Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh-Kroh, Normal Ke?

lead image

Nafas bayi yang berbunyi seringkali menimbulkan kegelisahan pada ibu ayah. Sebelum anda terlalu risau tentang hal ini, semak dulu penjelasannya di sini.

Nafas bayi yang berbunyi seperti penuh kahak, kroh-kroh, mendengus atau bersin sekali sekala adalah perkara normal buat bayi yang baru lahir.

Biasanya, anda sebagai ibu bapa tidak perlu terlalu risau tentang hal ini.

Tapi, pasti ada ibu bapa yang masih mahukan kepastian tentang bunyi aneh yang keluar setiap kali bayi bernafas. Adakah sebarang penjelasan tentang hal ini?

Mengapa nafas bayi berbunyi kroh-kroh?

Hidung dan paru-paru buah hati kita itu baru sahaja diperkenalkan dengan konsep menghidup udara.

Dia baru belajar untuk bernafas di ruang yang kering berbanding dalam rahim ibu, di mana dia telah berada selama 9 bulan.

Kalau anda hendak tahu, bunyi bernafas kroh-kroh dan mendengus di kalangan bayi terjadi kerana si kecil anda bernafas hanya melalui hidung mereka semata-mata.

Bunyi ini memungkinkan anak anda untuk menelan susu sambil bernafas pada masa yang sama.

Selain itu, bayi anda juga belum mampu untuk menghembus keluar bendalir yang ada dalam hidungnya.

Ini menyebabkan si kecil anda mengeluarkan bunyi seperti dengusan dan siulan ketika dia bernafas.

Ketika bendalir turun ke bahagian belakang tekak (pharynx), ia akan berbunyi seperti kroh-kroh.

Mukus juga boleh bergerak lebih jauh ke kotak suara bayi (larynx) dan saluran pernafasan, yang menyebabkan bunyi kroh-kroh seolah-olah keluar dari bahagian paru-parunya.

Cuba letakkan tangan anda dengan lembut ke atas dada bayi, anda mungkin akan dapat merasai getaran kecil. Ini adalah getaran dari larynx atau kotak suaranya.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kenapa nafas bayi berbunyi.jpg Nafas Bayi Berbunyi Kahak Kroh Kroh, Normal Ke?

Pernafasan bayi akan sebegini selama enam ke lapan minggu selepas dilahirkan. Jadi, ibu ayah semua tidak perlu risau ya.

Jika ia masih membimbangkan anda juga, minta doktor untuk memeriksa pernafasan si kecil anda ketika membawanya pergi checkup.

Jika nafas nyaring dan batuk dengan teruk, hubungi doktor segera!

Tetapi, jika bayi anda bernafas dengan bunyi yang nyaring, suara kasar, atau batuk, bayi anda mungkin terkena croup, iaitu virus yang biasa menjangkiti anak kecil. 

Hubungi doktor anda segera untuk memastikannya dan supaya doktor boleh mencadangkan rawatan terbaik buat si kecil.

Pada sebahagian besar bayi, pernafasan yang bising bukanlah satu tanda masalah serius dan ianya tidak akan mengganggu perkembangan bayi anda.

Suara berkahak kroh-kroh, dengusan dan bunyi seperti siulan itu akan hilang sepenuhnya apabila bayi anda mencecah 1 tahun.

Bayi juga berkemungkinan besar akan mengalami demam selesema dan batuk sehingga 8 kali dalam tahun pertamanya.

Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk merawatnya secara semulajadi, dan seboleh mungkin elakkan dari mengambil ubat.

Semoga informasi ini berguna, ibu ayah sekalian!

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/buah-delima-sebagai-ubat-batuk-untuk-kanak-kanak/