Mahu Anak Cepat Tangkap Bila Belajar, Kena Pastikan Anak Sentiasa Sihat, Ini Caranya!

Melihat anak anda membesar dengan bijak dan sihat sambil mencapai satu demi satu tahap perkembangannya memang satu pengalaman yang sangat berharga, dan segalanya bermula dengan kesihatan yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa sering mengeluh tentang betapa cepatnya anak mereka membesar, bukan? Kadang-kadang terasa seperti anak-anak kecil ini membesar dalam sekelip mata!

Mereka banyak belajar perkataan baharu, cara bertutur dan pelbagai kemahiran baharu dengan cepat di tahun-tahun awal mereka kerana pada fasa inilah mereka berkembang dan belajar pada kadar paling pantas.

Inilah sebabnya mengapa anda harus jadikan kesihatan anak yang sedang membesar satu keutamaan.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sihat merupakan pelajar yang lebih baik. Sekiranya anak anda sering jatuh sakit dan tidak dapat hadir ke sekolah, lama-kelamaan dia akan ketinggalan di belakang rakan-rakannya.

Anak-anak belajar melalui bermain dan banyak yang perlu mereka terokai pada tahun-tahun formatif mereka, jadi jika anda ingin anak anda terus berkembang dan belajar dengan baik, semaikanlah cara hidup sihat pada anak anda mulai sekarang. 

Sebelum itu jom jawab poll di bawah dan anda berpeluang mengumpul mata!

 5 Cara Untuk Menjaga Kesihatan Anak Anda

Kanak-kanak paling gembira ketika mereka kuat dan sihat kerana mereka dapat bermain dan belajar bila-bila masa, di mana sahaja! Jadi, wajarlah sekiranya kita berusaha untuk mengurangkan hari sakit mereka, kan? Jom ikuti 5 tip mudah berikut untuk menjaga kesihatan anak anda:

1# Amalkan tabiat tidur yang baik

Kredit: iStock

Menurut pakar, kanak-kanak yang kurang tidur bukan sahaja mudah dijangkiti virus dan bakteria, malah sering juga mengalami masalah perilaku dan pembelajaran. Terangkan kepentingan tidur yang cukup kepada anak anda – ketika kita tidurlah badan kita berehat dan memperbaiki sistem tubuh untuk berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.

Cuba amalkan rutin waktu tidur yang teratur, misalnya, mandi-membaca buku cerita-tidur – ini membantu anak anda merasa bersedia untuk tidur. Selain daripada itu, anda juga dapat menolong anak anda tidur lebih nyenyak dengan meluangkan “masa bertenang” bersama-sama sebelum tidur dengan membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan, dan untuk anak-anak yang lebih tua, pastikan tidur siangnya tidak terlalu lama.

Oh, dan jauhi coklat dan gula-gula pada waktu malam juga!

2# Amalkan rutin kebersihan diri yang baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Sentiasa ingatkan anak anda tentang kepentingan kebersihan diri pada setiap masa, walaupun dah berbuih mulut anda mengatakan perkara yang sama. Ini kerana kebersihan diri yang baik ialah perlindungan TERBAIK daripada virus, kuman dan apa saja jangkitan.

Amalan membasuh tangan telah terbukti berkesan dalam mengelakkan penyebaran kuman, jadi ibu, pastikan sabun pencuci dan pensanitasi tangan sentiasa ada dalam beg sekolah anak anda, ya? 

3# Seimbangkan masa bermain di dalam dan di luar rumah 

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun pada musim pandemik ini adalah lebih selamat untuk duduk di rumah sekerap mungkin, anak-anak anda masih perlu menikmati aktiviti di luar rumah selama beberapa jam setiap hari, namun dengan pengawasan yang ketat, ya?

Duduk di rumah tidak bermaksud anak anda harus membaca buku sahaja sepanjang hari kerana sebenarnya terdapat banyak perkara yang dapat mereka pelajari daripada menghabiskan masa dengan anda, misalnya, menolong anda memasak di dapur, membantu anda dengan pelbagai tugas (jadikan tugasan harian satu permainan dengan cabaran yang menyeronokkan!) dan sebagainya.

Ini membuatkan mereka rajin bergerak dan mengajar mereka sedikit sebanyak tentang tanggungjawab. Apabila tiba masanya untuk bermain di luar, biarkan mereka bebas bergerak – berlari, melompat, memanjat dan menunggang basikal – ini adalah cara yang berkesan untuk mereka bersenam agar menjadi kuat dan sihat! 

4# Minum air secukupnya

Kredit: iStock

Satu lagi peringatan yang amat penting! Air membantu kita kekal terhidrat, membantu badan kita membuang toksin, mengekalkan suhu badan, memberikan tenaga, menyokong fungsi otak dan banyak lagi! Berikan anak anda botol air yang menyeronokkan supaya dia berasa teruja untuk minum air sepanjang hari. Rajin minum air, baru cool selalu!

5# Sediakan diet yang seimbang dan penuh nutrisi

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan nutrien yang mencukupi setiap hari untuk mencapai pertumbuhan yang optimum. Berikan pelbagai jenis makanan kepada anak anda supaya dia mengenali pelbagai jenis rasa dan tekstur yang berbeza.

Memberi makanan seimbang kepada anak anda sejak kecil adalah penting untuk memastikan dia mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain yang penting untuk pertumbuhan badan dan perkembangan otaknya. Diet yang baik juga menyokong kemampuan anak anda untuk belajar.

Nutrien Yang Menyokong Anak Anda Untuk Bijak Belajar

Melihat perkembangan positif si kecil anda dari hari ke hari membuatkan anda ingin melakukan lebih lagi untuknya, bukan? Jadi, apa kata anda bantu anak anda meningkatkan  lagi kemampuan belajarnya dengan memberikan nutrien-nutrien penting yang telah terbukti dapat menguatkan sistem pertahanan badan dan menyokong perkembangan otaknya?

Memperkenalkan Similac Gain Plus® Gold dengan 2’-FL + Nukleotida & Sistem Nutrisi Eye-Q!

Apa itu 2’-FL?

  • formulasi yang dihasilkan secara saintifik yang dapat menyokong sistem pertahanan badan anak anda dan kemampuannya untuk belajar dengan lebih pantas. 
  • merupakan satu prebiotik yang mampu “mengacah” bakteria, mengurangkan kemungkinannya untuk melekat pada tubuh.¹

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahawa 2’-FL sebagai satu prebiotik yang membantu melindungi tubuh badan anak anda daripada risiko jangkitan penyakit. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2’-FL & Nukleotida Untuk Badan Yang Kuat

2’-FL membantu menguatkan sistem pertahanan badan anak anda dengan menyokong kesihatan ususnya. NUKLEOTIDA pula merupakan asas kepada DNA, yang membantu menguatkan anak anda dari dalam. 

Anda sudah tahu apa yang diperlukan untuk membantu menguatkan sistem pertahanan badan anak anda, jadi sekarang lengkapkan nutrisi untuk perkembangan otaknya pula dengan SISTEM NUTRISI EYE-Q®!

SISTEM NUTRISI EYE-Q® ialah gabungan unik daripada Lutein, Vitamin E Asli & DHA yang penting untuk perkembangan otak secara keseluruhan, bagi menyokong kepantasan belajar kanak-kanak. 

Ramai ibu telah mencuba dan percaya bahawa Similac Gain Plus® Gold telah membantu anak-anak mereka kekal kuat dan sihat serta pantas belajar. Lihat apa kata mereka sendiri dalam video ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Ingin melihat anak anda terus membesar dengan cemerlang dan menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin? Pastikan anak anda sentiasa sihat dengan mengamalkan tip-tip yang kami berikan di atas dan bantu anak anda menguatkan sistem pertahanan badan juga perkembangan otaknya dengan 2’-FL + Nukleotida & Sistem Nutrisi Eye-Q® yang terdapat di dalam Similac Gain Plus® Gold kerana KANAK-KANAK SIHAT LEBIH PANTAS BELAJAR, SEMAKIN CERDAS SETIAP HARI

Klik di sini untuk mencuba Similac Gain Plus® Gold hari ini!

Rujukan:

  1. Bode L et.al. Glycobiology 2012;22(9):1147-62.
  2. Goehring KC, et al. J Nutr. 2016 Dec; 146(12):2559-2566. Epub 2016.
  3. Pickering LK, et al. Pediatrics. 1998; 101(2):242-249

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jenis Mainan Puzzle Yang Sesuai Untuk Anak 2-4 Tahun, Bukan Sahaja Menyeronokkan, Malah Bagus Untuk Perkembangan Anak!