Anda tahu tak manfaat jantung pisang untuk ibu hamil? Sebab ramai yang kata ia sangat bagus diamalkan semasa mengandung dan sangat digalakkan.
Semasa mengandung, ibu disarankan mengambil makanan yang kaya dengan sumber seperti vitamin, mineral dan zat yang lain bagi membantu perkembangan janin yang sihat.
Bila bercakap tentang makanan yang baik untuk ibu hamil, antara yang sering disebut adalah ikan salmon, buah-buahan, bijirin dan sebagainya.
Namun sebenarnya ada satu makanan yang anda terlupa nak senaraikan walhal ia mengandungi manfaat yang sangat berguna untuk kehamilan anda. Makanan yang dimaksudkan itu adalah jantung pisang.
Apakah manfaat jantung pisang untuk ibu hamil. Berikut adalah alasan lanjut berkaitannya.
5 Manfaat Jantung Pisang Untuk Ibu Hamil
#1. Manfaat jantung pisang – Kurangkan morning sickness
Gejala kehamilan yang sering menghantui ibu hamil adalah rasa mual di pagi hari yang dikenali dengan morning sickness.
Jadi, sekiranya ibu hamil mengamalkan makan jantung pisang ia dapat mengurangkan gejala dan ketidakselesaan ini sepanjang kehamilan anda.
#2. Manfaat jantung pisang – Mengurangkan rasa kram
Ibu hamil juga tak dapat lari dari masalah perut kram ketika hamil terutama saat berada di trimester pertama kerana janin masih berkembang. Namun, jika makan jantung pisang ia dapat meredakan masalah itu.
Ini kerana, jantung pisang memiliki sejumlah kalium yang dapat bantu pelepasan hormon progesteron yang dapat mengurangi aliran darah yang laju di sekitar rahim.
#3. Meningatkan produksi susu badan
Kadang-kadang ada ibu yang buntu apabila susu badan berkurang dan sebagainya tapi dengan makan jantung pisang ia dapat membantu masalah anda itu seterusnya dapat menghasilkan susu yang lebih banyak. Cubalah mana tahu ia berkesan pada tubuh anda!
#4. Mencegah masalah anemia atau kurang darah
Selain itu, manfaat jantung pisang semasa hamil juga adalah dapat mengurangkan masalah zat besi pada tubuh kerana ia adalah sumber yang sangat diperlukan selama mengandung.
Bagi memenuhi keperluan zat besi ibu, maka anda disarankan untuk makan jantung pisang.
#5. Melancarkan pencernaan
Ada juga ibu hamil yang mengalami masalah sembelit dan pembuangan air besar tapi dengan makan jantung pisang ia dapat melancarkan pencernaan serta pembuangan air besar jadi lebih mudah.
Meskipun ia mempunyai banyak manfaat namun ibu harus menyediakannya dengan baik seperti membasuhnya dengan bersih dan masak dengan cara yang betul.
Namun sekiranya anda masih rasa was-was dengan pengambilan ulam, disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu dan dapatkan nasihat yang sepatutnya.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Nia Lara Sari. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: Bukan Kacang Penyebab Angin! Doktor Ini Kongsi Petua Saintifik Kurangkan Angin Dalam Badan, Ibu Hamil Boleh Cuba
Baca juga: 100 Gabungan Nama Bayi Perempuan Dalam Islam Dengan Maksud Indah
Baca juga: Edema Ketika Hamil? Apa Tu? Siapa Yang Pernah Bengkak Kaki Ketika Hamil Mesti Tahu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!