gaya sporty, kami mencadangkan kasut Clarks CraftCup Strap Rose Suede Womens Sport tanpa tali dengan strap yang praktikal memudahkan ibu menggayakannya.

Menggunakan teknologi Cushion Plus, kasut yang mudah disarung ini sangat selesa, lembut pada tapak kaki, dan tidak akan membuatkan ibu tergelincir kerana tapaknya yang mampu mencengkam permukaan dengan baik.

Apa yang kami suka :

  • Tapaknya yang sedikit tebal tetapi masih rata
  • Rekaan yang estetik walaupun dalam gaya sporty
  • Menggunakan material yang membenarkan kaki bernafas dengan baik

Clarks CraftCup Strap Rose Suede Womens Sport

product imageBeli di Zalora

My Ballerine Amara Comfy Ballerina

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Jenis Flat

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

My Ballerine mendapat inspirasi daripada wanita masa kini dan menawarkan gaya yang membantu wanita menjalani hari mereka dengan mudah termasuklah untuk wanita hamil.

Label ini adalah tentang mengubah keselesaan kepada produk harian yang bergaya dan boleh dipakai dengan kualiti yang luar biasa pada harga yang berpatutan.

Salah satu kasutnya ialah Amara Comfy Ballerina iaitu kasut jenis flat yang sangat cantik apabila dipakai. Boleh dipakai pada bila-bila masa ketika keluar membeli-belah atau menghadiri majlis keramaian, keselesaan yang dititikberatkan jenama ini juga membantu ibu hamil mendapatkan kasut yang diingini mereka.

Tapak kasutnya juga adalah daripada material getah yang anti-gelincir, jadi ibu dapat mengelakkan berlaku kejadian yang tak diingini. Bila tak licin, berjalan pun akan jadi lebih selesa buat ibu mengandung.

Apa yang kami suka :

  • Harga yang berpatutan
  • Kasut sarung dan bertapak rata memudahkan anda kerana tidak perlu untuk membongkokkan badan ketika memakainya.
  • Rekaan yang comel sesuai untuk ibu-ibu muda
  • Keselesaan terjamin

My Ballerine Amara Comfy Ballerina

product imageBeli di Zalora

Skechers Girls Go Walk 5 Shoes

Kasut Ibu Mengandung Terbaik Pilihan Popular

kasut ibu mengandung

Jenama terkemuka dalam teknologi kasut, Skechers sememangnya terkenal dalam kalangan peminatnya terutamanya di Malaysia dengan keselesaan yang optimum.

Siri Go Walk, dengan inovasi yang akan menjadikan pergerakan anda ketika berjalan kaki lebih mudah sepanjang hari turut dilengkapi bahan terbaik, cushioning midsole (bahagian tengah) yang sangat ringan.

Pada bahagian luar kasut pula, ia dilengkapi dengan Hyper Pillars direka dengan foam Hyperburst untuk menjadikan setiap langkah pemakainya menjadi lebih cekap, nyaman dan mudah.

Menariknya lagi, pembuatan kasut ini juga turut mengambil kira cuaca di Malaysia jadi ibu tak usah risau kaki berpeluh ya?

Apa yang kami suka :

  • Kolar berlapik lembut untuk keselesaan berganda.
  • Rekaan slip on mudah untuk berjalan dalam tempoh lama.
  • Lapisan panel tumit sintetik untuk kestabilan tambahan.

Skechers Girls Go Walk 5 Shoes

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Kasut Untuk Ibu Mengandung

Jenama

Harga

Birkenstock Gizeh Birko-Flor Women’s Regular Width Sandals In Summer Floral Rose

RM476.10

Medifeet MC9042 Health Shoes

RM259

Crocs Women Tulum Sandal W Flame Red

RM299

Bata Comfit Women Brown Moccasins

RM79.99

Clarks CraftCup Strap Rose Suede Womens Sport

RM529

My Ballerine Amara Comfy Ballerina

RM79.90

Skechers Girls Go Walk 5 Shoes

RM239

Tip Melegakan Kaki Penat Ketika Hamil

Lupakan Sekejap Kasut Tumit Tinggi, 7 Kasut Ibu Mengandung Ini Tetap Stylish Dan Paling Penting Selesa!

Cramp atau kekejangan sering menyerang ibu hamil di bahagian kaki. Selain kekejangan, wanita hamil juga mudah berasa lenguh pada kaki terutamanya pada jika berjalan dalam tempoh yang lama.

Punca utama masalah ini adalah kerana kekurangan nutrien seperti magnesium, kalsium dan garam mineral serta kekurangan cecair dalam tubuh.

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil mudah diserang lenguh kaki atau restless leg syndrome. Antaranya tekanan pada rahim, berdiri atau duduk terlalu lama, pemilihan kasut yang salah dan pengaruh hormon kehamilan.

Ibu boleh mencegahnya dengan melakukan beberapa tip di bawah;

  • Urutan – Apabila diserang kekejangan, luruskan dan gerak-gerakkan kaki serta hujung jari. Seeloknya pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit pula mengarah ke bawah supaya otot betis berasa lega. Seterusnya, urut betis perlahan-lahan ke arah bahagian bawah kaki.

  • Rendaman air suam – Ibu juga boleh cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas. Perubahan suhu ini dapat menjadikan otot lebih relaks dan mengurangkan rasa sakit pada kaki.

  • Senaman regangan – Sejak mengandung, mungkin ibu-ibu berasa lebih sukar untuk bergerak dan cepat letih. Namun, tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana kurangnya pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang kekejangan dan lenguh-lenguh.

  • Betulkan postur – Pastikan postur sentiasa dalam keadaan optimum. Semasa duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh. Ketika tidur, gunakan bantal tambahan agar tubuh berasa lebih selesa. Contohnya, letakkan sebiji bantal pada kaki untuk menopangnya.

  • Minum air kosong secukupnya – Sekiranya anda jarang mencukupkan keperluan air kosong sebanyak 8-12 gelas sehari, inilah masanya untuk anda berbuat demikian.

  • Utamakan diet seimbang – Kekurangan magnesium, kalsium, dan garam galian boleh menjadi punca utama anda sering merasa lenguh dan cramp kaki ketika hamil. Ubah gaya pemakanan anda kepada makanan yang bernutrisi tinggi, terutamanya kalsium dan magnesium. Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah-buahan, dan gantilah snek yang tidak berkhasiat dengan kekacang seperti almond, badam, dan pistachio.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Ke Pakai Kasut Tumit Tinggi Masa Hamil? – Ini Panduan ‘Dress Code’ Untuk Bakal Ibu

Baca juga: Seksanya Sakit Belakang & Bengkak Kaki Ketika Hamil, Cuba 13 Tips Mujarab Ini!

Baca juga: Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

    Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

  • Bahaya Ibu Hamil Ada Anxiety Semasa Kehamilan, Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang

    Bahaya Ibu Hamil Ada Anxiety Semasa Kehamilan, Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang

  • Warna Puting Berubah Gelap Ketika Hamil, Rupanya Ini Puncanya

    Warna Puting Berubah Gelap Ketika Hamil, Rupanya Ini Puncanya

  • Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

    Jangan Biar Anak Pilih Sendiri Beg Sekolah, Ini Senarai Bag Galas Sekolah Terbaik Untuk Kesihatan Tulang Belakang

  • Bahaya Ibu Hamil Ada Anxiety Semasa Kehamilan, Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang

    Bahaya Ibu Hamil Ada Anxiety Semasa Kehamilan, Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang

  • Warna Puting Berubah Gelap Ketika Hamil, Rupanya Ini Puncanya

    Warna Puting Berubah Gelap Ketika Hamil, Rupanya Ini Puncanya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.