Menurut laporan oleh Harian Metro, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 telah memutuskan bahawa anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia tidak berhak mendapatkan kewarganegaraan dari segi undang-undang.
Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Kamaludin Md Said membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Anak yang lahir di luar negara tidak layak dapat kewarganegaraan Malaysia
Keputusan majoriti itu telah dipersetujui oleh Hakim Kamaludin dan Hakim Datuk Azizah Nawawi, manakala Datuk S. Nantha Balan membantah.
Sebelum ini, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dengan anak kelahiran luar negara, pada 9 September 2021, telah berjaya dalam tuntutan mereka di Mahkamah Tinggi terhadap ketiga-tiga perayu.
Dalam membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, Hakim Kamaludin berkata, perkataan ‘bapa’ dalam Seksyen 1 (b) dan 1 (c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan bermaksud bapa kandung, ia tidak boleh ditafsirkan untuk memasukkan ibu atau ibu bapa.
Sebaliknya, Mahkamah Tinggi dalam keputusannya untuk membenarkan kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan melalui peruntukan undang-undang di bawah Perkara 12 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa perkataan ‘bapa” dalam Seksyen 1 (b) hendaklah merangkumi ibu.
Hanya Parlimen yang meminda perlembagaan, bukannya mahkamah
Hakim Kamaludin bagaimanapun berkata, perkataan ‘bapa’ dalam Perkara 14 (1) (b) dan peruntukan berkaitan dengannya dalam Jadual Kedua adalah jelas dan tidak boleh ditafsirkan untuk memasukkan ‘ibu’.
”Hanya Parlimen yang boleh meminda Perlembagaan, bukan mahkamah untuk meminda perlembagaan. Mahkamah tidak boleh sesuka hati mengubah Perlembagaan.”
”Oleh itu rayuan kerajaan dibenarkan tanpa perintah mengenai kos, manakalah keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.” jelasnya.
Nantha Balan berkata, status undang-undang semasa keturunan ibu dibuat seolah-oleh lebih rendah tarafnya daripada bapa.
Katanya, Perkara 14 Perlembagaan yang membenarkan anak di luar persekutuan mendapat kewarganegaraan, bersifat diskriminasi kerana melanggar peruntukan kesamaan.
Tegasnya lagi, tindakan menafikan kerakyatan juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang turut diiktiraf Malaysia.
Ini bermaksud keputusan hari ini memihak kepada kerajaan, menteri dalam negeri, ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang menjadi perayu serta responden dalam dua kes.
Tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kerajaan perlu memberi kerakyatan kepada anak yang dilahirkan ibu rakyat Malaysia di luar negara kerana istilah ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan perlu merangkumi ibu.
Dalam membenarkan beberapa relief pengisytiharan yang dimohon sebuah NGO dan enam ibu bahawa peruntukan mengenai kewarganegaraan dalam Perlembagaan bersifat diskriminasi, Hakim Akhtar Tahir berkata mereka berhak mendapat kerakyatan mengikut undang-undang.
Dalam kes kedua pula, Mahisha Sulaiha yang dilahirkan di India oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga India, merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 202o yang memihak kepada kerajaan dalam permohonannya untuk menjadi warganegara Malaysia.
Ibu bimbang nasib anak yang tiada status kewarganegaraan, banyak urusan menjadi sukar
Pada September tahun lalu, seorang penyanyi, Loca B meluahkan rasa kecewanya apabila berdepan kesukaran mendapatkan kewarganegaraan buat anaknya yang lahir di luar negara tahun 2016.
Dia turut terkejut apabila mendapat tahu tiada hak sebagai wanita warganegara Malaysia untuk turunkan kewarganegaraan kepada anaknya.
Lebih sukar lagi, selepas berkahwin dia perlu memperbaharui visa yang memerlukan surat hak penjagaan anak dan temu janji mahkamah telah berpindah sebanyak tiga kali.
Kongsinya lagi, dia dan kaum ibu yang lain terpaksa berada dalam situasi sebegitu disebabkan oleh kerajaan memilih untuk interpretasi undang-undang.
Proses daftar sekolah anak terhalang bila tiada warganegara Malaysia
Kosmo melaporkan pada Disember tahun lalu, seorang ibu tunggal bimbang nasib yang bakal dihadapi anaknya, Keisha Zahra, 6 tahun berikutan masih belum menerima status taraf kewarganegaraan Malaysia.
Dia dalam dilema mengenangkan keadaan anak yang bakal memulakan persekolahan tahun satu. Difahamkan dia mengambil keputusan pulang ke Malaysia dari Adelaide, Australia bersama anak tunggalnya selepas bercerai dengan bekas suami pada 2018.
”Apa yang meresahkan saya adalah status warganegara anak yang masih tergantung setelah memohon pada 24 Disember 2019,” jelasnya.
Justeru dia merayu kepada pihak yyang terlibat untuk mempercepatkan permohonannya bagi melancarkan urusan persekolahan anak.
Kesimpulannya, tiada kewarganegaraan Malaysia boleh menyebabkan seseorang dinafikan akses kepada pendidikan dan hak mendapatkan perkhidmatan di fasiliti awam seperti hospital. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jantung Bayi Lemah Disyaki Tertelan Najis, Ibu Pasrah Diuji Kehilangan Selepas 40 Hari
Baca juga: Rasa Kepala Baby Dah Kat Bawah, Wanita Bersalin & Sambut Anak Sendiri Dalam Kereta
Baca juga: Lepas Bersalin, Ramai Ibu ‘Taubat’ Tak Nak Tambah Anak Lagi, Tapi Tak Sampai Setahun Dah Keluar Baby Baharu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!