TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Bapa Pemalas Kurung Anak Menangis Dalam Lokar Rumah Mandian!

3 min bacaan
Ibu Bapa Pemalas Kurung Anak Menangis Dalam Lokar Rumah Mandian!

Sepasang ibu bapa di China didapati telah mengurung anak mereka dalam lokar lalu pergi mandi di rumah mandian! Kejamnya... Tergamak betul!

Baru-baru ini, telah tular video rakaman seorang kanak-kanak kecil yang dikurung dalam lokar. Ia telah mencetuskan rasa marah di kalangan rakyat negara China.

Video yang dirakam di sebuah rumah mandian awam itu menunjukkan seorang pekerja sedang membuka lokar dan seorang ibu mengeluarkan anaknya yang sedang menangis dari lokar kayu tersebut.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah ini:

https://www.dailymail.co.uk/news/article-4746328/Lazy-parents-leave-child-pool-locker.html#v-671204252916626792

Ibu Bapa Yang Pemalas

Menurut laporan laman web China Kan Kan News, pasangan suami isteri itu telah meninggalkan anak mereka di dalam lokar kerana malas untuk menjaganya ketika mereka pergi mandi.

Pekerja yang membantu membuka lokar itu untuk pasangan tersebut nampak terkejut apabila melihat ada seorang kanak-kanak di dalam lokar kayu terbabit.

Setakat ini belum ada laporan lanjut tentang berapa lama kanak-kanak itu telah dikurung dan sama ada kanak-kanak itu kanak-kanak lelaki atau perempuan. 

Walau bagaimanapun, menurut laporan itu, kanak-kanak tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala-gejala lemas.

Pendapat Netizen Yang Berang

Ramai telah mencaci pasangan tersebut di Weibo, dengan mengatakan perbuatan itu sebagai satu perbuatan cuai, mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab.

Masakan tidak – takkan anda sanggup mengurung anak anda dalam lokar, kemudian anda bersenang-lenang pergi mandi dengan seronok?

Seorang netizen berkata: “Anak itu kelihatan tidak berdaya ketika dikeluarkan. Bayangkan perasaan kanak-kanak itu selepas ditinggalkan dalam ruang yang gelap dan kecil tanpa kedua-dua ibu bapanya.”

Seorang lagi netizen mengecam tindakan ibu bapa terbabit dengan berkata: “Tergamak betul ibu bapa dia berlaku cuai. Kanak-kanak bukanlah objek. Kalau dah susah dan malas sangat, jangan pergi mandi air! “

Ramai juga yang bimbang kanak-kanak itu mungkin akan mengalami klaustrofobia akibat pengalaman yang traumatik ini.

Baca juga:

Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

Trauma Klaustrofobia

Klaustrofobia adalah sebuah keadaan psikologi yang menyebabkan kebimbangan atau ketakutan apabila di tempat atau ruangan yang tertutup dan sempit.

Perasaan takut adalah perkara yang biasa apabila terdapat ancaman benar, tetapi orang yang mengalami klaustrofobia boleh menjadi takut tanpa sebab.

Klaustrofobia boleh disebabkan oleh peristiwa traumatik yang dialami semasa kanak-kanak contohnya:

  • Telah terperangkap atau dikurung di ruang yang kecil
  • Telah dibuli atau didera
  • Mempunyai ibu bapa dengan klaustrofobia

Tetapi ia adalah agak mencabar untuk hidup dengan keadaan ini kerena terdapat banyak kegiatan harian yang boleh mencetuskan serangan panik seperti:

Ibu Bapa Pemalas Kurung Anak Menangis Dalam Lokar Rumah Mandian!

Klaustrofobia boleh disebabkan oleh peristiwa traumatik yang dialami semasa kanak-kanak. Sumber gambar: Quora

  • Lif
  • Terowong
  • MRT, LRT
  • Pintu berpusing
  • Tandas awam
  • Mesin pencuci kereta
  • Pesawat

Beserta dengan rasa takut yang luar biasa, serangan panik juga boleh menyebabkan gejala fizikal, seperti:

  • Berpeluh
  • Menggeletar
  • Panas atau menggigil
  • Sesak nafas atau sukar bernafas
  • Rasa tercekik
  • Sakit dada atau rasa sesak di dada
  • Mual
  • Sakit kepala dan pening
  • Berasa lemah

Walaupun klaustrofobia boleh dirawat dengan menjalankan terapi atau memakan ubat, sokongan dari keluarga dan teman-teman sangat penting kerana rawatan mengambil masa yang lama. 

Kita kurang pasti kalau pasangan cina itu telah mengurung anak mereka atas sebab-sebab lain, tetapi jika kanak-kanak itu dikurung disebab melakukan kesalahan, ini bukan caranya.

Ya, memang benar kanak-kanak itu mungkin tidak akan engkar lagi, tetapi fikirkan risiko kesan jangka panjang kesihatan psikologinya.

Sumber: Daily Mail, Independent, NHS

Baca juga:

Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

 

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Ibu Bapa Pemalas Kurung Anak Menangis Dalam Lokar Rumah Mandian!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham