15 Makna Mimpi Menyusukan Bayi, Mengandungi Tafsiran Mimpi Yang Mengejutkan

Mimpi menyusukan bayi pasti membuatkan anda berasa risau, lebih-lebih lagi jika belum berkahwin atau menjadi seorang ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang berlaku semasa fasa REM tidur. Semasa fasa ini, otak menghasilkan aktiviti yang tinggi, dan mimpi menjadi lebih jelas dan mudah diingati. Pernahkah anda mimpi menyusukan bayi?

Tidak kiralah bayi sendiri atau bayi orang lain? Dan mesti selepas itu anda akan tercari-cari tafsiran mimpi di sebaliknya terutama jika anda masih lagi belum berkahwin atau belum mempunyai cahaya mata.

Dalam artikel ini kami kongsikan mengenai arti mimpi menyusukan bayi, maksud mimpi bayi dalam Islam dan petua apabila anda mengalami mimpi yang buruk.

Mimpi Menyusukan Bayi

Tidur adalah keadaan semula jadi yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk pulih dan memperbaharui dirinya. Semasa tidur, badan mengalami pelbagai proses biologi yang membantu pemulihan fizikal dan mental melalui beberapa fasa, termasuk fasa Non-REM (Rapid Eye Movement) dan fasa REM.

Walaupun tidak semua orang mengingati mimpi mereka, kebanyakan orang bermimpi semasa tidur. Mimpi boleh mencerminkan perasaan, pengalaman dan kebimbangan yang dialami oleh individu semasa terjaga. 

Arti Mimpi Menyusukan Bayi

Mimpi menyusukan bayi adalah pengalaman tidur di mana seseorang bermimpi memberi susu kepada bayi. Mimpi ini termasuk dalam kategori mimpi yang melibatkan interaksi dengan bayi atau kanak-kanak kecil, dan selalunya mempunyai pelbagai makna dan perlambangan yang boleh ditafsir secara berbeza oleh individu yang mengalaminya.

Mimpi susukan bayi boleh merangkumi pelbagai aspek, termasuk keadaan semasa menyusukan bayi, perasaan yang dirasai dalam mimpi, dan butiran lain yang mungkin mempengaruhi tafsiran mimpi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tafsiran mimpi mungkin berbeza-beza bergantung pada konteks kehidupan dan pengalaman peribadi individu yang bermimpi.

Berikut beberapa tafsiaran mimpi menyusukan anak sebagai rujukan anda:

#1. Mimpi menyusui bayi lelaki

Dikatakan bagi anda yang bermimpi menyusukan bayi laki2 atau lelaki, anda mungkin bakal mendapat rezeki daripada seseorang yang tidak terduga kerana usaha yang anda lakukan selama ini.

Jika anda mimpi susukan bayi perempuan pula, ia juga bererti akan mendapat rezeki daripada orang-orang di sekeliling yang amat menyayangi anda. Mereka dikatakan sangat ambil berat akan diri anda. 

#2. Mimpi menyusui bayi sebelah kiri

Sejauh mana kesahihan tafsiran mimpi ini, tidak dapat dipastikan. Tetapi menerusi beberapa perkongsian, jika anda bermimpi menyusui bayi sebelah kiri, ia bermakna anda akan mendapat rezeki daripada jalan yang haram

Jika bukan anda yang mencari rezeki itu, ada kemungkinan rezeki daripada sumber haram berpunca pasangan anda. Jadi dinasihatkan berhati-hati dengan rezeki yang diperoleh, terutamanya apabila dalam jumlah begitu besar.

#3. Mimpi menyusui bayi sebelah kanan

Sudah pasti ini adalah matlamat mereka yang bekerja. Mendapat rezeki halal dan menggunakannya untuk keluarga adalah lebih baik. Walaupun tidak banyak, tetapi jika rezeki itu berkat anda akan sentiasa rasa cukup. 

Dikatakan jika anda mimpi susukan bayi sebelah kanan, rezeki yang anda akan dapat adalah daripada sumber yang halal. Jadi teruskanlah usaha anda mencari rezeki yang halal. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mimpi susukan bayi sebelum berkahwin

Dikatakan jika anda mimpi susukan bayi sebelum berkahwin, atau ketika itu masih bujang akan ada fitnah yang timbul mengenai diri anda. Ini kerana mimpi susukan bayi apabila belum bernikah atau berkahwin adalah sesuatu yang bukan normal.

Tetapi bagi wanita yang mempunyai anak angkat, tiada salahnya untuk mereka menggalakkan susu dan menyusukan bayi bagi menjadikan bayi itu mahram kepadanya.

Oleh itu, elakkanlah diri anda daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan mengundang berita tidak baik terhadap diri anda dan keluraga.

#5. Mimpi menyusui bayi ketika mengandung

Dikatakan, jika anda mimpi menyusui bayi ketika sedang mengandung, anda akan memperoleh rezeki berlipat ganda yang akan membawa kebahagian kepada anda dan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rezeki berlipat ganda itu tidak semestinya dalam bentuk duit, mungkin anak yang baik, ilmu yang bermanfaat, usia yang berkat juga adalah rezeki berlipat ganda yang luar biasa. 

#6. Arti mimpi menyusu anak

Arti mimpi menyusui bayi yang seterusnya adalah anda bakal menerima satu tanggungjawab yang besar. 

Oleh itu, berusahalah memikul dan melaksanakan tanggungjawab anda dengan sebaiknya. 

#7. Mimpi menyusukan bayi orang lain

Pernahkan anda mimpi menyusukan bayi orang lain? Dikatakan jika anda bermimpi sedemikian, ada kemungkinan anda seorang yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi dalam masa yang sama anda juga dikatakan mengabaikan diri sendiri. 

Untuk itu, lakukanlah yang terbaik untuk diri anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Mimpi menyusui bayi dan air susunya banyak: tanda sesuatu buruk

Anda pernah mimpi susukan bayi dan air susunya banyak? Kalau ya, ini sepertinya petanda yang kurang baik.

Ada yang mengatakan bahawa mimpi menyusui bayi dan air susunya banyak bermaksud anda telah melakukan sesuatu yang berisiko buruk. Atau apa yang anda rancang dan sedang lakukan selama ini berpotensi untuk mengalami kegagalan.

Arti Mimpi Menyusukan Bayi Yang Lain

#9. Simbol Kelembutan dan Kasih Sayang

Mimpi susukan bayi sering melambangkan kelembutan dan kasih sayang. Ini boleh mencerminkan keinginan anda untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada orang di sekeliling anda atau malah kepada diri anda sendiri.

#10. Kreativiti dan Potensi

Bayi sering dilihat sebagai simbol kehidupan baru dan potensi yang belum diterokai. Menyusukan bayi dalam mimpi mungkin mencerminkan keinginan kreatif atau keinginan untuk menyatakan potensi baharu yang mungkin anda miliki.

#11. Pemulihan Emosi

Mimpi menyusukan bayi juga boleh menggambarkan proses pemulihan emosi. Ini mungkin menunjukkan bahawa anda sedang melalui masa yang sukar dan memerlukan penjagaan serta sokongan untuk mengatasi cabaran tersebut.

#12. Hubungan Keluarga dan Kebahagiaan

Melibatkan bayi dalam mimpi anda juga boleh mencerminkan kebahagiaan dan kemesraan dalam hubungan keluarga anda. Ini boleh menjadi petanda positif mengenai dinamika keluarga anda atau keinginan untuk mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan orang tersayang.

#13. Ketidakpastian di Masa Depan

Sebaliknya, impian untuk menyusukan bayi juga boleh menjadi tanda ketidakpastian pada masa hadapan. Mungkin terdapat ketakutan atau kebimbangan tersembunyi tentang perkara yang akan datang, dan bayi mungkin mewakili cabaran baharu yang mungkin anda hadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#14 Kesuburan dan Kesejahteraan

Mimpi ini juga boleh dikaitkan dengan isu kesuburan dan kesejahteraan. Bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk mendapatkan zuriat, impian untuk menyusukan bayi boleh menjadi cerminan keinginan ini. Sebaliknya, ia juga boleh mencerminkan kebimbangan terhadap kesihatan dan kesejahteraan anda sendiri.

#15. Kehilangan atau Pemisahan

Selain itu, mimpi menyusukan bayi juga boleh menjadi simbol kehilangan atau perpisahan. Mungkin ada perasaan kehilangan atau pemergian sedang dihadapi, dan bayi dalam mimpi boleh mencerminkan kerinduan atau kehilangan yang mungkin anda rasai.

Maksud Mimpi Bayi Dalam Islam

Mimpi bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita asyik mimpi benda yang sama maknanya ada lah maksud mimpi tu yang sebenar.

Menurut perkongsian Ustaz Norazri Medzlan, untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ketika tidur.

Namun bagi yang tidak tahu, mimpi bayi dalam bentuk yang menakutkan atau mengerikan adalah bermakna kita sedang dalam gangguan jin.

Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tersebut di dalam mimpi. Akan tetapi jika mimpi dukung bayi, menyusukan bayi atau terima bayi dari seseorang, itu bermakna bermakna kita sudah terima saka ataupun jin sudah ada masuk dalam badan.

Tafsiran Mimpi: Patut Percaya Atau Tidak?

Patut percaya atau tidak sekiranya anda bermimpi menyusukan bayi dan ada petanda baik atau buruk yang akan berlaku. Ada juga yang mengatakan syirik sekiranya anda percaya akan perkara itu.

Apa yang penting, sentiasalah jaga diri anda bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku dan sentiasalah berusaha menjadi yang terbaik jika anda inginkan sesuatu.

Petua Jika Mendapat Mimpi Yang Buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

Justeru bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1. Meludah ke kirinya, tiga kali
  2. Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3. Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4.  Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5. Mengambil wudhuk lalu melakukan solat.

Tips Elak Mimpi Buruk Ketika Tidur

Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

  • Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
  • Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
  • Cuba bangun tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
  • Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
  •  Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
  • Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
  • Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Benarkah Mimpi Dukung Bayi Bermakna Rezeki Akan Lebih Murah? Ini Maksud Mimpi Anda

Baca juga: Anda Sering Bermimpi Dukung Bayi Orang Lain? Ini Maksud di Sebalik Mimpi Itu!

Baca juga:  20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?