Ketika melalui setiap fasa kehamilan, ibu-ibu disarankan untuk sentiasa menjaga pemakanan seimbang bagi mengekalkan kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Selain makanan berat, anda boleh mengambil buah-buahan sebagai snek. Khasiat buah tembikai dikatakan mampu mengelakkan dehidrasi serta alahan teruk.
Sebenarnya sangat rugi jika anda tidak mengamalkan buah tembikai ketika hamil. Kalau tidak hamil pun memang bagus sangat buah ini kerana ia kaya dengan air dan rasanya sedap!
Khasiat buah tembikai untuk ibu mengandung
credit to sources
Buah semangka atau tembikai adalah sangat menarik perhatian terutamanya pada musim panas. Rasanya yang rangup, juicy dan berair membuatkan siapa sahaja tidak akan menolaknya. Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah:
#1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Tembikai adalah kaya dengan kandungan vitamin C yang mampu meningkatkan sistem imunisasi ibu mengandung. Bukan itu sahaja, ia dapat mengelakkan ibu diserang selesema atau batuk terutamanya ketika berlaku perubahan cuaca.
#2. Mengelakkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi)
Di dalam buah tembikai, 90 peratus adalah terdiri daripada kandungan air. Dengan mengambil beberapa keping buah ini, ia dapat mengelakkan tubuh anda mengalami dehidrasi.
Masalah ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti kontraksi pramatang atau kelahiran awal.
#3. Menyokong pembentukan tulang bayi
Bagi ibu yang tidak tahu, manfaat buah tembikai kaya dengan kalium dapat berfungsi mempertahankan kalsium dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi ibu agar sentiasa sihat.
#4. Menjadikan anak yang bakal lahir cantik dan bijak
foto: muabellaz
Menurut sabda Rasulullah S.A.W, ”setiap wanita hamil yang makan buah tembikai, maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.”
Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, ”Semangka (tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencuci pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi).
Dari Ibnu Abbas berkata, ”Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindari sejuk dan pembersih kulit.”
Dari Aisyah R.A berkata, ”Nabi S.A.W menyukai makanan-makanan manis dan madu.” (Shahih Bukhari: 5614).
#5. Mengelakkan masalah morning sickness
Dengan makan buah tembikai sebagai sarapan pagi, ia membantu mengurangkan simptom morning sickness. Tidak cukup dengan itu, buah unik ini mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk tubuh badan terutamanya ibu hamil letih serta lesu.
#6. Tinggi dengan antioksidan dan vitamin A
credit to sources
Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai dapat membantu menjaga organ penglihatan bayi. Bukan itu sahaja, karotenoid vitamin A didalamnya berperanan sebagai antioksidan melindungi tubuh anda daripada sebarang radikal bebas.
Pengambilan buah tembikai dalam menu diet seharian dapat membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri-seri. Hal ini kerana perubahan hormon akan mendedahkan kulit wajah kepada pigmentasi, masalah jeragat dan jerawat ketika hamil.
#7. Mengelakkan masalah sukar membuang air besar
Sembelit adalah masalah yang sering dihadapi oleh para ibu sepanjang tempoh kehamilan. Justeru, buah timun cina ini kaya dengan serat dan kandungan air yang banyak bagi melancarkan proses penghadaman dengan mudah.
Selain itu, pengambilan buah ini dapat melancarkan aliran air kencing dan mengelakkan masalah kencing tidak lawas terutamanya ketika sarat mengandung.
Cara memilih tembikai yang terbaik
Ketika anda keluar untuk mendapatkan buah ini, kebiasaannya ia kelihatan berbeza dari segi bentuk, saiz, keadaan tangkai dan juga ada tompokan kuning.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk mendapatkan buah tembikai yang manis dan terbaik, iaitu:

- Pilih tembikai berkulit licin. Jika ketika disentuh terasa kasar, ini menandakannya masih muda.
- Cari tembikai yang fizikalnya kelihatan kecil, tetapi ia berat.
- Pilih tembikai berbentuk sama kiri dan kanan.
- Tepuk-tepuk dahulu buah tembikai dengan jari. Pilih yang berbunyi seakan-akan kosong kerana ia petanda sudah masak dan isinya manis.
- Pilih buah yang pangkalnya gemuk dan hujung berwarna putih kuning air.
- Akhir sekali, pilih buah dengan jalur putus-putus pada kulitnya. Jangan pilih jalur bersambung.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan
Baca juga: Boleh ke kalau makan maggi semasa mengandung? Ikuti penjelasan pakar.
Baca juga: Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!