Bekas tunang tak bertanggungjawab, gadis nekad gugur janin dengan telan pil!

lead image

Kecewa ditinggalkan tunang, gadis ini nekad membunuh janin yang dikandung selama 20 minggu.

Akibat kecewa bekas tunang tak mahu bertanggungjawab ke atas dirinya dan bayi yang dikandung, seorang gadis nekad untuk menggugurkan janin yang telah berusia 20 minggu.

Dia dipercayai menggugurkan janin tersebut dengan cara membeli 10 biji ubat keguguran jenis kapsul dengan harga RM600 bagi memastikan janin tersebut mati. 

Gadis telan pil dan ambil minuman bergas bagi menggugurkan janin yang dikandung

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/tribunnews 2.jpg Bekas tunang tak bertanggungjawab, gadis nekad gugur janin dengan telan pil!

Kredit: Tribunnews

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman, gadis tersebut mengaku menelan dua biji kasul dan lapan biji lagi dimasukkan ke dalam kemaluan pada jam satu pagi di kediaman rumahnya, Kuala Nerus.

Menurutnya lagi, gadis itu juga bertindak mengambil minuman bergas dan sejam kemudian mengalami sakit perut yang parah.

Kemudian pada jam 11 malam, suspek melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram yang tidak bernyawa. Setelah itu, dia membersihkan bayi tersebut lalu membalutnya dengan tuala.

Bertanggungjawab membuat laporan polis

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/o 1a88hk7mm1m3gmaq1je3htq1op1a.jpg Bekas tunang tak bertanggungjawab, gadis nekad gugur janin dengan telan pil!

Gadis tersebut yang dalam keadaan ketakutan dan lemah mengambil keputusan membawa janin itu ke klinik swasta berhampiran dan memaklumkan kegugurannya.

Sampai saja di klinik, pekerja di sana meminta dia membuat laporan polis sekiranya mahu menguruskan urusan pengebumian.

Disebabkan itu, dia reda dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang berlaku lalu membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak.

Ketika menuju ke balai polis tersebut, dia membawa janinnya sekali yang diletakkan dalam bakul motosikal.  

Kini, suspek berada dalam keadaan lemah dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan bedah siasat dijalankan berikutan berat janin yang terlalu ringan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan menggugurkan kandungan.

Menggugurkan janin: Ketahui bahaya pil keguguran

Ubat menggugurkan janin berfungsi untuk menghalang pertumbuhan kandungan. Ia akan membuatkan pengguna berasa tidak selesa disebabkan kekejangan otot yang berlaku, mual dan muntah.

Pil keguguran juga akan menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak. Ia sekaligus boleh mengancam nyawa ibu. Pil ini hanya berfungsi jika kandungan berusia kurang 70 hari.

Malah, pengguna yang mengambil ubat ini pertama kali berisiko untuk sukar hamil pada kandungan kedua dan seterusnya.

Kesan sampingan akibat telan pil keguguran

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/hello sehat 3.jpg Bekas tunang tak bertanggungjawab, gadis nekad gugur janin dengan telan pil!

Kredit: Hello Sehat

  • Kekejangan
  • Pendarahan yang banyak
  • Keletihan
  • Payudara sakit
  • Loya dan muntah-muntah
  • Demam
  • Cirit-birit
  • Jangkitan kuman
  • Saki baki kandungan yang digugur masih tertinggal di dalam rahim

Saki baki kandngan yang tertinggal di dalam rahim boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia dikenali sebagai “septic abortion’” yang amat berbahaya dan boleh membawa maut jika tak dirawat.

Justeru, sebagai seorang wanita, walaupun kecewa dengan masalah yang timbul, adalah sangat penting untuk kita berfikir secara rasional tentang kesan yang akan diperolehi daripada tindakan yang melulu.

Dapatkan khidmat dan sokongan daripada pihak yang banyak menjalankan tugas membantu kes seperti ini. Ia sekaligus dapat mengembalikan semula semangat kepada diri untuk meneruskan hidup.

Jadikan kisah menggugurkan janin ini sebagai satu pengarajaran dan teladan buat kita semua. Semoga generasi kita yang akan datang dilindungi dengan baik. Jangan lupa share artikel ini.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sinar HarianDoctor On Call

Baca juga:

Selain nenas, 12 makanan ini juga punca KEGUGURAN yang anda tak pernah tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!