X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Muntah Batal Puasa Jika Sengaja, 13 Perkara Lain Yang Membatalkan Ibadah Puasa

5 min bacaan
Muntah Batal Puasa Jika Sengaja, 13 Perkara Lain Yang Membatalkan Ibadah Puasa

Muntah batal puasa jika ia sengaja. Perkara membatalkan puasa adalah berjimak (bersetubuh), gila, keluar darah haid dan keluar darah nifas.

 Ibadah puasa di bulan Ramadan adalah kewajipan yang besar bagi umat Islam. Namun terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa. Adakah tidak sengaja muntah batal puasa?

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Berikut adalah penjelasan tentang perkara yang membatalkan puasa termasuklah mengenai adakah muntah batal puasa yang perlu anda fahami untuk memastikan puasa anda sah dan tidak terbatal tanpa disedari.

1. Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Badan Dengan Sengaja

Puasa akan terbatal sekiranya anda sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, sama ada melalui mulut, hidung, atau saluran lain.

Ini termasuk makan, minum, atau memasukkan sesuatu yang bukan makanan. Walau bagaimanapun, jika anda terlupa atau tidak sengaja, puasa anda tetap sah dan tidak perlu digantikan.

2. Memasukkan Sesuatu Melalui Dua Jalan (Qubul Dan Dubur)

Perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam qubul (kemaluan wanita) atau dubur juga akan menyebabkan puasa anda terbatal. Oleh itu, adalah penting untuk mengelakkan perkara-perkara ini semasa berpuasa.

3. Muntah Dengan Sengaja

Muntah dengan sengaja akan membatalkan puasa, tetapi jika anda muntah kerana mual dan bukannya sengaja, puasa anda tidak terbatal.

Namun, jika terdapat sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut dan anda menelannya dengan sengaja, maka puasanya terbatal dan perlu digantikan.

4. Berjimak (Bersetubuh)

Bersetubuh pada siang hari Ramadan dengan sengaja akan membatalkan puasa dan dikenakan kaffarah (denda) kepada suami. Kaffarah ini hanya dikenakan kepada suami sahaja, manakala isteri hanya perlu menggantikan puasa yang telah terbatalkan.

5. Mengeluarkan Mani Dengan Sengaja

Mengeluarkan air mani dengan sengaja semasa berpuasa akan membatalkan puasa. Namun, puasa tetap sah jika air mani keluar secara tidur atau mimpi basah.

6. Gila

Orang yang gila atau hilang akalnya tidak diwajibkan berpuasa. Puasa hanya wajib bagi mereka yang sihat akal. Jadi, bagi mereka yang mengalami masalah mental, puasa tidak wajib ke atas mereka.

7. Murtad (Keluar Dari Islam)

Jika seseorang itu murtad atau keluar daripada Islam, puasanya juga terbatal kerana puasa hanya diwajibkan ke atas umat Islam. Jika dia kembali ke Islam, dia perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa perlu membayar kaffarah.

8. Pengsan Sepanjang Hari 

Situasi pengsan membatalkan puasa bergantung pada tempoh pengsan tersebut. Jika seseorang pengsan sepanjang hari (dari terbit fajar hingga matahari terbenam) dan tidak sedar, maka puasa mereka terbatal seperti dibius dan sebagainya.

Jika hanya pengsan sebahagian hari, puasa mereka sah jika mereka tersedar sebelum waktu berbuka.

9. Keluar Darah Haid

Wanita yang keluar darah haid pada siang hari Ramadan tidak dibenarkan berpuasa. Mereka perlu menggantikan puasa pada hari yang lain selepas selesai haid.

10. Keluar Darah Nifas

Wanita yang mengeluarkan darah nifas selepas melahirkan anak juga tidak dibenarkan berpuasa. Seperti haid, puasa yang ditinggalkan perlu digantikan selepas nifas selesai.

11.Penggunaan Inhaler

Hukum menggunakan inhaler ketika siang Ramadan jika melibatkan serangan asma yang terlalu ringan dan tidak mencapai tahap darurat maka pengambilan inhaler membatalkan puasa.

Hal ini selari dengan pandangan yang dipilih dalam buku Panduan Berpuasa bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Menurut ulama mutakhirin mazhab Syafi’i, jika dalam keadaan darurat seperti serangan asma yang berat atau kronik maka pengambilan inhaler tidak membatalkan puasa. Namun untuk langkah lebih berhati-hati dia boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan inhaler.

12.Memasukkan Tiub, Ubat Dalam Faraj

Memasukkan sebarang tiub kecil atau ubat ke dalam faraj, termasuk prosedur seperti cucian faraj atau pemeriksaan dalaman, boleh membatalkan puasa wanita.

Ini kerana tindakan tersebut melibatkan memasukkan bahan ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka, yang menyebabkan puasa menjadi terbatal.

13.Memasukkan Tiub Kateter, Alat Pemeriksaan Ke Dalam Saluran Kencing

Memasukkan sebarang tiub kateter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing, atau ubat pencuci ke dalam saluran kencing lelaki atau wanita, akan membatalkan puasa.

Tindakan ini dianggap sebagai memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan melalui saluran yang terbuka, yang menyebabkan puasa terbatal.

Kesimpulannya persoalan adakah sengaja muntah batal puasa kini sudah terjawab. Muntah dengan sengaja akan membatalkan puasa, tetapi jika anda muntah kerana mual dan bukannya sengaja, puasa anda tidak terbatal. Jika terdapat sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut dan anda menelannya dengan sengaja, maka puasanya terbatal dan perlu digantikan.

pejabat mufti wilayah persekutuan, majlis keselamatan negara

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Mengandung Muntah Kerana Alahan, Adakah Puasanya Dikira Sebagai Batal?

Baca juga: 5 Perkara Yang Membatalkan Puasa Suami Isteri, Hati-Hati Jangan Sampai Bernafsu

Baca juga: Swab Test Tak Batal Puasa, Tapi Korek Hidung Boleh Batal Puasa?

Stories Rakan Kongsi
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
Adakah Anak Anda Mendapat DHA Yang Mencukupi?
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
Boost Your Child’s Nutrient Absorption With These 6 Smart Ways
Boost Your Child’s Nutrient Absorption With These 6 Smart Ways

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Hukum
  • /
  • Muntah Batal Puasa Jika Sengaja, 13 Perkara Lain Yang Membatalkan Ibadah Puasa
Kongsikan:
  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

    Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jemaah / Sendirian-JAKIM

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham