Mee Goreng Basah Sedap & Kuah Pekat, Hidang Dengan Lada Jeruk Lebih Mantap!

Mee goreng basah antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Ia sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mee goreng basah merupakan hidangan yang popular dan sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang enak dan mudah disediakan.

Tekstur mee yang lembut dengan kuah yang pekat menjadikan ia pilihan yang ideal untuk dinikmati pada bila-bila masa, sama ada sebagai sarapan, makan tengah hari, atau makan malam

Resipi Mee Goreng Basah 

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 tbsp cili kering kisar
  • ayam cincang
  • udang
  • daging
  • telur
  • sayur sawi
  • tomato

Sos & Perasa

  • 5 tbsp sos cili
  • 1tbsp sos tomato
  • 2tbsp sos tiram
  • 1tbsp kicap manis
  • 2tbsp kicap pekat
  • 1tbsp sos ikan
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1tbsp gula atau secukup rasa
  • 1/2tsp serbuk perasa jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara Masak Mee Goreng Basah Sedap

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih
  2. Masukkan bawang holland,cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan lauk pauk,tumis lagi
  4. Letak sedikit air dan semua sos. Udang masuk kemudian pun takpa
  5. Pecahkan telur dan masukkan mee. Masukkan sayur, kacau sebati. Siap mee goreng basah!

Tips Masak Mee Goreng Basah Sedap

  1. Guna sos sos mencukupi, jangan kedekut bahan
  2. Kalau nak ada kelainan,guna air rebusan daging dan hirisan daging. Memang sedap sangat!
  3. Bawang putih kena banyak,tumbuk kasar kasar
  4. Masukkan sedikit cuka makan bila goreng mee untuk membangkitkan rasa

Tip Menghidangkan Mee Goreng

Mee goreng basah ini enak dimakan panas-panas. Anda boleh menyajikannya dengan tambahan bahan-bahan berikut untuk menambahkan lagi keistimewaan hidangan:

  1. Limau Kasturi: Perahkan sedikit jus limau kasturi sebelum makan untuk memberikan rasa yang segar dan sedikit masam.
  2. Lada Jeruk: Lada jeruk memberikan rasa masam dan pedas yang seimbang, yang melengkapkan kelembutan mee goreng basah dan kuahnya yang pekat.
  3. Sambal Belacan: Hidangkan bersama sambal belacan untuk menambah kepedasan.
  4. Telur Mata: Telur mata separuh masak yang diletakkan di atas mee goreng akan menambah kelazatan hidangan.

Kesimpulannya, mee goreng basah merupakan satu pilihan hidangan yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Dengan bahan-bahan mudah dan cara penyediaan yang ringkas, mee goreng basah ini pasti menjadi kegemaran di rumah anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cubalah resipi ini hari ini dan nikmati keenakan mee goreng basah yang sedap dan menyelerakan!

Semoga artikel ini bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Mee Kari Ayam Azie Kitchen, Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Hidangkan Sekeluarga

Baca juga:  Resipi Mee Hailam Kuah Pekat & Banjir, Memang Sedap!

Baca juga:  Resepi Mee Goreng Mamak Paling Ringkas & Sedap Ikut Cara Che Nom, Confirm Jadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan