20 Makanan Sihat Untuk Anak Membesar Dengan Baik, Menurut Pakar Pemakanan

Makanan sihat untuk anak sangat penting bagi memastikan tumbesaran mereka tidak terbantut akibat kekurangan nutrisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan untuk kanak-kanak perlu mengandungi lemak sihat untuk perkembangan otak, kalsium untuk pertumbuhan tulang, vitamin dan pelbagai lagi. Berikut adalah 20 makanan sihat untuk anak yang harus ada dalam diet harian mereka. 

Pentingnya Keseimbangan Makanan Untuk Kanak Kanak

Keseimbangan makanan untuk kanak-kanak sangat penting kerana ia membantu memastikan mereka memperoleh nutrien yang mencukupi untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Penting menyediakan makanan sihat untuk anak.

20 Makanan Yang Membantu Tumbesaran Si Kecil

1.Avokado – Makanan Sihat Untuk Anak

Avokado penuh dengan lemak sihat dan serat selain enak rasanya. Terdapat banyak cara untuk menjadikan avokado menarik bagi si kecil antaranya dengan menyediakan guacamole buatan sendiri yang mudah atau potongan avokado di atas taco atau roti yang dihancurkan di dalam sandwic kesukaan mereka.

2.Bluberi

Bluberi kaya dengan antioksidan, serat, dan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan sistem imun si kecil. Bluberi adalah snek yang baik untuk dimakan begitu saja atau boleh dicampur ke dalam smoothie, muffin, salad atau pencuci mulut.

3.Lobak Merah

Ia kaya dengan vitamin A dan bagus untuk kesihatan mata. Serat di dalamnya penting untuk kesihatan sistem pencernaan. Boleh hidangkan kepada anak mentah, dipanggang, tumbuk atau jus lobak merah! 

4.Makanan Laut

Ikan seperti salmon, tuna dan kod serta makanan laut lain seperti kerang adalah sumber yang baik untuk protein dan vitamin B. Ia juga kaya asid lemak omega-3. Beberapa resepi yang bagus untuk memperkenalkan kanak-kanak dengan makanan laut adalah dengan resepi kek ketam klasik dan stik ikan buatan sendiri.

5,Buah-Buahan Kering

Walaupun kanak-kanak biasanya suka buah segar, buah kering juga boleh menjadi pilihan yang menarik! Buah kering mengandungi banyak nutrisi dalam pembungkusan yang tahan lama, sesuai untuk snek dan hidangan tengahari. Tambahkan buah kering ke dalam  yogurt dan oatmeal atau makan sebagai snek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.Bayam

Bayam dan kebanyakan sayuran berdaun hijau sangat baik untuk si kecil anda. Ia kaya dengan zat besi, vitamin K dan vitamin A,  membantu menyokong mata yang sihat dan fungsi darah. Bayam boleh disembunyikan dengan baik dalam pelbagai hidangan, seperti makaroni dan keju, taco, pizza, smoothie, dan juga popia.

7.Smoothie

Smoothie merupakan cara bijak memastikan anak anda mendapat nutrisi makanan sihat. Buah-buahan manis biasanya menutupi rasa bahan-bahan yang mungkin tidak disukai anak anda jika dimakan sendiri, seperti biji chia.

8.Brokoli

Mungkin sukar untuk meminta anak makan brokoli tapi anda boleh buat lebih kreatif. Brokoli kaya dengan vitamin C, vitamin K dan serat yang pasti memberi manfaat kepada kesihatan darah, tulang dan pencernaan anak anda. Ini merupakan tambahan yang baik untuk makaroni dan keju, lasagna malah pizza!

9.Tomato

Tomato sangat tinggi kandungan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata dan antioksidan kuat seperti likopen yang dikatakan membantu melawan penyakit jantung dan kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Delima

Buah delima memberikan rasa manis yang segar, kaya serat dan vitamin C. Ia boleh dimakan begitu saja atau ditambahkan ke dalam salad buah, parfait yogurt, dan oatmeal. Jus buah delima juga sangat enak.

11.Keledek, Sweet Potato

Cuba perkenalkan ubi keledek sebagai alternatif kepada kentang puti. Rasa manis mereka mungkin menjadi kegemaran anak-anak anda! Ubi keledek kaya dengan vitamin A dan serat dan boleh dijadikan mashed potato yang lazat, kepingan kentang atau kentang goreng.

12.Kekacang

Kacang kuda, kacang merah, kacang hitam, kacang merah besar, dan juga kacang hijau semuanya kaya dengan serat dan antioksidan. Selain itu, terdapat banyak cara yang lazat untuk mengintegrasikan kacang ke dalam diet anak anda, termasuk salad kacang dan kacang panggang.

13.Mentega Kacang

Mentega kacang seperti almond, gajus dan kacang tanah adalah pilihan yang sangat sihat untuk anak-anak anda. Mereka kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

14.Biskut Gandum Penuh

Gandum menyediakan dos serat yang sihat, serta vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh anak anda yang sedang membesar. Terdapat begitu banyak hidangan lazat yang boleh disajikan di atas biskut cracker, seperti keju, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

15.Quinoa

Quinoa adalah makanan kaya dengan protein, magnesium, dan folat. Ia membantu dalam pembentukan tulang yang sihat dan penghasilan tenaga. Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti nasi.

16.Oren

Penuh dengan vitamin C, oren adalah makanan tambahan yang hebat dalam diet anak anda. Boleh juga dijadikan sebagai jus. 

17.Telur

Telur adalah sumber protein yang luar biasa yang membantu memastikan anak anda membesar dengan baik. Telur juga sangat mudah untuk dimasukkan ke dalam diet. Cuba telur dadar, telur rebus atau omelette.

18.Oats

Oats penuh dengan serat dan ia adalah pilihan bijirin yang bebas gluten jika anak anda sensitif atau alergik terhadap gluten. Tambahkan oats ke dalam smoothie atau dijadikan oatmeal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

19.Saderi

Saderi bukan hanya sayur yang penuh dengan air sebenarnya ia penuh dengan serat. Untuk makan malam, cuba sup mi ayam yang penuh dengan saderi. 

20. Yogurt

Yogurt tidak hanya kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat tetapi juga penuh dengan probiotik iaitu bakteria sihat yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan usus anak anda.

tasteofhome

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil

Baca juga: Ibu Perlu Sentiasa Menyediakan Makanan Sihat Jika Ingin Memiliki Anak Yang Hebat

Baca juga: Guna Pembasmi Kuman Yang Selamat Untuk Anak, Ini 8 Pilihan Hand Sanitizer Yang Baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar