Idea Makanan Untuk Baby 6 Bulan Hingga 9 Bulan Yang Tinggi Nutrisi & Bantu Naikkan Berat Anak

Makanan untuk baby 6 bulan hingga 9 bulan perlulah mengandungi nutrisi mencukupi bagi menyokong tumbesaran si manja yang optimum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja bayi berusia 6 bulan, ramai ibu rasa tidak sabar untuk mencuba pelbagai idea makanan untuk baby 6 bulan. Walau bagaimanapun bagi ibu kali pertama, sering keliru dan tidak tahu nak bagi apa untuk anak yang baru mula makan.

Bila tanya ibu-ibu yang lain, ada yang cadang mulakan dengan puri buah atau sayur. Ada juga yang kata bubur nasi kosong adalah makanan pejal pertama terbaik untuk si manja.

Penyediaan Makanan Untuk Baby 6 Bulan

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang menjelaskan bahawa penyusuan susu ibu eksklusif disarankan sehingga bayi berumur 6 bulan.

Selepas itu, makanan pelengkap perlu mula diperkenalkan bagi menampung keperluan tenaga dan pemakanan bayi.
Jika terlalu awal, kebaikan penyusuan eksklusif tidak akan diperolehi. Jika terlalu lewat pula, akan melambatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Menurut perkongsian seorang ahli kumpulan Happy Baby Foods Malaysia, sebenarnya puri buah, sayur atau bubur nasi adalah baik dan tidak salah untuk diberikan sebagai makanan pertama bayi.

Ia bergantung pada ibu ayah sendiri dan bayi. Sebagai permulaan, anda kena cuba beberapa jenis makanan, cara penyediaan, tekstur dan cara beri makan. Nak bagi kedua-duanya boleh, tetapi pastikan satu-satu dan tidak campur.

Sebaiknya ikutlah konsep ”4 days wait rule” supaya ibu ayah senang pantau makanan yang kurang sesuai dengan perut bayi, penyebab sembelit, cirit-birit ataupun keracunan.

Untuk 6-8 bulan pertama, bayi perlu diberi makanan dalam bentuk dikisar, dipuri atau dilecek. Paling penting, kepelbagaian dan keseimbangan makanan. Ada sayur, buah, karbohidrat, protein dan lemak (minyak, marjerin atau santan).

Idea Makanan Bayi 6 Bulan

#1. Bubur Kosong Dan Minyak Zaitun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan:

  1. Masukkan 1 atau 2 sudu beras ke dalam periuk. Masak hingga beras kembang.
  2. Kisarkan sehingga hancur. Jika tidak pasti, ibu boleh tapiskan dahulu.
  3. Titiskan sedikit minyak zaitun bagi mengelakkan bayi sembelit.

#2. Bubur Nasi Dan Brokoli

#3. Puri Labu

  1. Kukus labu hingga lembut. Kemudian lenyekkan.
  2. Jika mahu, anda boleh masukkan dalam bubur nasi juga.

#4. Bubur Ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumis bawang merah, bawang putih menggunakan unsalted butter.
  2. Masukkan ayam dan chicken feet stock. Reneh sekejap.
  3. Masukkan beras. Agak-agak nasi dah nak masak, masukkan sayur sawi dan daun sup. Biarkan ia masak
  4. Kisar hingga halus dan siap.

#5. Kentang Putar

  1. Rebus ubi kentang sehingga empuk. Kemudian tapis. Tambahkan unsalted butter, mixed herbs. Lenyekkan.
  2. Untuk kuahnya: Cairkan unsalted butter, masukkan bawang holland yang telah diracik dan tumis hingga naim bau.
  3. Masukkan kurma (buang biji dan kulit) untuk bagi effect gelap. Tambahkan mixed herbs.
  4. Masukkan sedikit tepung jagung, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  5. Selepas itu kisar dan masak sekejap atas dapur. Siap!

Idea Makanan Bayi 7 Bulan

#1. Bubur Lambuk

1. Tumis bawang kecik, bawang putih dan halia sampai naik bau dengan unsalted butter.
2. Masuukan daging sampai kecut sampai keluar air.
3. Masukkan mirepoix dan carrot sebagai penambah rasa.
4. Masukkan air dan beras.
5. Gaul sebati dan biarkan nasi masak.
6. Blend untuk kesayangan makan.

#2. Sup Sayur Ikan Merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Cairkan unsalted butter (UB).
2) Tumiskan bawang holland.
3) Masukkan sedikit air, cauliflower, carrot, celery & isi ikan merah.
4) Tunggu mendidih, masukkan sawi dan buah tomato.
5) Kacau sebati, siap!

#3. Udang Buttermilk Rice Stick

1) Udang buttermilk dikisar bersama nasi lembik.
2) Masukkan 2 cawan tepung beras.
3) Uli sehingga menjadi doh.
4) Buat bentuk memanjang/ bulat/ leper atau apa apa sahaja bentuk mengikut kesukaan.
5) Titiskan sedikit minyak ke dalam non stick pan/ kuali.
6) Goreng doh sehingga kekuningan.

#4. Nasi Ayam

1) Rebus ayam upin ipin dalam periuk berasingan.
2) Cairkan unsalted butter.
3) Tumis bawang putih, bawang merah & celery sehingga naik bau.
4) Masukkan air rebusan ayam (ayam yang dah direbus diasingkan).
5) Masukkan beras, ubi kentang, carrot & cauliflower.
6) Dah mendidih, masukkan sawi & ayam yang direbus.
7) Kacau kacau & siap!
* Ayam yang direbus boleh dicarik carik atau dijadikan finger food

#5. Ayam Masak Kurma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1) Rebus ayam upin ipin & simpan air rebusannya.
2) Cairkan unsalted butter.
3) Tumis 4 sekawan bersama bawang merah, bawang putih, bawang holland & tomato.
4) Masukkan rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak.
5) Masukkan air rebusan ayam & santan bersama ayam upin ipin.
6) Kacau sehingga mendidih & siap!

#6. Nasi Jagung Udang Berlemak

1) Rebus jagung.
2) Masak nasi bersama jagung.
3) Tuang sedikit fcm kemudian masukkan unsalted butter sehingga cair.
4) Tunggu mendidih, masukkan udang dan sayur brokoli.
5) Taburkan sedikit mixed herbs (optional)

#7. Creamy Vege Noodles

1) Rebus mi dan toskan.
2) Cairkan unsalted butter.
3) Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau dan tomato sehingga hancur (sebagai perasa masam manis).
4) Masukkan sedikit air dan carrot,
5) Masukkan isi ayam dan kacau kacau.
6) Masukkan susu, bunga kubis, kubis ungu dan sawi.
7) Kacau sehingga mendidih dan  siap!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

*Optional: Ibu ibu boleh campur sekali noodles/ tuang kuah atas noodles.

#8. Sup Ayam

1. Tumis bawang putih, halia dan bawang holland sehingga naik bau.
2. Masukkan dada ayam, masak hingga separuh masak.
3. Kemudian masukkan 1 cawan air dan biarkan menggelegak.
4. Masukkan karot, kubis bunga, tomato cherry, sawi.

Makanan Untuk Bayi 8 Bulan

#1. Salmon Sweet Sour


1. Kisar bawang putih, tomato cherry, halia, bawang holland
2. Tumis dengan unsalted butter sehingga naik bau dan masak. Kemudian masukkan lobak merah dan air sedikit (kalau pekat sangat)
3. Masukkan sayur brokoli, kubis bunga dan ikan.
4. Blend, siap.

*ikan tu grill dulu dengan olive oil untuk kurangkan bau hanyir

#2. Soto ayam

1. Tumis bawang, 4 sekawan dan rempah soto
2. Masukkan CFS.
3. Tambah air dan ayam
4. Agak- agak dah masak tambah daun sup dan boleh hidang dengan nasi himpit

#3. Bergedil

1. Rebus kentang, dan celur bayam dalam air mendidih
2. Lenyek kentang dan potong halus bayam (ibu tak cukup daun sup jadi gantikan dengan bayam je)
3. Tambah tepung jagung dan parsley. Tepung jagung agak2 sampai boleh bentuk
4. Last tambah kan sikit tepung gandum untuk bagi dia keras dan terbentuk. Sikit je tau.
5. Bulat2 kan, celup dalam telur dan goreng

#4. Ayam Percik

1. Ayam perap tu goreng dengan sedikit butter.
2. Untuk kuah, tumis bahan blend dengan serai
3. Masukkan cfs, mirepoix, tomato paste, santan dan sedikit air. Agak2 dah mendidih dan pekat matikan api. Siap!

#5. Padprik Ayam

1. Tumis bawang dan serai
2. Masukkan tomato paste dan CFS
3. Tambah air, daun limau purut, bunga kobis dan ayam
4. Masukkan buncis
5. Agak2 dah hampir masak masukkan cherry tomato dan serbuk ikan bilis

#6. Scrambled Egg Pasta

1. Rebus pasta dan asingkan
2. Tumis bawang
3. Masukkan cfs dan tomato paste
4. Masukkan pasta dan serbuk ikan bilis
5. Pecahkan telur dan gaul

#7. Creamy Corn Soup

1. Kukus jagung, ketepikan
2. Tumiskan garlic dan bawang holland
3. Masukkan tomato dan jagung. Tunggu sampai agak layu
4. Tambah full cream milk dan cream cheese
5. Masukkan tepung jagung sikit sikit untuk pekatkan kuah

Makanan Untuk Bayi 9 Bulan

#1. Donut Labu

Ingredients:
✔️ 1/2 cup puri labu
✔️ 1 cup unbleached flour
✔️ 1tsp yis
✔️1tbs unsalted butter

Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan.
2. Tepung masukkan sikit-sikit sampai tak melekat ditangan je, jgn terlebih nanti keras.
3. Buat la bentuk sesuka hatimu😂.
4. Kalau nak frozenkan, goreng separuh masak then bekukan.

#2. Beef Carbonara

Ingredients:
✔️Pasta/mee
✔️Beef
✔️Garlic
✔️ Bawang holand
✔️ Mirepoix (optional)
✔️ Cream cheese/block cheese
✔️ Susu fullcream
✔️ Potato
✔️ Broccoli

Cara-cara:
1. Rebus daging & asingkan. Ibu cincang lepas rebus.
2. Tumis bebawang & mirepoix dalam unsalted butter.
3. Masukkan cream cheese & susu fullcream.
4. Masukkan kentang, broccoli & mee/pasta yg dah direbus.
** kentang ibu rebus asing dulu supaya lembut & x payah masak lama.

#3. Cheesy Courgette Pasta

Ingredients:
✔️ Pasta
✔️ Courgette/Zucchini (grated)
✔️ Ayam (diced)
✔️ Garlic
✔️Cream cheese/cheese block
✔️ Susu fullcream
✔️ Corn flour
✔️ Unsalted butter
✔️ Black pepper

Cara-cara:
1. Tumiskan garlic dengan unsalted butter.
2. Masukkan ayam & courgette.
3. Masukkan cream cheese & fullcream milk.
4. Masukkan corn flour, pasta yg dah direbus & kacau hingga pekat.
5. Sprinkle black pepper & done

#4. Mac and Cheese 

🧀 Macaroni
🧀 Unsalted butter
🧀 Full cream milk
🧀 Cream cheese
🧀 Salmon ( grill )
🧀 Broccoli ( steam)
🧀 Mixed herbs
🧀 White pepper
🧀 Serbuk keju

– Perap salmon ( mixed herbs, white pepper)
– Cairkan unsalted butter, grill salmon sehingga masak. Ketepikan
– Rebus macaroni sehingga lembut, toskan.
– Cairkan unsalted butter, masukkan full cream milk.
– Masukkan cream cheese
– Biarkan mendidih, agak kuah pekat, masukkan macaroni. Gaul sebati.
– Hidangkan, taburkan mixed herbs, serbuk keju. Siap!!!

#5. Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah 

Nasi Jagung:

✔️Beras
✔️ Jagung
✔️4 sekawan
✔️ Garlic
✔️Shallot
✔️ Ghee
✔️ Santan

Ayam Masak Merah

✔️Ayam
✔️ Tomato Paste
✔️ Sweet Pepper paste
✔️ Peas
✔️ Garlic
✔️ Shallot
✔️ Sayur hijau (optional, ibu guna pakchoi)

Cara-cara:
Nasi jagung,
1. Tumis bebawang & rempah 4 sekawan dengan ghee.
2. Masukkan beras yg dah dicuci.
3. Masukkan santan dan air. Masak nasi seperti biasa.

Ayam Masak Merah,
1. Tumiskan bebawangs, masukkan tomato paste dan sweet pepper paste.
2. Tambahkan air sikit untuk elak bawang hangus. Masukkan ayam.
3. Masukkan peas dan sayur. Siap

Semoga artikel ini bermanfaat.

Eien Razak, Fatien Atiqa, Farah Ibrahim, Happy Baby Foods Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Tercekik Susu/Makanan (Choking): Tanda Bayi Tercekik Dan Cara Merawat Bayi Tercekik

Baca juga:  Alahan Makanan: Punca Alergik Makanan, Tanda Bayi Alergi Makanan & Cara Mengatasi

Baca juga:  Pertumbuhan Gigi Bayi: 10 Perkara Penting Berkaitan Gigi Bayi, Carta Bayi Tumbuh Gigi & Tips