Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!

Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!

Keputihan semasa mengandung yang tidak normal mungkin tanda jangkitan vagina yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera agar tidak beri kesan pada janin

Keputihan semasa mengandung sering menjadi perkara yang membimbangkan dan ramai ibu hamil akan tertanya-tanya tentang hal ini. Sebenarnya, keputihan semasa hamil adalah perkara yang normal.

Tetapi jika keputihan itu juga disertai dengan gatal-gatal, rasa panas pada kulit semasa kencing, berwarna lain dan berbau kuat, ibu hamil mungkin mengalami jangkitan vagina dan memerlukan rawatan.

Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Punca keputihan semasa hamil
  • 3 Jenis keputihan semasa hamil yang tidak normal
  • Langkah penjagaan sekiranya ibu mengalami masalah keputihan
  • Makanan yang membantu masalah keputihan

Punca keputihan semasa hamil

Salah satu tanda awal kehamilan adalah perubahan dalam keputihan, dan keadaan ini akan berterusan sepanjang kehamilan. Apabila seorang wanita hamil, farajnya sebahagian besarnya mempunyai 'personaliti' tersendiri, kata Dr Sheryl Ross, pakar OB-GYN dan kesihatan wanita di Pusat Kesihatan Providence Saint John di Santa Monica, California.

Keputihan normal, yang dikenali sebagai leukorea, adalah nipis, jernih atau putih susu, dan berbau lembut. Perubahan dalam keputihan boleh bermula seawal satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, walaupun sebelum anda terlepas haid.

Apabila kehamilan anda meningkat, cecair ini biasanya menjadi lebih ketara, dan ia paling berat pada penghujung kehamilan anda. Anda mungkin mahu memakai pelapik seluar dalam tanpa wangian. Elakkan penggunaan tampon semasa mengandung.

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, anda juga mungkin perasan bahawa lelehan anda mengandungi jaluran lendir tebal dengan jaluran darah, yang dipanggil "tunjuk". Ini adalah tanda awal bersalin dan tidak boleh mencemaskan.

3 jenis keputihan semasa hamil yang tidak normal

Keputihan ketika hamil #1 Bacterial vaginosis

Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!

Walaupun penyebab sebenar jangkitan ini tidak diketahui, tetapi seperti jangkitan kulat yang lain, bakteria akan berkembang dengan banyak di dalam vagina.

Jangkitan ini sering berlaku kepada mereka yang mempunyai lebih daripada satu pasangan atau selalu melakukan hubungan seks oral.

Tanda-tanda: jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna kelabu, berair dan berbau hanyir. Tetapi hanya sesetengah pesakit akan menunjukkan kesemua tanda-tanda ini.

#2 Trikomoniasis

keputihan semasa hamil, keputihan ketika hamil, keputihan semasa mengandung, keputihan ketika mengandung, jenis-jenis keputihan wanita, keputihan, keputihan wanita, keputihan berbau, jenis-jenis keputihan, keputihan pada wanita, masalah keputihan

Ini adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh organisma protozoa dan boleh tersebar melalui hubungan seks.

Protozoa boleh bertahan selama 24 jam di tempat yang lembap seperti tuala basah, atau peralatan mandi lain yang boleh menjadi tempat organisma ini berkembang.

Tanda-tanda: keputihan semasa mengandung yang berbuih atau berbutir putih, keputihan berketul, keputihan kuning atau hijau, berbau dan dalam jumlah yang banyak, disertai dengan keradangan di dalam vagina, air kencing yang banyak dan gatal-gatal.

#3 Vaginitis monilia

Adalah normal untuk mempunyai sedikit kulat dalam vagina wanita. Tetapi apabila ibu hamil mendapat jangkitan monilia, kulat ini akan berkembang dalam kuantiti yang banyak sehingga menjejaskan keseimbangan pH di dalam vagina. 

Jangkitan ini tidak disebabkan oleh hubungan seks tetapi lebih kepada akibat stress, ubat perancang oral, penyakit kencing manis ketika hamil atau penggunaan antibiotik.

Tanda-tanda: Jumlah keputihan semasa mengandung yang banyak, keputihan berwarna putih dan kenyal, seperti keju lembut, rasa gatal dan rasa panas di vagina.

Langkah-langkah penjagaan jika ibu mengalami keputihan semasa mengandung

Ibu hamil mesti berhati-hati dengan jangkitan keputihan jenis ketiga iaitu vaginitis monilia kerana jika dibiarkan, jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pramatang, ketuban pecah awal atau memberi kesan kepada berat badan bayi.

Oleh kerana keputihan semasa mengandung adalah perkara yang normal, ia adalah hampir mustahil untuk menghilangkan keputihan sepenuhnya.

Jika anda sedang mengalami keputihan semasa mengandung yang tidak normal, dan menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, juga dengan doktor untuk pengesahan yang tepat.

keputihan semasa hamil, keputihan ketika hamil, keputihan semasa mengandung, keputihan ketika mengandung, jenis-jenis keputihan wanita, keputihan, keputihan wanita, keputihan berbau, jenis-jenis keputihan, keputihan pada wanita, masalah keputihan

Ibu hamil boleh mengurangkan peluang berlakunya jangkitan akibat keputihan semasa hamil yang tidak normal dengan cara-cara berikut:

  1. Jagalah kesihatan, makan makanan yang berzat dan dapatkan rehat yang cukup
  2. Jaga kebersihan kawasan vagina dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan kering
  3. Gunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas
  4. Lapkan vagina dari depan ke belakang
  5. Elak dari menggunakan pantyliner dengan wangian
  6. Hanya mengambil ubat yang selamat mengikut sukatan yang betul
  7. Elak dari melakukan hubungan seks sehingga jangkitan vagina sudah sembuh. Jangan garu dan jangan cuci vagina dengan menggunakan sabun.

Makanan yang boleh membantu masalah keputihan

  • Buah-buahan sitrus boleh membantu meneutralkan cecair yang dikeluarkan faraj. Malah ia juga boleh membuatkan bahagian intim anda kurang berbau. 
  • Elakkan makanan pedas. Sebaiknya ambil makanan yang bersup dan mengandungi bahan yang mampu mencuci dalaman wanita, seperti serai, kunyit. Tambahkan dalam masakan anda!
  • Sayuran memang dapat membantu cecair menjadi lebih jernih dan kurang berbau. Sayuran hijau seperti brokoli, sawi, bendi. Malah sayuran segar seperti taugeh juga bagus!
Semoga artikel ini membawa manfaat untuk anda yang tengah hamil.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!

Baca juga: Ini 9 Ketidakselesaan Ibu Hamil Hadapi Semasa Kehamilan Trimester Kedua, Ini Cara Atasinya!

Baca juga: 10 Menu Diet Ketika Trimester Ketiga, Penting Untuk Tumbesaran Bayi Yang Sihat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!