TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sayu Hati, Ibu Ini Akhirnya Bertemu Bayi Yang Dilahirkannya Lepas 5 Bulan Koma!

8 Apr, 2019
Sayu Hati, Ibu Ini Akhirnya Bertemu Bayi Yang Dilahirkannya Lepas 5 Bulan Koma!

"Doktor cakap oksigen dalam kepala dia kurang dan menyebabkan dia koma..."

Pengorbanan seorang ibu itu tiada tandingannya. Itulah yang dapat disimpulkan dari kisah yang akan dipaparkan ini.

Terlantar di katil selama hampir 5 bulan, seorang ibu tidak sama sekali menjangka akan mengalami komplikasi selepas bersalin yang menyebabkan dirinya terpisah dengan anaknya yang baru dilahirkan.

Ikuti kisah Mokla yang tular di media sosial baru-baru ini.

Koma Selepas Mengalami Komplikasi Selepas Bersalin

Nur Fadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla, 28, mengalami komplikasi sewaktu melahirkan cahaya mata sulungnya selepas lewat 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin. Sewaktu menjalani proses pembedahan caesarean pada 18 November tahun lalu, jantung Mokla dikatakan berhenti secara tiba-tiba.

komplikasi selepas bersalin, risiko pembedahan caesarian, koma selepas bersalin, komplikasi bersalin, berita tular 2019, berita viral 2019, pengorbanan ibu, pengorbanan isteri

sumber: ohbulan

“Sebelum masuk bilik bedah dia memang stabil, dia sedar. Semasa tengah operate, doktor cakap  jantung dia tiba tiba berhenti. Tetapi dia tersedar semula 10 minit setelah anak dilahirkan. Doktor cakap oksigen dalam kepala dia kurang dan menyebabkan dia koma,” kata kakak iparnya, Nur Hasirah.

Suaminya, Mohd Saiful Sudin, 29, tetap setia menunggu di sisi isterinya, Norfadilla Che Par, 28, yang koma dan terpaksa bergantung dengan bantuan mesin pernafasan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Keadaannya itu menyebabkan Mohd Saiful terpaksa mengorbankan kerjanya sebagai buruh, sekali gus hilang punca pendapatan demi menunggu isterinya pulih biar berapa tahun sekali pun. 

komplikasi selepas bersalin, risiko pembedahan caesarian, koma selepas bersalin, komplikasi bersalin, berita tular 2019, berita viral 2019, pengorbanan ibu, pengorbanan isteri

sumber: ohbulan

Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama 10 minit mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak.

Sementara itu, anaknya, Muhamad Syahmi, dijaga oleh kakak iparnya di Kampung Kok Lintang, Bachok. 

Koma Komplikasi Selepas Bersalin, Ibu Akhirnya Sedar Selepas Koma 138 Hari

Namun kuasa Allah, setelah 138 hari koma, semalam merupakan detik gembira apabila ibu tersebut buat kali pertama menatap bayi lelakinya yang kini sudah berusia hampir 5 bulan.

Pertemuan selama 2 jam tersebut diselangi dengan air mata, walaupun si ibu masih tidak mampu berkata-kata.

komplikasi selepas bersalin, risiko pembedahan caesarian, koma selepas bersalin, komplikasi bersalin, berita tular 2019, berita viral 2019, pengorbanan ibu, pengorbanan isteri

Kisah tersebut menjadi tular apabila detik gembira itu dikongsi dalam laman sosial Facebook Hasirah Nujiey dengan memuat naik beberapa gambar sekitar pertemuan pertama kali anak-beranak itu yang menyentuh hati orang ramai.

“02.04.2019 ( hari ke 138 ). Sentuhan pertama. Pertemuan antara ibu dan anak. Pilu campur gembira. Tak terkata. “Air mata laju je keluar. Moklaa (panggilan untuk adiknya) angkat tangan untuk ambik anaknya tapi apakan daya dia tak mampu. Separuh saja terangkat. “Moklaaa.. kuatlah demi anak mu. Sentuhan pertama pipi ke pipi. Moklaa menangis sekuat hati.Syahmi turut meratapi. Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah,” tulisnya di Facebook.

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik rawatan rapi ICU. Mohd. Saiful berkata, isterinya mula menunjukkan tanda positif untuk pulih secara perlahan-lahan pada Januari lalu. Tambahnya,

“Dia tidak mampu bercakap lagi namun menyatakan hasrat melalui isyarat untuk menatap wajah anak sulung kami. Doktor memberikan kebenaran dan pertemuan itu diaturkan semalam.” “Bagi mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad, isteri dan anak saya dipertemukan di hadapan dewan bedah ICU ini. Isteri hanya mampu mengalirkan air mata, saya fikir perasaan gembira bercampur baur dengan sebak apabila menatap cahaya mata kami buat kali pertama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik rawatan rapi ICU.

“Dia tak berdaya melakukan apa-apa, walau bercakap sepatah pun kami terpaksa pegang badannya untuk duduk.”

Tidak Mampu Kembali Normal…

komplikasi selepas bersalin, risiko pembedahan caesarian, koma selepas bersalin, komplikasi bersalin, berita tular 2019, berita viral 2019, pengorbanan ibu, pengorbanan isteri

”Pagi tadi saya letak Syahmi kat pipi, biar dia riba dua jam dengan Syahmi, Mokla tak berhenti menangis, sedih kerana pertama kali menyentuh anak,” kata Hasirah.

Lebih menghibakan, jelas Hasirah, doktor berkata jika adiknya itu sembuh sekalipun, dia tidak mampu kembali normal seperti orang lain kerana mengalami kecederaan pada otak. Komplikasi selepas bersalin yang dialami wanita ini telah memberi kesan jangka panjang kepadanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun berikut :

Muhammad Saiful Bin Sudin (suami) – BSN: 0300941000166384 

NorHasirah Binti Che Par (kakak)– BSN: 03109-29-00021455-3

Beratnya dugaan keluarga ini, semoga si ibu dapat disembuhkan dengan kuasa Allah…

Caesar atau bersalin normal?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Facebook Hasirah Nujiey 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.com/pantang-berpantang-selepas-bersalin

Stories Rakan Kongsi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
The Latest Vaccination Schedule for Children, Parents MUST Know!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sayu Hati, Ibu Ini Akhirnya Bertemu Bayi Yang Dilahirkannya Lepas 5 Bulan Koma!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham