X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Boleh Makan Panadol Ketika Hamil, Doktor Nasihatkan Ambil Bila Perlu Sahaja

3 min bacaan
Ibu Boleh Makan Panadol Ketika Hamil, Doktor Nasihatkan Ambil Bila Perlu Sahaja

Mengandung boleh makan panadol, namun hendaklah mengikut dos yang telah ditetapkan dan hanya mengambilnya bila perlu sahaja

Sering kali menjadi pertanyaan, adakah wanita mengandung boleh makan panadol? Pengambilan ubatan ketika hamil haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tentang pengambilan panadol ketika hamil, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan bahawa pengambilan ubat ini tidak menjadi masalah jika diambil dengan dos yang betul.

Dr Zubaidi sendiri menyatakan beliau tidak ada masalah untuk memberikan panadol kepada pesakitnya.

Ibu mengandung makan panadol ada kesan sampingan?

mengandung boleh makan panadol

Berdasarkan daripada kajian yang diterbitkan dalam Journal Perubatan Thorax, wanita hamil yang mengambil panadol di akhir kehamilan berisiko menyebabkan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah.

Menurut Dr Zubaidi, kajian ini telah mendapat kritikan daripada pakar perubatan kanak-kanak dengan beberapa hujah.

Hal ini kerana dalam kajian tersebut ada menyatakan bahawa ibu mengandung mengambil panadol setiap hari, ia merupakan sesuatu yang agak mustahil kerana kebanyakan pengguna hanya telan ubat ini sewaktu perlu sahaja.

Tambahnya lagi, masalah wheezing dalam kalangan kanak-kanak itu hanya berlaku pada 1%. Ada banyak faktor lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini, bukan pada pengambilan panadol sahaja.

Tiada bukti mengandung boleh makan panadol jejaskan kesihatan bayi

Dalam tulisannya turut menyatakan terdapat kajian yang berkaitan eczema (alahan kulit) dengan pengambilan panadol.

Namun menurut Dr Zubaidi, kajian itu gagal menunjukkan sebarang kesan pada sistem imuniti kanak-kanak. Jadi, sukar untuk mengatakan bahawa panadol boleh menyebabkan masalah wheezing (alahan paru-paru).

Kajian itu juga tidak menunjukkan kesan wheezing pada wanita yang hamil di awal trimester dan pengambilan yang sederhana di akhir kehamilan.

Ibu mengandung boleh makan panadol jika perlu sahaja

telan panadol ketika mengandung

Menurut blog Dr Zubaidi, pengambilan panadol tidak menjadi masalah pada ibu yang hamil jika ianya perlu. Panadol adalah ubat yang selamat digunakan oleh wanita yang hamil untuk merawat demam.

Tambahnya, jika ibu hamil memerlukan ubat untuk mengurangkan suhu yang tinggi (melebihi 40 darjah celcius) akibat demam, maka panadol adalah ubat yang terbaik. Dinasihatkan agar menggunakannya pada janga masa yang pendek.

Setiap biji panadol 500 milligram (mg) boleh diambil satu atau dua biji, dan akan berkesan selama empat jam. Maksima bilangannya yang boleh diambil ialah 4g (empat biji panadol 500mg) dalam masa 24 jam.

Nasihat doktor tentang makan panadol ketika hamil

Dr Zubaidi turut memberikan nasihat mengenai makan panadol ketika hamil.

Nasihatnya, agar mengelakkan menggunakan panadol jika seseorang itu hamil, terutama ketika usia kandungan kurang dari 18 minggu. Ini kerana dalam tempoh tersebut, pembentukkan anatomi seperti tangan, kaki dan kepala sedang berlaku.

Bukan sekadar ubatan, tetapi, makanan yang diambil harus dijaga dan dipantau untuk memastikan janin membesar dengan sihat.

Tambahnya lagi, jika demam tidak serius, selalunya tidak memerlukan pengambilan ubat. Banyakkan minum air dan berdoa kepada ALLAH S.W.T.

Namun, jika demam dan sakit badan itu tidak beransur kurang maka dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan oleh virus.

Tetapi jika ia tidak mempunyai sebab yang nyata, doktor akan melakukan beberapa ujian seperti ujian darah dan air kencing.

Dr Zubaidi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Kesilapan Dalam Perubatan Anak: 8 Perkara Ibu Bapa Sering Buat

Baca juga:  Gejala PCOS Penyebab Ramai Wanita Sukar Hamil, Ini Penjelasan Dari Pakar Perubatan

Baca juga:  Boleh Cegah Komplikasi Kehamilan, Ini 9 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Mengandung

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Boleh Makan Panadol Ketika Hamil, Doktor Nasihatkan Ambil Bila Perlu Sahaja
Kongsikan:
  • 100 Nama Melayu Klasik Perempuan Populor Pada Zaman Dahulu, Mengimbau Nostalgia

    100 Nama Melayu Klasik Perempuan Populor Pada Zaman Dahulu, Mengimbau Nostalgia

  • 400+ Nama Islam Perempuan A-Z Berserta Maksud, Indah Dan Bermakna Buat Si Manja

    400+ Nama Islam Perempuan A-Z Berserta Maksud, Indah Dan Bermakna Buat Si Manja

  • Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

    Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

  • 100 Nama Melayu Klasik Perempuan Populor Pada Zaman Dahulu, Mengimbau Nostalgia

    100 Nama Melayu Klasik Perempuan Populor Pada Zaman Dahulu, Mengimbau Nostalgia

  • 400+ Nama Islam Perempuan A-Z Berserta Maksud, Indah Dan Bermakna Buat Si Manja

    400+ Nama Islam Perempuan A-Z Berserta Maksud, Indah Dan Bermakna Buat Si Manja

  • Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

    Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham