Ini Apa Berlaku Pada Bayi Jika Anda Minum Air Gas Semasa Hamil

lead image

Adakah anda sedang mengandung dan teringin atau suka minum air gas? Ketahui kesan minum air gas ketika awal kehamilan ini dulu sebelum minum!

Ibu mengandung biasanya akan mengidam makanan atau minuman manis. Ini termasuklah air gas. Tapi, apa kesan minum air gas ketika awal kehamilan?

Kajian mendapati wanita mengandung yang minum air gas dengan banyak berkemungkinan untuk melahirkan bayi pramatang.

Kajian: Kesan minum air gas ketika awal kehamilan menyebabkan kelahiran pramatang

src=https://shawglobalnews.files.wordpress.com/2018/02/newborn baby.jpg?quality=70&strip=all&w=720&h=480&crop=1 Ini Apa Berlaku Pada Bayi Jika Anda Minum Air Gas Semasa Hamil

Menurut Reuters, pengkaji telah mengkaji lebih 60,000 wanita mengandung di Norway dan menemui mereka yang minum air gas bergula ada 25% risiko untuk melahirkan anak pramatang dari mereka yang tidak minum air bergula.

Wanita yang minum air gas dengan bahan pemanis tiruan berbanding gula pula mempunyai 11% risiko untuk melahirkan bayi pramatang.

Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan, kandungan gula yang tinggi dalam minuman adalah punca terjadinya kelahiran pramatang.

Faktor gaya hidup seperti makan makanan yang tak sihat, merokok atau minum alkohol boleh menjadi punca kelahiran pramatang juga.

Kajian menemui, wanita mengandung yang minum air gas dengan kandungan gula yang tinggi selalunya akan merokok dan makan makanan yang tak berkhasiat.

Kesan minum air gas ketika awal kehamilan: Kandungan air gas bahaya untuk kandungan dan bayi

src=http://talkcitee.com/wp content/uploads/2018/09/7 reasons why you should avoid soft drinks.jpg Ini Apa Berlaku Pada Bayi Jika Anda Minum Air Gas Semasa Hamil

Air gas adalah minuman yang dibuat dari campuran pelbagai bahan. Ini adalah beberapa bahan dalam air gas yang boleh memberikan kesan pada kandungan dan bayi anda.

1. Kafein

Air gas mengandungi kandungan kafein yang tinggi dan boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh menyebabkan insomnia serta sembelit dan dehidrasi yang berbahaya untuk perkembangan saraf dan motor bayi dalam kandungan.

Pengambilan kafein lebih dari 300mg sehari boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan lebih dari 500mg sehari pula boleh menyebabkan pernafasan tinggi dan degupan jantung kronik pada bayi selepas lahir.

2. Gula

Paras insulin yang baik dan setara adalah penting untuk perkembangan bayi. Gula yang terdapat di dalam air gas boleh meningkatkan paras gula dan membuatkan paras insulin naik mendadak.

3. Air berkarbonat

src=https://ucarecdn.com/0fc74cf5 6048 4594 bcac dad6c47c12ca/ /format/auto/ /stretch/off/ /resize/3000x/ /quality/lighter/ Ini Apa Berlaku Pada Bayi Jika Anda Minum Air Gas Semasa Hamil

Air gas diperbuat dari pengkarbonat air tekanan tinggi dan karbon dioksida. Air berkarbonat di dalam air gas ini mengandungi karbon dioksida sebagai bahan utama yang menyebabkan buih di dalam air gas.

Air bekarbonat ini akan masuk ke dalam saluran darah dan mengambil kalsium dari tulang. Ini membuatkan anda sukar untuk menampung perut dan menyebabkan sakit belakang.

4. Pemanis tiruan

Air gas tanpa gula mengandungi bahan yang lebih berbahaya, pemanis tiruan.

Pemanis tiruan yang digunakan untuk membuat air gas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi jika diambil secara berlebihan. Minum air gas tanpa gula lebih bahaya dari air gas biasa.

5. Perasa

Beberapa produk air gas mungkin tak mengandungi kafein, tapi ia mempunyai perasa yang memberikan warna dan rasa pada air gas.

Asid fosforik adalah salah satu perasa yang digunakan dalam air gas. Asid ini akan mengambil kalsium dari tulang anda dan buatkan tulang anda rapuh.

Walaupun kaitan antara air gas dan bayi lahir pramatang masih kurang jelas, lebih baik ibu mengandung elak dari minum minuman bergas ini dari mengambil risiko.

Ini kerana secara keseluruhannya, air gas mempunyai kesan-kesan buruk untuk kesihatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parents.com, Firstcry.com

Baca juga:

Ibu, tahu tak BAHAYA minum kopi ketika mengandung? Ini nasihat pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!