X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bukan Nenas Sahaja, Ginseng Juga Bahaya Untuk Ibu Hamil! Ini Senarai Makanan Dilarang Ketika Hamil Yang Ibu Patut Elak Makan Demi Jaga Bayi Dalam Kandungan

7 min bacaan
Bukan Nenas Sahaja, Ginseng Juga Bahaya Untuk Ibu Hamil! Ini Senarai Makanan Dilarang Ketika Hamil Yang Ibu Patut Elak Makan Demi Jaga Bayi Dalam Kandungan

Makanan berbahaya untuk ibu hamil perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi jika anda berada di trimester pertama kehamilan kerana ia boleh membawa keguguran

Perjalanan menjadi seorang ibu bermula saat anda hamil. Part paling kena jaga adalah makanan yang sihat kerana terdapat beberapa jenis makanan dilarang ketika hamil dan boleh menyebabkan keguguran. 

Biasanya kita hanya tahu nenas saja punca keguguran, kan? Tapi kalau nak tahu, makanan yang boleh menyebabkan keguguran ada banyak dan mungkin ada yang anda tak pernah tahu! Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik anda elakkan dari terus menikmati makanan ini. 

Walauapapun, sepanjang mengandung, ibu perlu amalkan makanan yang sihat, ambil kalsium yang mencukupi dan gaya hidup yang lebih sihat. Semuanya demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Ginseng Bahaya Untuk Ibu Hamil

makanan dilarang ketika hamil

Untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh ketika hamil, anda mungkin ada terfikir untuk mengambil herba seperti ginseng. Sememangnya ginseng merupakan salah satu herba yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya ia dapat meningkatkan sistem imunisasi, melawan radikal bebas, mengurangkan cedera otot, meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan stres.

Malah ginseng juga semakin banyak digunakan dalam penjagaan kulit, kerana khasiatnya dipercayai cukup bagus untuk melawan penuaan serta awet muda. 

Tapi tahukah anda pengambilan ginseng ketika hamil mungkin berisiko tinggi. Ini antara sebabnya:

Sebab Ginseng Makanan Dilarang Ketika Hamil

makanan dilarang ketika hamil

Sememangnya ginseng ini bagus untuk kesihatan, tetapi malangnya ia tidak baik untuk wanita mengandung. Terdapat beberapa sebab kenapa ginseng menjadi makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan:

1. Risiko lahir cacat 

Bahan kimia aktif yang terdapat di dalam ginseng yang dikenali sebagai Rb1 dikatakan boleh mengakibatkan kelahiran bayi cacat. Lantas National Institutes of Health (NIH) menyatakan agar ibu hamil tidak mengamalkan herba ini ketika hamil. 

2. Risiko pendarahan

Ginseng Korea memiliki sifat yang boleh membekukan darah yang dapat menimbulkan risiko yang cukup berbahaya sepanjang kehamilan. Sekiranya anda mengamalkan pengambilan ginseng ketika hamil ini, bimbang akan terjadinya pembekuan darah atau penghentian peredaran darah yang boleh mengakibatkan masalah serius selama bersalin atau setelah melahirkan anak. 

3. Penyebab cirit birit

Pengambilan teh ginseng semasa kehamilan akan mengakibatkan cirit-birit. Ya, bukan saja makanan pedas sahaja boleh menyebabkan cirit birit ketika hamil ya. Herba seperti ginseng juga berisiko mengakibatkan cirit birit, kerana sifat herba ini yang ‘panas’.

Anda mungkin akan kerap ke tandas dalam satu hari selepas anda megambil minuman ginseng. Jadi ia tidak elok untuk kandungan anda, cirit-birit boleh mengakibatkan dehidrasi ada badan lantas memberi efek kepada kandungan. 

4. Gangguan tidur

Ginseng juga dipercayai dapat menyebabkan gangguan tidur kepada ibu hamil. Sudahlah ibu hamil sememangnya perlukan tidur yang cukup, namun disebabkan ginseng lagi menyulitkan anda untuk tidur.

Sukar tidur atau mudah terjaga di waktu malam mungkin juga disebabkan sifat ‘panas’ herba ginseng yang memberi efek kepada badan ibu mengandung. Malah ibu mengandung juga memang sering mempunyai masalah kepanasan. 

5. Mulut kering

Ibu hamil yang minum teh ginseng mulutnya akan menjadi kering. Keadaan ini biasa terjadi kerana fungsi kelenjar air liur yang tidak berfungsi dengan baik disebabkan baham kimia yang terdapat di dalam ginseng. 

6. Menurunkan gula dalam darah

Ibu hamil berisiko tinggi untuk menghidap diabetes, dan walaupun ginseng mampu menurunkan kadar gula namun ia dikhuatiri dapat menyebabkan ketidakseimbangan pada badan lantas menyebabkan anda berasa pening.

Ia juga dapat menurunkan kadar degupan jantung lantas keadaan ini cukup membahayakan bagi bayi dan anda. 

7. Menyebabkan sakit kepala 

Ginseng juga dikatakan dapat menyebabkan sakit kepala dan nyeri otot pada bahagian muka dan leher ibu hamil. Ini dapat menyebabkan anda terasa lebih mual di waktu pagi (morning sickness).

Selain daripada ginseng, ada banyak lagi makanan yang perlu dielak ketika hamil ketika awal trimester.

12 Makanan Dilarang Ketika Hamil Dan Menyebabkan Keguguran Di Awal Trimester Pertama

makanan dilarang ketika hamil

Pada trimester pertama kehamilan adalah di mana doktor biasanya menyarankan untuk ibu hamil mengambil langkah berjaga-jaga dan banyakkan berehat serta kurangkan membuat kerja-kerja berat. Ini kerana pada fasa itu, kandungan masih lagi baru dan belum stabil sepenuhnya.

Antara lain larangan ibu hamil trimester pertama adalah ibu juga perlu elak mengambil makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester pertama ini ya.

 

 

1. Nenas 

Nenas ini memang buah kegemaran ramai dan ia juga adalah buah yang dilarang untuk ibu hamil makan ketika trimester pertama kerana ia boleh menyebabkan keguguran. Ia berisiko menyebabkan kontraksi awal ketika wanita hamil di trimester pertama.

Ada yang bertanya buah nenas saja ke? Ya betul, semua jenis makanan yang berasaskan nenas TAK BOLEH. Sama ada jus nenas, kuah pajeri nenas dan jem nenas. Semuanya perlu elak. 

2. Ketam 

Walaupun ketam kaya dengan kalsium, tapi ia juga tinggi kolesterol. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membawa kepada pendarahan lantas penyebab keguguran. 

3. Hati ayam/ lembu 

Makanan  dilarang ketika hamil yang boleh menyebabkan keguguran seterusnya ialah hati ayam atau lembu. Walaupun ia mengandungi vitamin A, tapi ia boleh menyebabkan keguguran dan tak bagus untuk diamalkan di awal kehamilan. 

4. Daun lidah buaya @ Aloe Vera 

Macam tak percaya bukan? Walaupun ia kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, tapi kajian menunjukkan wanita hamil tak boleh makan aloe vera kerana daun ini terdiri daripada anthraquinones, sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan. Seterusnya ibu hamil boleh keguguran. 

5. Betik 

Bukan betik masak yang dimaksudkan, tapi betik muda atau betik yang belum masak. Warnanya pun masih hijau. Itu adalah dilarang untuk ibu hamil makan kerana ia boleh mencetuskan kontraksi awal yang cenderung untuk berlakunya keguguran. 

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

6. Susu yang belum diproses

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga datang daripada susu mentah atau produk tenusu mentah. Hal ini kerana, dalam makanan tersebut terdapatnya bakteria yang boleh merosakkan kehamilan anda. Jadi elakkan ya! 

7. Kafein 

Menurut kajian, kafein termasuk dalam kategori makanan yang boleh menyebabkan keguguran atau bayi lahir kurang berat badan. Jadi sebaiknya, ibu perlu elak dari minum minuman yang berasakan kafein seperti kopi, teh, nescafe, coklat dan minuman tambah tenaga yang lain. 

8. Herba, buah pic dan epal masam 

Herba, ulam-ulaman, buah pic dan epal masam juga merupakan kategori makanan ini. Pertamanya kerana, herba boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut ketika dalam kandungan. Selain ia juga menyebabkan kerosakan hati, penyakit kuning atau jaundice dan masalah otak bayi. 

Begitu juga dengan buah pic. Ia boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan awal. Sama juga dengan epal masam, ia tak bagus untuk ibu mengandung amalkan sepanjang kehamilan kerana boleh jadi penyebab bayi lahir pramatang dan tak sihat. 

9. Makanan yang diproses 

Makanan yang diproses ialah seperti sosej, daging burger, daging cincang, nugget dan lain-lain. Semasa kehamilan, makanan proses ini dianggap tak selamat dan tak bagus untuk bayi dalam kandungan.

Selain itu, ibu hamil juga harus elak makan makanan yang kurang masak atau mentah kerana bakteria yang terdapat dalam daging tersebut boleh menyebabkan masalah teruk seperti keguguran, kematian bayi semasa lahir atau pramatang.

Jadi, adalah penting untuk ibu memastikan ayam dan daging dimasak dengan betul. Walhal, telur pun harus dimasak sempurna. 

10. Sayur yang tak dibasuh  

Makanan yang boleh menyebabkan keguguran juga boleh didapati pada sayur yang tak dibasuh. Betul, ada sesetengah orang beranggapan makan sayur mentah tanpa dibasuh itu baik.

Tapi untuk wanita hamil, ia dianggap tak betul dan boleh menyebabkan masalah lain muncul. Bahkan bayi boleh terkena macam-macam jangkitan dan penyakit!

Sebaiknya, ibu basuh dan cuci bersih sayur dengan garam dan ulangkan mencuci sayur sekurang-kurangnya 3 kali. Biar sampai yakin bersih. 

11. Makanan laut 

Kategori makanan laut ini ada banyak seperti udang, sotong, ketam, sushi, oyster, dan tiram. Jika ia dimakan mentah, ia boleh menyebabkan risiko bayi tak sihat, keguguran dan pramatang. Sebaiknya ia dimasak sempurna.

Sushi merupakan contoh makanan laut yang tak dimasak dan di makan mentah. Jadi ibu perlu elak. 

12. Makanan pedas

Makanan pedas juga perlu dielakkan kerana ia juga antara makanan yang boleh menyebabkan keguguran, kelahiran bayi pramatang dan kontraksi awal lantas berlakunya pendarahan.

Sebaiknya ibu, jangan ambil makanan pedas-pedas ini jika inginkan bayi lahir sihat.

Sumber: Kumparan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Minum Teh Susu Ketika Hamil, Ia Punca Keguguran & Risiko Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Ibu, JANGAN SESEKALI BERI 10 Jenis Makanan Bahaya Ini Pada Bayi Anda Ya!

Baca juga: 3 Buah Yang Berbahaya Pada Ibu Hamil, JANGAN Makan Selalu, Lebih-Lebih Ketika Trimester Pertama!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Keguguran
  • /
  • Bukan Nenas Sahaja, Ginseng Juga Bahaya Untuk Ibu Hamil! Ini Senarai Makanan Dilarang Ketika Hamil Yang Ibu Patut Elak Makan Demi Jaga Bayi Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • 7 Tanda Kandungan Bermasalah Yang Perlu Ibu Hamil Peka Lebih Awal, Elak Risiko Pada Diri & Janin

    7 Tanda Kandungan Bermasalah Yang Perlu Ibu Hamil Peka Lebih Awal, Elak Risiko Pada Diri & Janin

  • Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

    Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • 7 Tanda Kandungan Bermasalah Yang Perlu Ibu Hamil Peka Lebih Awal, Elak Risiko Pada Diri & Janin

    7 Tanda Kandungan Bermasalah Yang Perlu Ibu Hamil Peka Lebih Awal, Elak Risiko Pada Diri & Janin

  • Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

    Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.